CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10037|Reply: 38

Tips Menghidu Kecurangan Suami

[Copy link]
Post time 3-4-2013 10:12 AM | Show all posts |Read mode

Saya dapat tips ini dari seorang isteri yang sedang dalam dilema bagi meluluskan permohonan suaminya untuk berpoligami secara bersijil. Walaupun suaminya dah berkahwin di Thailand hujung tahun lepas, tapi sekarang dalam proses untuk mendaftar di Malaysia. Isteri berkenaan ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda terutamanya isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.


1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.


2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat.

Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.


3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.


4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.


5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!



6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka


7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan


8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa


9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia


10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka


11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis


12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?


13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak


14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya


Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 10:40 AM | Show all posts
di dada perempuan penuh dgn syak, syak dan syak selamanya....mcmane hati seorg wanita nk tenang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:06 AM | Show all posts
betul2....masa i pregnant anak pertama, suami bt hal masa dia berkursus, masa anak kedua dia berFB ngan perempaun lain.kita isteri 100% percayakan dia, tp dia pula menghancur kepercyaan 2.I ada ckp kat dia sampai ke mati i akan ingat apa yang dia bt kat i. Setiap msa i kekadang sentiasa syak n ter mensyak apa yang dia bt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:59 AM | Show all posts
niezam_cs posted on 3-4-2013 10:40 AM
di dada perempuan penuh dgn syak, syak dan syak selamanya....mcmane hati seorg wanita nk tenang....

Perempuan akan mula syak hanya bila si suami mula buat hal..Kalau suami tak buat hal, perempuan percaya pada suaminyanya sepenuh hati..

Bagaimanakah suami boleh rasa tenang sedangkan dia sedar bila dia buat hal, hati isteri akan disakiti!

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 12:32 PM | Show all posts
jjenabmatpau posted on 3-4-2013 11:59 AM
Perempuan akan mula syak hanya bila si suami mula buat hal..Kalau suami tak buat hal, perempuan pe ...

musti ade sebabnye kenapa si suami boleh tergamak berbuat sedemikian rupa...

cuba baiki kelemahan diri sebelum menyalahkan suami...

adakah si isteri dapat menjalankan kewajiban sebagai seorg isteri dimata suaminya???

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 01:26 PM | Show all posts
niezam_cs posted on 3-4-2013 12:32 PM
musti ade sebabnye kenapa si suami boleh tergamak berbuat sedemikian rupa...

cuba baiki kelemah ...

Hmmmm.....isteri jugaklah yang salah...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2013 01:48 PM | Show all posts
jjenabmatpau posted on 3-4-2013 01:26 PM
Hmmmm.....isteri jugaklah yang salah...

bkn nk cari kesalahan...sama2 membaiki kelemahan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 02:15 PM | Show all posts
1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.
setakat dh kawin 8thn ni, alhamdulilah, suami tk pnh kena outstation jauh2 lg sampai 2,3 hr..

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat.
aku aka bini dia,  lg lawo dr ex dia... hehe eh eh idok ler..gurau jek


3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan –
dr dulu sampai skrg, brg2 dandanan diri dia, lg byk dr brg2 aku... huwaaa


4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah
hr2 on..off kalo abis bateri je


5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan!
memg pakai dua pun..satu utk tipon, satu lg utk tenet jek

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini
setakat ni tk pnh dingin lg..seminggu 3,4kali maa...erkkk

11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya!
tk jugak..sbb dia nk main game..sbb tipon yg blh bersms tu, ada dekat atas kepala katil sebelah aii


13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak
dr dulu sampai skrg, memg hubby yg lbh layan anak..anak2 manja ngn abah dorg huhu


yg penting, saling percaya tu lbh penting, ..sapela kita nk tolak takdirNYA..kalo tuhan dh kata, benda tu akan terjadi, akan terjadilah juga walau kita halang byk mna sekalipun..sentialah bdoa supaya hati dia hya utk kita dn anak2..redhalah dgn takdir tuhan andai apa yg kita nk,, berlaku sebaliknya...

