View: 3901|Reply: 10
|
13 kali hamil anak orang lain
[Copy link]
|
|
13 kali hamil anak orang lain
LONDON: Dalam tempoh tujuh bulan lagi Carole Horlock akan bersalin dan bayi itu akan diserahkan kepada pasangan warga Itali tanpa perlu menunggu dia menggendongnya walaupun untuk seketika.
Dalam keadaan begitu, Carole tidak berasa apa-apa, malah gembira kerana sekali lagi dia berjaya membantu pasangan suami isteri yang tidak memiliki zuriat. Wanita Britain berusia 45 tahun itu menjadi ibu tumpang paling prolifik di dunia dan kini hamil untuk kali ke-13.
Kata Carole, pasangan yang tidak mempunyai anak dibantunya sangat menghargai pertolongan sedemikian.
“Anda boleh lihat kegembiraan di wajah pasangan terbabit sebaik saja menyentuh bayi mereka untuk kali pertama.
“Melihat kepada perasaan teruja dan penuh emosi itu mendorong saya menjadi ibu tumpang,” katanya. Lahir di Stevenage, Carole mempunyai dua anak perempuan - kini berusia 22 dan 19 tahun - hasil hubungannya dengan dua lelaki berbeza. Kata Carole, dia mengetahui mengenai ibu tumpang itu selepas membaca satu rencana di akhbar pada 1995 ketika bekerja di kedai dobi.
“Walaupun berusia 20-an, saya menjadi ibu tunggal dan membesarkan dua anak perempuan.
“Saya faham bagaimana perasaan seorang ibu terhadap anaknya dan betapa sedih seorang wanita yang tiada zuriat.
“Saya tak mampu mengubah hidup sesiapa dengan bekerja di kedai dobi, tetapi jika menjadi ibu tumpang, ramai yang beroleh manfaat,” katanya. Justeru, Carole menghubungi pertubuhan yang menguruskan perkhidmatan ibu tumpang seperti dipapar di akhbar. Setakat ini Carole melahirkan lapan bayi perempuan dan empat lelaki untuk pasangan bermasalah, termasuk sepasang kembar dua dan tiga. Biasanya Carole menerima bayaran antara |
|
|
|
|
|
|
|
ibu tumpang keadahnya....ingatkan apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
lengchai posted on 22-4-2013 11:50 PM
specis betina gatal
kenapa cakap gitu?
dia jadi ibu tumpang bukan ngesex and dpt 13 anak sbb gila ngesex!
lain kali jgn baca tajuk je..
|
|
|
|
|
|
|
|
apaplak betina gatai... bukan dia mengeseks dgn jantan.. just jadi ibu tumpang... semua prosedur di buat di hospital... |
|
|
|
|
|
|
|
lengchai posted on 22-4-2013 11:50 PM
specis betina gatal
ko plak spesis mereng x baca habis artikel terus nak judge org.
abg toro pun satu hal spesis tak tepek habis artikel.
kite plak spesis tukang baca artikel yg x habis tu arghhhh lapaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
niat baik...tp syg org byk slah fhm |
|
|
|
|
|
|
|
kat msia pun byk ibu tumpangan..tapi lepas beranak trus buang dalm longkang or campak kat mana2 nak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam kilang memprocess lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|