CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4971|Reply: 6

Bintang Bollywood dipenjara selepas mahkamah tolak rayuan

[Copy link]
Post time 15-5-2013 09:24 AM | Show all posts |Read mode



sanjay dutt otai india.

NEW DELHI – Aktor Bollywood, Sanjay Dutt bakal dipenjarakan semula minggu ini selepas mahkamah di India menolak rayuannya yang mahukan hukuman penjara lima tahun ke atasnya dinilai semula.

Hukuman tersebut dijatuhkan berikutan keterlibatannya dalam kes letupan bom di Mumbai pada tahun 1993.

Bintang berusia 53 tahun dengan tubuh sasa dan bertatu itu mula dibicarakan di mahkamah antikeganasan pada tahun 2006 atas dakwaan memiliki senjata api yang digunakan oleh kumpulan yang merancang serangan bom tersebut. Sanjay telah dipenjarakan selama 18 bulan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Pada bulan Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah memendekkan hukuman penjara ke atas Sanjay kepada lima tahun berbanding enam tahun. Aktor itu perlu menjalani baki hukuman penjara selama tiga setengah tahun lagi.

Semalam, mahkamah mengetepikan rayuan daripada seorang produser filem yang memohon penangguhan hukuman terhadap Sanjay agar aktor tersebut boleh menghabiskan penggambaran untuk dua buah filem arahannya.

Dalam sebuah sidang akhbar berikutan perbicaraan Sanjay pada Mac lalu, aktor tersebut menggelarkan dirinya ‘lelaki yang kecewa’ manakala beberapa tokoh popular melontarkan pendapat agar hukuman terhadap Sanjay mendapat pengecualian.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2013 09:45 AM | Show all posts
muka pun nampak benau ganas nyer......
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 12:48 PM | Show all posts
Iols suka Sanjay Dutt dalam Munna Bhai dengan Dushman despite muka yang nampak ganas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 01:05 PM | Show all posts
sarah_ary2 posted on 15-5-2013 12:48 PM
Iols suka Sanjay Dutt dalam Munna Bhai dengan Dushman despite muka yang nampak ganas

my fvr8!!! hehehehe style bila belakon
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 01:39 PM | Show all posts
tapi kenapalah dia pergi bom sana sini aduii
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 02:06 PM | Show all posts
berun posted on 15-5-2013 01:05 PM
my fvr8!!! hehehehe style bila belakon

Style suke sgt, dalam Dushman paling suka die berlakon dengan Kajol , comel sesangat, jadi askar buta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2013 06:02 PM | Show all posts
dah standard artis hop hop hop pulak... ala ala penjenayah gitu.
Dia ni sebelum ni macam nak join politik dulu kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057730 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list