CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3565|Reply: 15

[Tempatan] Pemuda Maut Terperosok Bawah Lori

[Copy link]
Post time 29-4-2013 05:33 PM | Show all posts |Read mode



Pemuda Maut Terperosok Bawah Lori - LUNAS : Hasrat seorang pemuda berusia 21 tahun yang melakukan kerja sukarela menggantung bendera parti politik disokongnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berakhir dengan tragedi apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Lunas menuju ke Batu 6 dan ketika kemalangan berlaku.


Menurutnya, kali ini merupakan PRU pertama bagi mangsa untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

“Mangsa dipercayai ke Lunas untuk menghantar seorang rakan setelah selesai bermesyuarat tentang penugasan menggantung bendera parti politik disertai mereka. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengelak lori muatan 10 tan yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh belakang sebelah kanan lori terlibat.


“Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok di bawah lori sebelum terhumban ke tepi jalan. Mangsa cedera parah di kepala maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut Ghuzlan, lori terlibat ditahan sebelum dihantar ke Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) untuk menjalani pemeriksaan lanjut, selain kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan
maut.



Katanya jika sabit kesalahan, pemandu lori berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.


Katanya lagi, dari siasatan awal dijalankan, polis mendapati lori itu tidak diletakkan sebarang papan tanda kecemasan atau amaran selain menyalakan lampu kecemasan di belakang lori untuk memastikan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka kerana kawasan itu gelap.


“Sepanjang bulan April, sembilan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dilaporkan berlaku di Kulim. Saya menasihatkan kepada semua pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab ketika meletakkan kenderaan mereka.


“Sekiranya berlaku kerosakan, pemandu seharusnya meletakkan papan tanda amaran atau memasang lampu kecemasan untuk memastikan kenderaan lain dapat melihatnya. Kecuaian pemandu berbuat demikian boleh mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.


Sementara itu, pemandu lori terlibat ketika ditemui berkata, dia membawa muatan kain dari Kemunting ke Kulim, sebelum kira-kira jam 7 petang, lori yang dipandunya rosak dan diletakkan di tepi jalan berhampiran rumahnya.


Kira-kira jam 10.30 malam dia menerima panggilan telefon daripada adiknya menyatakan mangsa telah merempuh bahagian belakang lori. – Sinar Harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 06:00 PM | Show all posts
958% salah pemandu lori..
Basic law of road dah fail!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:07 PM | Show all posts
pemuda tersebut berbaju biru...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 06:18 PM | Show all posts
kadang2 lori rosak ni bukan takat tak letak papan tanda amaran,tak hidupkan lampu kecemasan
ada ka patot letak dahan pokok kat belakang lori depa
dah la gelap
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 07:29 PM | Show all posts
edee_91 posted on 29-4-2013 06:07 PM
pemuda tersebut berbaju biru...

Apa??? berbaju biruuu????


arwah anak yg baik... hormat org tua.... hormat undang2... rajin solat... kaki mesjid.... xkluar rumah memalam
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 07:33 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 29-4-2013 07:29 PM
Apa??? berbaju biruuu????

ada pakai gelang tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2013 07:35 PM | Show all posts
impact kuat nie.....

salam takziah utk keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 08:14 PM | Show all posts
kesian...takziah kepada keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 09:09 PM | Show all posts
edee_91 posted on 29-4-2013 06:07 PM
pemuda tersebut berbaju biru...

berbaju biru dan sukarela naik bendera ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:15 PM | Show all posts
hm.. laporan tak sebut parti mana ya?  and kebetulan dia pakai baju biru.. mungkin boleh teka kot?  tak kisah la.. dia pun dah pergi.. alfatihah.. mudah2an allah cucuri rahmat pada rohnya... amin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:19 PM | Show all posts
takziah pada famili dia..

harap zul kulim jengok dia..eh zul dh tade...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:31 PM | Show all posts
nampak baju BIRU tu...alhamdulillah...arwah mati dalam BN - kata JKKK.

p/s: smeoga roh arwah dirahmati Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:36 PM | Show all posts
korang ni......mihahahahahahahah

btw,takziah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:44 PM | Show all posts
gogo2 posted on 29-4-2013 09:09 PM
berbaju biru dan sukarela naik bendera ya

                             

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:51 PM | Show all posts
lori kalo lalu kawasan tu memang haram lajunya.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 11:52 PM | Show all posts
Takziah.. Mati bersama baju biru sponsor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068052 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list