Last edited by annorr_maira on 3-4-2013 02:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 02:36 PM | Show all posts
bagi aku sikap jujur dan saling percaya tu kena ada.. klu terlampau jaga dan nak mengongkong sangat pun tak guna..so klu pasangan masing2 dah bagi kebebasan janganlah disia2kan.. berkahwin tu mudah tapi nak mengekalkannya tu yg susah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:18 PM | Show all posts
bila lom kawen...sume sibok tanye..."bila nak kawen..?"
bila nak kawen..bila nak berlaki......macam marathon nak review cara-cara supaya somi sayang kat kite.......
banyaaakkkkknyeee silibus nak kene khatam.........

itupun bukan jaminan somi akan tetap setia jujur mati ngan kita...

bila pikir-pikir balik...
sampai mana sangat la kita dapat tahan laki tu curang sampai nak kawin lagi..

ade je...
somi curang kali pertama, isteri dapat goda dia kembali ke pangkal jalan..
somi curang kali kedua, isteri dapat watchaaa..
somi curang kali ketiga..isteri dapat tepis..
somi curang kali keempat....isteri tak dapek buat apo dah.....

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:30 PM | Show all posts
Pretty81 posted on 3-4-2013 11:06 AM
betul2....masa i pregnant anak pertama, suami bt hal masa dia berkursus, masa anak kedua dia berFB n ...

ada tu...
seorang pengarah...
dengan isteri..berayang-ayang..
anak dah beso panjang..bakal terima menantu pun...

kerja..memang selalu otstesen..
ngan anak buah..kemain nesihat supaya sayangkan mini macam dia..

alih alih...
dia selamat dah kawen ngan PA dia yang selalu ikut dia otstesen..
dengan alasan dia kawin lain sebab...
"akak ko, asal aku balik...asyik ngan baju kelawar dia jeee........"..



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:33 PM | Show all posts
cemburu buta tidak guna dinda,
masa kita masih bercinta....
cuba kaum hawa cari sebab kenapa suami anda buat hal...
sebab-sebab suami anda buat hal..
1)  selalu marah suami tanpa sebab. w/pun perkara kecil terus nak marah suami.
2)  bapa dan emak mentua datang rumah tak di layan sebaik nya muka masam mcm cuka bila tgk keluarga suami.
3)  suami tension kerana isteri tak beri tut..tut bila di minta.
4) makan minum suami tak di jaga
5) Meninggi suara kepada suami
6) Bila suami ajak bertandang ke kpg dia isteri tolak dgn pelbagai alasan yang tak munasabah
7) menyebelahi anak bila suami marah anak-anak.
8) kurang menjaga kecantikan diri hilang mood suami bila isteri tak jaga badan
9) Menyekat minat suami dan menuduh yang bukan2 contoh bila suami on line selalu kacau suami takut suami chat dgn pompuan lain, suami suka bersukan, menancing tiada support dari isteri.
10) isteri ada boyfriend lain.
perkara di atas adalah berberapa sebab kenapa suami tukar haluan...jangan nak salahkan suami sahaja.. kelemahan diri kena ambil tahu juga....jadi kan lah rumah anda...rumah ku surga ku...Isteri harus ingat bila anda marah dan tenkling suami anda.....Bidahari surga akan berkata....Jangan kau telinking dan marah kepada nya...dia hanya hidup dengan kamu hanya berberapa tahun sahaja selepas itu dia akan jadi suami kepada kami untuk selama-lama. kami lagi cantik daripada kamu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:31 AM | Show all posts
pasuoren posted on 3-4-2013 03:30 PM
ada tu...
seorang pengarah...
dengan isteri..berayang-ayang..

to be honest..kadang2 aku rasa mual jugak fikir psl topik ni..

dlu2 kalau topik curang, aku terfikir takleh jugak salahkan org ketiga 100%..yang salah laki tu sbb gatai...n bini pon salah, mesti ada kurang sana sini..tp bila kawin...dan menghadapi kehidupan seorang isteri bekerja dan ada anak..aku terkedu..susah sangat..bayangkan hari2 bangun awal dari suami sbb nk prepare barang2 anak ke rumah babysitter, iron baju keje, bancuh air melo...then g kerja..sama je ngn suami..8 jam sehari..balik petang fetch anak..balik rumah nk kene masak, settle kain baju, kemas rumah, dodoi anak...then nk kene layan suami lagi...langsung tak ada ruang nk rehat nk cantikkan badan...nk pakai cantik2 wangi2 pon tak boleh tahan lama...nnt anak muntah atas baju lar...pakai cantik2 berkejar buat itu ini nnt berpeloh..dah tak wangi baju tu...

