CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3550|Reply: 3

Memahami dan Mencegah Karies Gigi

[Copy link]
Post time 29-3-2013 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda penyakit manakah yang paling luas tersebar di seluruh dunia? Kebanyakan daripada kita akan menjawab kanser, diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan strok, tetapi jawapan sebenarnya ialah karies gigi, atau lebih dikenali sebagai kereputan gigi,kaviti atau gigi berlubang.

Walaupun terdapat penurunan yang ketara dalam kes karies gigi dalam beberapa dekad ini kerana amalan kebersihan mulut yang lebih baik, ia masih lagi merupakan masalah besar.

Dr. Carlos Sabrosa, Profesor Madya diSekolah Pergigian State University of Rio de Janeiro yang juga merupakan seorang doktor pergigian yang terkenal dengan kaedah rawatan pemulihan dan pembentukan semula pergigiannya yang termaju, merupakan penceramah undangan yang didatangkan oleh 3M ESPE, Bahagian Pergigian dari 3M Malaysia bersempena Konvensyen Saintifik MDA/FDI ke-20. Beliau berkongsi masalah dihadapi dalam menilai, menguruskan dan mencegah karies gigi serta menyentuh mengenai sebahagian daripada kemajuan-kemajuan terbaru dalam bidang pergigian.

“Apa yang menghairankan, ramai orang masih tidak mengetahui bahawa karies gigi merupakan penyakit berjangkit. Ia berpunca daripada bakteria dan menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan tisu keras seperti enamel, dentin dan simentum akibat penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi.”

“Jika proses penyahmineralan pantas daripada faktor pemineralan semula air liur, kalsium dan ubat gigi berfluorida,tisu keras tersebut akan musnah dan karies gigi terbentuk. Jika tidak dirawat,ia boleh menyebabkan kesakitan, membawa kepada jangkitan, kehilangan gigi dan selulitis iaitu jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria,” kata DrSabrosa.

“Majoriti pengguna tidak tahu tentang kemajuan dalam bidang pergigian dan tidak berusaha mendapatkan rawatan bagimasalah gigi yang bukan sahaja menyakitkan malah mencacatkan dari segi fizikal dan rupa. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap harga diri pesakit. Walhalia boleh ditangani. Rawatan bukan sahaja boleh memperbaiki wajah seseorang tetapi juga memberi keyakinan diri serta hidup yang bebas daripada kesakitan,”jelas beliau.

Bagi kebanyakan kita, kebimbangan terhadap sakit gigi atau kemungkinan gigi terpaksa ditampal atau dicabut serta kehilangan rupa paras yang cantik sudah cukup untuk membuatkan kita memberus atau memflos dua kali sehari dan pergi berjumpa doktor gigi untuk penskaleran.

Jadi mengapakah sesetengah individulebih mudah mendapat karies gigi berbanding orang lain?

“Gigi pada asasnya adalah mineral yang sentiasa mengalami proses penyahmineralan dan pemineralan semula oleh air liur. Inidividu yang mempunyai mulut kering – suatu keadaan di mana kurang airliur dihasilkan atau kelenjar air liur musnah akibat terapi radiasi – berisiko tinggi,” ujarnya.

“Kejadian karies gigi memerlukan permukaan gigi, bakteria yang spesifik yang menghasilkan karies dalam kitaran spesifik, karbohidrat yang mampu menapai dan tempoh yang mencukupi. Bentuk gigi,tabiat kebersihan gigi seseorang individu, diet dan keupayaan penimbalan air liur mereka menentukan sama ada individu tersebut mudah mendapat karies gigi,”jelas Dr Sabrosa.

Kepelbagaian makanan segera masa yang diproses dan tinggi kandungan gula yang kini mudah didapati langsung tidak membantu dalam menjaga kesihatan mulut.

“Minuman ringan mempunyai pH yangrendah dan kandungan sukrosa yang tinggi, manakala minuman tenaga pula menyediakan persekitaran yang ideal untuk penyahmineralan. Penyahmineralan berlaku di dalam persekitaran keadaan mulut yang mempunyai pH di bawah 5.5(berasid). Minuman ringan dan minuman tenaga biasanya mempunyai pH 2.5 hingga 3(sangat berasid). Jadi, sebagai langkah awal mengurangkan risiko karies gigi,jauhilah minuman ringan,” katanya.

