|
Ingatkan bila dah namanya Pakatan Rakyat, maka berpakatlah mereka semuanya untuk menumbangkan Barisan Nasional yang sudah tentulah teraju utamanya adalah UMNO. Namun berbeza daripada gambaran yang diberikan, Pakatan Rakyat sekadar nama yang diberikan untuk mengaburi pemikiran rakyat, sedangkan hakikatnya, ketiga-tiga parti yang bergabung dalam pakatan longgar itu, sentiasa berusaha untuk menonjolkan diri sebagai ketua walaupun hakikatnya, ketua utama Pakatan Rakyat adalah DAP.
Sungguhpun Anwar Ibrahim telah ditabalkan sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat, semua orang tahu, Anwar Ibrahim hanyalah pelacur yang mengumpulkan sokongan Melayu dan India untuk DAP. Manakala PAS yang mendabik dada kononnya mereka adalah parti terkuat dan terhebat dalam Pakatan Rakyat, sebenarnya tidak lebih daripada budak suruhan DAP bagi mendapatkan sokongan serta kepercayaan orang Islam di negara ini kepada DAP.
Dengan kata lain, baik PKR mahupun PAS, kedua-dua parti tersebut sentiasa tunduk dengan kehendak serta peraturan yang telah ditetapkan oleh DAP tanpa boleh membantah mahupun memberikan pandangan kedua.
Seperti yang diketahui, misi utama DAP adalah melemahkan penguasaan majoriti dalam masyarakat Malaysia. DAP yang cuba memperkenalkan fahaman Malaysia Malaysian amat memusuhi Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia yang menggariskan kedudukan istimewa untuk bangsa Melayu-Bumiputera dan agama Islam. DAP dari awal penubuhannya pada tahun 1965 telah berjuang agar Artikel 152 dan 153 yang mengekang Malaysia daripada menjadi sebuah lagi Fiji, dihapuskan sehingga akhirnya tercetuslah Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 dengan Lim Kit Siang sebagai pencetus utamanya.
Itu perangai DAP. Kegagalan pada tahun 1969, banyak mengajar DAP agar lebih bijak mengatur strategi. Untuk menguasai negara ini dan penghapusan Artikel 152 dan 153, DAP tidak boleh bersendirian. Sebaliknya DAP memerlukan kerjasama daripada Melayu-Bumiputera dan umat Islam negara ini.
DAP telah berusaha pada tahun 1987 menerusi kerjasama dengan Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Namun gabungan dengan Semangat 46 gagal. Kegagalan pada tahun 1987 dan gagalnya harapan Lim Kit Siang menerusi projek Tanjung 1, Tanjung 2 dan Tanjung 3, tidak mematahkan semangat DAP.
Menerusi gabungan anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, pendekatan baru digunakan. Pada tahun 1997, pada ketika UMNO-BN berada di puncak, negara digemparkan dengan kenyataan Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat yang mendesak agar Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Anwar Ibrahim menjawab tuduhan yang dia adalah seorang pengamal homoseksual.
Karpal sekadar mencetuskannya. Berita seperti itu terutama yang membabitkan UMNO dengan mudah akan menggamit kehadiran PAS. Mat Sabu yang sekarang ini merupakan Timbalan Presiden PAS, merupakan orang yang paling lantang membuat kenyataan negatif tentang Timbalan Perdana Menteri.
UMNO dimalukan dengan tuduhan menyimpan dan membiakkan seorang pengamal seks songsang bernama Anwar Ibrahim.
Akhirnya, Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Kabinet dan keahliannya dalam UMNO. Anwar kehilangan semua keistimewaan yang diperolehinya dan tempat untuk Anwar Ibrahim kembali dalam kerajaan dan UMNO telah tertutup dengan rapat.
DAP bijak mengambil kesempatan. Walaupun menerusi PAS, Anwar Ibrahim kembali digambarkan sebagai hero yang menentang kronisme, rasuah, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa, tetapi hakikatnya yang benar-benar berjaya mengambil kesempatan adalah DAP.
Itulah yang berlaku pada tahun 1998 apabila menerusi inisiatif DAP, telah berjaya menggabungkan PAS dan Keadilan Nasional (nama lama PKR) untuk membentuk satu pakatan longgar bergelar Barisan Alternatif. Bagaimanapun, kredit diberikan kepada PAS dengan gambaran bahawa usaha-usaha penyatuan tersebut adalah kesungguhan PAS.
Kemenangan besar PAS pada PRU10, menyedarkan DAP bahawa mereka perlu lebih efisien dan tidak lagi boleh berselindung. Hanya pada tahun 2005 iaitu selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa dan meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, DAP melihat kesempatan itu untuk mewujudkan satu gelombang yang membolehkan mereka mendapat kemenangan besar.
Dan itulah yang berlaku pada tahun 2008 dalam PRU12 apabila DAP berjaya mencapai kemenangan besar sepanjang sejarah penubuhan parti tersebut. Dengan menggunakan Anwar Ibrahim untuk membangkitkan ketidakpuasan terhadap Artikel 152 dan 153, PAS pula dipergunakan oleh DAP untuk meliberalkan beberapa elemen Islam seperti KALIMAH ALLAH dan sebagainya, untuk memberikan gambaran kepada umat Islam bahawa DAP bukannya musuh, sebaliknya DAP sangat mesra Islam dan boleh berkongsi banyak perkara dengan umat Islam.
Tahun 2013, untuk PRU13, DAP kelihatan cukup dominan dan permainan drama tidak boleh guna logo Roket, menjadi permulaan kepada PRU13. Lim Kit Siang berdrama di Johor kononnya DAP sudah kehilangan simbol yang sangat mereka sayangi. Lim Guan Eng pula tegak-tegak menuduh Barisan Nasional dan ROS berpakat untuk mengenakan DAP, walhal awal-awal lagi SPR telah menerangkan bahawa DAP boleh menggunakan simbol parti mereka.
Roket akhirnya mendarat di bulan seperti yang didendangkan oleh Mursyidul Am PAS, sudah cukup untuk menggambarkan betapa bodoh dan bahlolnya si tua itu dengan permainan mudah DAP. Dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh selepas ‘dicabar’ oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, sudah pun cukup untuk menjelaskan tentang misi utama DAP iaitu untuk mengelat demi meraih simpati dan sokongan daripada para pengundi khususnya dari kalangan Melayu-Islam dan Bumiputera.
Dan akhirnya sekali lagi telah terbukti, betapa bodohnya PAS kerana setia menjadi pecacai kepada DAP dengan cara sebegitu rupa…
Last edited by crossfire on 22-4-2013 10:08 AM
|
|