tp bila laki curang, laki tuding jari kat bini..sbb bini tak pandai berhias la..lebihkan anak la...

serius aku tak paham...wanita bernama bini ni robot ke?

aku terfikir la..so far laki aku okay...ari2 check sms clear..takde tido2 lambat ke apa...tido lambat sbb layan movie ngn aku ade la.. tp kalau ditakdirkan hati die berubah..mmg aku takde hati nk kejar balik selepas semua jenis kepenatan aku rasai selama ni...


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:54 AM | Show all posts
Betul tuh sama laa pendapat aku dengan siputsedut.. terutama ayat perenggan last tuh semua jenis kepenatan tak berbaloi kalu kejar suami yang dah curang.. suami pun kenala faham kenapa isteri dah tak cantik dah tak wangi secara praktikal, ni jenis suami yg sentiasa otaknya hidup di alam fairy tale ajer, jika kawin 2 hingga 4 pun, isteri isteri tuh pun still berkarakter macam isteri pertama malah teruk lagi... sama jer, kalu dah lelaki bertunjangkan hawa nafsu memang sampai bilapun tak reti bersyukur dengan hapa yg ada, lambat laun lelaki tersebut terima laa padahnya..

kalu nak ikutkan tips TT tuh, kena jadik superwoman superb, aku percaya jenis suami yg betray ni kebanyakkannya  mempunyai isteri yang baik dan perfect,

orang laki ni sebenarnya suka masalah dan carik masalah tapi tak pandai menyelesaikan masalah dan mereka ni suka perempuan yg susah, menyusahkan believe me or not ENTAH

so pada aku senang jer.. jika aku ditempat situasi macam ni, kalu aku sanggup aku teruskan, kalu aku tak sanggup berpisah ajer.. sayangi dan hormat diri sendiri..  

Last edited by aiva on 4-4-2013 10:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:28 AM | Show all posts
siputsedut posted on 4-4-2013 10:31 AM
to be honest..kadang2 aku rasa mual jugak fikir psl topik ni..

dlu2 kalau topik curang, aku ter ...

dlu2 kalau topik curang, aku terfikir takleh jugak salahkan org ketiga 100%..yang salah laki tu sbb gatai...n bini pon salah, mesti ada kurang sana sini..

kan...
tapi, pasu dah 3 series daa..dan masih sendiri...
so, pasu dah nampak dah semua tu melalui pengalaman orang lain yang sedang berkahwin dan yang pernah berkahwin..

tp bila kawin...dan menghadapi kehidupan seorang isteri bekerja dan ada anak..aku terkedu..susah sangat..bayangkan hari2 bangun awal dari suami sbb nk prepare barang2 anak ke rumah babysitter, iron baju keje, bancuh air melo...then g kerja..sama je ngn suami..8 jam sehari..balik petang fetch anak..balik rumah nk kene masak, settle kain baju, kemas rumah, dodoi anak...then nk kene layan suami lagi...langsung tak ada ruang nk rehat nk cantikkan badan...nk pakai cantik2 wangi2 pon tak boleh tahan lama...nnt anak muntah atas baju lar...pakai cantik2 berkejar buat itu ini nnt berpeloh..dah tak wangi baju tu...

tp bila laki curang, laki tuding jari kat bini..sbb bini tak pandai berhias la..lebihkan anak la...

tu la sipuk kenn...
bila jodoh belum menjemput kite, siiiibuuukkkk la orang tanya "ko ni bila lagi...?"
sampaikan kita tak terjawab dibuatnye...

kekonon, kalau kawin ni..bukan main best lagi lah...

tapi bile jodoh dah menjemput...takkan nak tolak pulak, ken...?
tak tertepis pulak...

so, kat yang belum berumahtangga tu..
steady ngan lilek aje la kalau jodoh belum menjemput anda..
kalau dah sampai, jangan ditolak..
kalau belum sampai pun, takde ape yang nak di ratib kan...
jalani hidup anda dengan sebaiknya..