Walaupun ubat gigi berfluorida boleh membantu mereka yang tidak mudah mendapat karies gigi, mereka yang berisikotinggi perlulah berbincang dengan doktor gigi mengenai ubat gigi anti-kaviti yang mempunyai kandungan fluorida efektif berbanding ubat gigi biasa. Kepekatan fluorida dan tri-kalsiumfosfat dalam produk seperti 3M ESPE’s Clinpro™ Tooth Creme. Ubat gigi anti-kaviti natrium fluorida mudah diserap oleh gigi dan membantu mencegah proses penyahmineralan dan pada masa yang sama membantu proses pemineralan semula.

“Produk seperti 3M ESPE Clinpro ToothCreme boleh digunakan bagi menggantikan ubat gigi biasa tetapi ia perlu dipreskripsikan oleh doktor gigi. Individu yang mempunyai kaviti, mulut kering,yang memilih gaya hidup atau diet yang membawa risiko karies gigi perlu berbincang dengan doktor gigi mereka mengenai langkah pencegahan seperti ini,”kata Dr Sabrosa.

“Dalam pergigian, seperti juga sebgaimanadalam cabang perubatan yang lain, pencegahan adalah pilihan terbaik. Apabila berdepan dengan masalah, segera dapatkan rawatan, lebih awal lebih baik.Pencabutan gigi merupakan pilihan terakhir dan jika perlu, pelbagai teknik barutelah diperkenalkan. Doktor gigi kini mampu menawarkan pelbagai penyelesaian kepada masalah pergigian – pembentukan semula, sebagai contoh – yang hanya satu dekad lalu tiada rawatan. Kemajuan dalam teknik dan bahan dalam pergigian sememangnya menakjubkan,” jelasnya.

“Berbincanglah dengan doktor gigianda mengenai rawatan yang sesuai, buat sedikit kajian sendiri dan tetapkanpencegahan karies gigi sebagai matlamat utama,” katanya sebagai kesimpulan.





DrCarlos Sabrosa merupakan Profesor Madya di Sekolah Pergigian State Universityof Rio de Janeiro. Beliau menerima ijazah DDS pada tahun 1992 daripada SekolahPergigian State University of Rio de Janeiro dan Clinical Advanced GraduateStudies (CAGS) dalam prostodontik daripada Sekolah Perubatan Pergigian BostonUniversity Goldman pada tahun 1996. Dr Sabrosa juga menerima MSD dan DScD dalamprostodontik/biomaterial daripada Sekolah Perubatan Pergigian Boston UniversityGoldman pada tahun 1997 dan 1999. Beliau menerima Anugerah Klinikal StevenGordon Research pada tahun 1995 dan 1996 Anugerah Bantuan Tylman Research padatahun 1993 daripada American College of Prothodontics. Beliau menguruskansebuah klinik swasta di Leblon, Rio de Janeiro, Brazil yang menumpukan kepadapemulihan mulut dan implantologi.
Last edited by huddhabib on 29-3-2013 05:17 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 11:02 PM | Show all posts
interesting.....awak pelajar pergigia/dr gigi ke ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 12:47 PM | Show all posts
nope...hanya insan biasa =p
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 09:48 AM | Show all posts
sape tau, gross caries tu ape ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 141550 Replies : 3979
Konsert Maroon 5 di KL, 2025
maklukpenggodaKonsert Maroon 5 di KL, 2025
Views : 939 Replies : 2
Pewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
mojarean_XPewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
Views : 75356 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97711 Replies : 5183
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 44900 Replies : 684
Raysha rizrose pregnant
nhaoRaysha rizrose pregnant
Views : 12485 Replies : 15
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21583 Replies : 508
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42225 Replies : 331
Concorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harga RM700 Juta
intan_smsbConcorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harg
Views : 11726 Replies : 4
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 11468 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052167 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list