CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20298|Reply: 7

Hukum pakai kasut pig skin.... soalan&jawapan

[Copy link]
Post time 16-5-2013 12:03 PM | Show all posts |Read mode








Sila kenal pasti kasut anda di rumah...atau sebelum membeli...


Soalan:


Apakah hukum orang yang memakai kasut diperbuat daripada kulit babi?Adakah anggota yang bersentuh dengan kasut itu najis?

Adakah wajib di atasnya menyamak anggota ternajis itu, oleh sebab sekarang baru ia sedar bahawa kasutnya itu diperbuat daripada kulit babi sedangkan kasut itu telah dipakainya sejak beberapa lama, maka apakah hukum sembahyangnya yang fardhu dan yang sunat yang dikerjakan selama ia menggunakan kasut itu?

Anggota yang ternajis itu manakala basah dengan sebab mandi atau sebagainya tersentuh dengan lantai rumah atau pakaian maka adakah benda-benda yang tersentuh dengannya itu menjadi ternajis juga dan wajib dibersihkan dengan cara membersihkan sesuatu yang terkena najis mughallazah?

Jawapan:

Hukum memakai kasut yang diketahui diperbuat daripada kulit babi itu haram, anggota yang tersentuh dengan bahagian-bahagian kasut yang diperbuat daripada kulit babi jadi ternajis jika mana-mana satu anggotanya atau kulit itu basah wajib dibasuh dengan tujuh kali basuh dengan air suci lagi menyucikan, satu daripadanya dicampur dengan tanah yang bersih dan bukan yang telah digunakan bagi umpama tayammum. Adapun tempat-tempat atau benda-benda yang disyaki disentuh/tersentuh maka tiadalah dihukum najis bahkan dihukum suci. Ini adalah dikiaskan kepada masalah bilik mandi yang dimasuki anjing dan tiada pernah dibersihkan dan manusia selalu masuk dan mandi di dalamnya beberapa lama dan bersimbah najis kepada tikar-tikar, tuala dan lain-lain di dalamnya. Maka apa-apa yang diyakinkan terkena simbahan najis maka dihukum najis dan jika tiada maka dihukum bersih/suci, dan jika menunai seorang itu akan sembahyang fardhu dengan najis yang tiada dimaafkan yang ia tiada tahu sama ada pada badannya atau pakaiannya atau tempatnya wajib di atasnya qadha’ sembahyang itu manakala diketahuinya dengan yakin bahawa sembahyangnya itu berserta dengan najis dan dikehendaki dengan qadha’ itu ialah, i'adah (mengulangi) di dalam waktu atau kemudiannya kecuali jika ada ihtimal adanya najis itu kemudiannya daripada sembahyang maka tiadalah wajib diqadha’kan (i'adah) sembahyang itu tetapi disunatkan dan sembahyang-sembahyang fardhu yang wajib diqadha’ (i'adah) ialah sembahyang yang pada zannya dilakukan selepas daripada ia mula memakai kasut yang diperbuat daripada kulit najis itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2013 07:38 PM | Show all posts
kawan iols pakai gelang tangan kulit babi (pig skin) selama setahun x pernah buka, semayang apa semua... pada suatu hari rakan kawan cuba nk tgok gelang tersebut, sejak saat itu baru la si kawn ni tahun itu kulit babi..
dia telah melaksanakan seperti dijawapan di atas.. alhamdulilah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 09:37 PM | Show all posts
Alhamdulillah kerana berkongsi ilmu.  Mohon sekiranya diberikan rujukan sumber hukum berkenaan atau sumber dari mana soal jawab itu diperolehi.

Juga harap disertakan rujukan hadith atau ayat alquran yang digunakan untuk membuat hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:22 PM | Show all posts
so sebab tu kalau nak tengok kasut kasut - jangan biasakan diri terus pegang ? seluk tangan ke dalam ? insole ?  what is insole in malay  ??? I mean bhgn  dalam kasut , my friend ajaq , bless her - pegang tapak kasut , slide it slowly from the shelf dan tangan pegang tapak kasut tu dulu ...

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:39 PM | Show all posts
thnks 4 the info
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 10:08 AM | Show all posts
Bagus pulak iklan tu tulis: NOT FOR MUSLIM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2014 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haihhh ai baru bli kasut online kat mysale.. Sampai2 terus belek luar bila tgk dlm tang liningnya rasa sesuatu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 11:52 PM | Show all posts
mahzab maliki tak haram pakai baju kasut tali pinggang kulit babi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051818 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list