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:36 PM | Show all posts
pasuoren posted on 4-4-2013 11:28 AM
kan...
tapi, pasu dah 3 series daa..dan masih sendiri...
so, pasu dah nampak dah semua tu mela ...

betul tu actually kelebihan kawin ni yang plg bes sbb ada companion for life..yang lain2 still sama..malahan tanggungjawab bertambah sbb kene jaga suami n keluarga mertua..

orang yang dah kawin nk freedom org bujang..orang bujang nk companionship mcm orang kawin...

takde lebih takde kurang

yang penting..enjoy your life...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 12:45 PM | Show all posts
siputsedut posted on 4-4-2013 12:36 PM
betul tu  actually kelebihan kawin ni yang plg bes sbb ada companion for life..yang lain2 stil ...
orang yang dah kawin nk freedom org bujang..orang bujang nk companionship mcm orang kawin...
sebab tu ada satu situasi: kes pompuan.

pompuan dah kawin : tangan dia siap raba rasa2 ujung kain baju yang pompuan belum kawin pakai..
pompuan lom kawin : terpanjat..sambil toleh..sambil cakap dalam hati.."eh, apsal lak nih..."
pompuan dah kawin : "waaahh...mesti mahal kan kain baju yang ko pakai nih..akak tau..."
pompuan lom kawin : "eh...tak la kak...boleh je beli...4 meter RM300 je..."....

tau kenapa pompuan lom kawen tu berani jawab camtu..?
sebabnya, pompuan dah kawen tu laaa yang dok jaja depan belakang pompuan yang lom kawen.."bila nak kawen, kenapa tak kawen..tak laku...bla..bla..bla..."

sipuk paham tak...?..

kalau lelaki, situasi nya mesti terbalik......


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:51 PM | Show all posts
curang

betray

x setia

ape pun namanye buat lips rasa meluat & munta aje. BOSAN ok

dlm hidup ni ada banyak benda yg lbh berfaedah nak buat drp benda2 kat atas tu.
agreed dgn forumer di atas, x berbaloi kejar suami slps melalui perlbagai kesusahan.

same goes to single lady out there - kalau bf/tunang sibuk nak mencurang, x pyh la dikejar
SANGAT TAK BERBALOI

sekian tazkirah


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:53 PM | Show all posts
aiva posted on 4-4-2013 10:54 AM
Betul tuh sama laa pendapat aku dengan siputsedut.. terutama ayat perenggan last tuh semua jenis kep ...


kalau nk ikutkan...0-10 tahun perkahwinan anak2 baru nk membesar..mak2 terutama mak bekerja mmg kene jadik superwoman..mmg masa utk diri sendiri tu dah takde...kalau seorang suami tu fikir utk jangka masa panjang...why not sabar je sampai anak2 dah besar, masuk sekolah menengah, dah pandai berdikari...dah masuk U..dah ada kehidupan sendiri...hutang2 semua dah settle dan bini dah boleh benti kerja dok rumah buat ibadah..time ni bini tu walaupon berkedut tp mesti byk masa nk cantikkan diri...takleh la nk expect kulit tegang cam zaman baru kawin..mesti la dah kendur..kulit laki tu pon dah kendur kedut seribu dah...tp at least time ni bini boleh pakai cantik2 dr pagi sampai tengah malam...takde nk risau rambut yang didandan rapi jadik kusut masai sbb berkejar dengan anak bagai...

antara sabar atau tidak je..kaum2 laki ni kene ingat..dlm hati setiap wanita mmg ada keinginan nk cantik..sapa takmau cantik? sapa takmau bergaya...tp dah mmg kekangan masa dan kewangan tu ada...

tp kalau tak sabar jugak nk jugak yang lain..tak dapek la nk nolong...

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:56 PM | Show all posts
pasuoren posted on 4-4-2013 12:45 PM
sebab tu ada satu situasi: kes pompuan.

pompuan dah kawin : tangan dia siap raba rasa2 ujung ka ...

alah pedulikan lah pasu...orang camtuh mana2 pon ada..sok2 dah kawin bising plak..bila nk beranak..dah beranak tanya plak bila anak nk berjalan...kenapa anak lambat bercakap...dah anak dah bercakap masuk sekolah plak tanya anak dapat pekse nombor berapa plak...sampai kesudahan tak abis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.892908 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list