Semalam masa rebut petir melanda Kuala Lumpur, telinga Murai Batu pun tidak ketinggalan dihempas ribut dek cerita tentang seorang bintang yang kini menyinar cerah katanya. Boleh tahan juga selebriti hampir paling popular yang satu ini, bukan main ramai lagi wanita dikaitkan dengannya.
Apa yang penting, bukan calang-calang orang yang disebut rapat dengan bintang yang seorang ini. Nama-nama besar jugalah kiranya, tak kiralah pendatang baru ke lama yang penting memang Murai Batu tabik dengan personaliti pujaan ramai ini.
Dalam pada dia dicurahkan segala populariti dan rezeki menjadi pengendali majlis disana sini, rupa-rupanya dia juga tidak lupa mengisi hatinya dengan bermain cinta. Maklumlah kalau dah penat tu siapa lagi yang dapat hilangkan lelah kalau bukan buah hati pengarang jantung, setuju tak?
Ok terlebih sudah Murai Batu merapu kan. Katanya si personaliti ini baru-baru ini menafikan cinta dengan seorang penyanyi, selepas itu dengan pelakon baru pun katanya tidak bercinta tetapi sekadar kenalan sekampung.
Tup tup cerita yang sampai katanya dia bercinta dengan seorang pelakon yang agak lama juga berada di dalam industri cuma umurnya belum menginjak usia 20-an lagi. Hmmmm betulkah apa yang teman Murai Batu ceritakan ini. Ada sesiapa boleh sahkan? Eh lupa pula tiada nama yang disebut di sini.
Bukan apa, kalau betul pun tiada masalah di situ cuma ketika dia di sebuah majlis meraikan personaliti popular yang juga pelakon ini, dia ada mengatakan hatinya sudah dimiliki tetapi bukan daripada kalangan artis.
Haaaa... macam mana pula cerita yang sampai ke telinga Murai Batu dengan yang terkeluar sendiri dari mulut sang juara sebuah rancangan realiti itu tidak sama. Adakah kerana dia suka berjenaka, jadi mungkin dia ingat nak surprise kan u'ols semua?
Entahlah, tapi kalau betul tiada sesiapa yang menghalang rasanya. Mungkin daripada pihak perempuan itu sahaja rasanya sebab dia masih muda kan. Murai Batu paham dan si lelaki itu pun tidaklah tua sangat. Belum masuk 30 tahun lagi.
Cuma sekarang yang menimbulkan kemusykilan adakah mereka betul-betul bercinta atau sekadar khabar angin. Macam mana pula pengakuan si lelaki yang kata buah hatinya bukan selebriti. Sah-sahlah si perempuan tu pelakon top kot. Yang mana satu betul dan yang mana satu cover line? Oopsss!
|