CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3817|Reply: 6

CEREKARAMA : ADIK KAMI [13HB APRIL]

[Copy link]
Post time 13-4-2013 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Isu kanak-kanak hilang, tidak dipedulikan ibu bapa terutama yang menghadapi  konflik rumah tangga dan menjadi mangsa penderaan diambil sebagai ilham oleh penulis skrip, Amelia Hashim untuk menghasilkan naskhah drama berjudul Adik Kami.


Telefilem arahan Suhaimi Lua yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3, hari ini jam 10 malam itu mengisahkan konflik Amirul lakonan Faiz Fadzil yang terpaksa membesarkan dan menanggung tiga adik serta neneknya (lakonan Norman Damanhuri) yang nyanyuk.



Pemergian ibu bapa mereka memaksa Amirul menggalas tanggungjawab sebagai ibu serta bapa dan pada masa sama terpaksa menyelesaikan masalah adik-adiknya yang seakan memberontak.

Amirul yang masih muda hampir putus asa tetapi dia terpaksa kuatkan semangat demi memastikan adik-adiknya dapat membesar dengan sebaik mungkin. Malah, Amirul sanggup berkorban dengan berhenti sekolah bagi memberi peluang kepada adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.  

Pada masa sama, Amirul juga berhadapan dengan sikap bapa saudaranya lakonan Roy Azman yang  suka meminta wang daripada nenek mereka yang juga ibunya.

Wang yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat habis dikebas bapa saudaranya itu yang mengambil kesempatan terhadap ibunya yang nyanyuk.

Amirul menghadapi masalah untuk membesar adiknya terutama adik nombor tiga lakonan Shahana di mana dia amat membenci adik bongsu mereka yang masih kecil.

Dia menganggap adik kecilnya itu menyusahkan hidupnya kerana dengan ketiadaan ibu mereka, dia terpaksa menjaga si kecil itu.

Dalam kekalutan itu tiba-tiba adik bongsu mereka hilang menambahkan lagi masalah Amirul. Nenek yang diharapkan dapat menjaga mereka empat beradik tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia pun sukar untuk menjaga dirinya sendiri.

Ke manakah pergi adik bongsu mereka dan dapatkah Amirul menjumpainya semula? Untuk mengetahui jawapannya, jangan lupa untuk menonton Adik Kami.
Penggambaran telefilem itu dijalankan di Kedah, baru-baru ini.
Last edited by eddlisa_uyuk on 14-4-2013 12:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 04:11 PM | Show all posts
best cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 04:29 PM | Show all posts
aku tak tengok ending la....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 05:41 PM | Show all posts
apa ending dia?...aku x tgk..sebab cam sedih sangat..aku lomah bila cite melibatkan baby ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:20 PM | Show all posts
ending nya bayi hilang tu dapat lah jumpa semula. tapi pak sedara dia yang jual bayi tu takda pulak tunjuk kena tangkap.. yang kena tangkap laki botak yang bersekongkol culik bayi tu ja
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 09:26 AM | Show all posts
pjjku posted on 15-4-2013 05:41 PM
apa ending dia?...aku x tgk..sebab cam sedih sangat..aku lomah bila cite melibatkan baby ni....

yela sedih bila tgk baby tu..pk kalau la kene kt anak sendiri kn..part paling x best sbb xde tunjuk psl pak sedara tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2013 09:35 AM | Show all posts
aku tgk citer ni.. meleleh2 ari mata.. huhuhu... sedih sesangat... and lakonan mantap pelakon2 nye... hatta si baby tu mcm pandai je berlakon... hahaha... dari watak abang, intan, mala and mia... jugak nenek yang menjadi nyanyuk nye... hehe... mantaaaapppp...

tetapi... tetiba anak aku tanye.. 'umi.. napa dia tido pakai tudung?'.... hahaha... cmne nk jawab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.388408 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list