|
VIENNA - Sebuah muzium yang sangat terkenal di Austria memecat salah satu pekerjanya kerana mencuci tangan dan wajahnya dengan urinnya sendiri. Padahal hal itu dilakukan sebagai sebahagian dari terapi penyembuhan.
Alfred Zoppelt, yang sudah bekerja selama 23 tahun di Belvedere, sebuah kastil di Vienna, Austria, yang menyimpan banyak koleksi kesenian, terpaksa dipecat oleh pihak muzium. Zoppelt sebelumnya menyatakan, terapi urin yang dilakukan olehnya biasanya tidak menyebabkan masalah.
"Anda membasuh urin pada tangan dan wajah Anda sendiri. Perbuatan Anda sangat mengancam kesihatan bagi rakan kerja anda," ujar pihak muzium kepada lelaki berusia 57 tahun ini, seperti dikutip Associated Press.
Seorang wanita dari bahagian Departemen Pers Belvedere menyatakan Zopplet dipecat, namun dirinya menolak untuk memberikan keterangan lebih lanjut terhadap pemecatan Zopplet.
Beberapa orang memang meyakini, terapi urin memiliki beberapa manfaat dalam kesihatan dan juga kecantikan. Namun manfaat dari terapi ini belum terbukti.(rhs)
|
|