CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3828|Reply: 15

Kegilaan Johnny Depp dalam The Lone Ranger

[Copy link]
Post time 8-7-2013 11:16 AM | Show all posts |Read mode

johhny Depp di dalam The Lone Ranger


SETELAH memperoleh kutipan sebanyak RM10.8 bilion (AS$3.6 bilion) menerusi filem lanun – Pirates of the Caribbean, penerbit Jerry Bruckheimer dan studio produksi Disney yakin terhadap kekuatan Johnny Deep dalam mempengaruhi minat penonton untuk karya terbarunya.

Kali ini pelakon itu akan menggalas tugas sebagai pejuang Red Indian dalam sebuah filem aksi, The Lone Ranger.

Karya itu adalah diilhamkan daripada sebuah siri radio pada tahun 1933 sebelum bertukar menjadi satu siri televisyen popular di Amerika Syarikat pada tahun 1949-1957.

Dengan bajet kira-kira RM600 juta (AS$200 juta), filem ini menceritakan bagaimana seorang peguam bernama John Reid bertukar karakter dengan memakai topeng hitam serta bertopi koboi putih untuk menjadi seorang wira.

“Ramai yang membesar dengan siri itu dan saya percaya filem The Lone Ranger dapat menunjukkan kepada semua pihak bahawa kita sangat menghargai nostalgia itu,” kata Bruckheimer.

Bagaimanapun, jika anda pernah menonton siri televisyen sebelum ini, pasti perasan watak Tonto dipaparkan secara stereotaip sebagai seorang kaum peribumi Amerika Utara tanpa jiwa dan latar budaya - sekadar ditampilkan sebagai gandingan The Lone Ranger yang diangkat wira utama.

Enggan meletakkan karakter Tonto hanya sebagai pendamping karakter utama, Depp telah menyuntik elemen kelucuan, kebijaksanaan dan keramahan yang pernah diterapkan menerusi karakter-karakter lakonannya sebelum ini seperti Willie Wonka, Edward Scissorhands dan Jack Sparrow ke dalam karakter Tonto.

Malah hanya menerusi gerak isyarat pada wajah, kerdipan mata dan pergerakan badannya, misi dan visi Depp jelas sekali adalah sebagai usahanya untuk menarik minat penonton terhadap Tonto versi terkini itu.

Apa yang menarik, Tonto yang direalisasikan Depp itu masih mengekalkan sikap figura yang sudah sebati di mata penonton yang pernah menyaksikan naskhah The Lone Ranger sejak berdekad yang lalu.

Kekok bertutur dalam bahasa Inggeris dan sentiasa melagukan doa dalam bentuk yang sukar difahami. Itu dua ciri sinonim Tonto yang dikenali sekian lama di layar perak dan kaca TV tetapi dikekalkan oleh Depp dalam menghidupkan semula karakter tersebut.

“Saya fikir bodohlah diri ini jika tidak kembali menampilkan ciri-ciri yang pernah ada pada Tonto dan memaparkan kembali dirinya yang sudah biasa dikenali penonton,” jelasnya.

Pengembaraan menghiburkan

Bagi anda yang mengenali naskhah Bruckheimer, anda pasti sudah dapat mengagak perjalanan cerita dalam bentuk pengembaraan ini.

Setiap watak diperkenalkan dalam tempoh singkat dan perjalanan cerita bergerak dari satu bab ke satu bab tanpa lupa untuk membawa bersama watak-watak yang lain.

Apatah lagi, meletakkan Depp selaku teraju utamanya membuatkan jalan cerita berdurasi 2 jam 30 minit tidak terasa lamanya.

Pendek kata, apabila anda menonton filem ini, anda akan terasa betapa 'gilanya' Depp dalam menterjemahkan watak Tonto sehingga anda tidak akan kering gusi bersamanya.

Malah debaran serta rasa benci Reid dan Tonto dapat turut dirasai oleh penonton.

Namun misi demi misi yang dijayakan Tonto dan penjelasan mengenai siapakah Tonto yang sebenarnya akhirnya melepaskan segala persoalan apabila jalan cerita sudah sampai ke kemuncaknya.

Gandingan mantap

Bagaimanapun, mungkin dek pengalaman Depp yang lebih lama dalam bidang lakonan membuatkan Lone Ranger kali ini, iaitu Hammer kelihatan ada kalanya sedikit tenggelam berbanding Depp.

Namun gandingan mereka tetap mantap apatah lagi Hammer sebagai John Reid yang selama ini percaya kepada keadilan berasaskan undang-undang akhirnya terpaksa akur bahawa keadilan tidak semestinya berasaskan undang-undang.

Lebih melucukan apabila Tonto sering menegur caranya yang ada kalanya seperti tidak kena dan sering dipanggil Kimosabe.

Manakala dari segi sinematografi dan aksi yang dipamerkan, filem ini sememangnya cukup mantap dan cukup rencahnya.

Memang tidak rugi untuk meluangkan hari minggu anda dan berhibur bersama Depp dalam filem ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 11:25 AM | Show all posts
tak bekesempatan nak tgk cite ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:47 AM | Show all posts
Saya dh tgk , best tp x terlalu best
Penilaian saya 3.5/5

Komen:
Watak tonto diberi keutamaan berbanding filem asal, disini watak indian lebih menyerlah, suatu penghargaan buat red indian.
Effect yg cantik tp mcm tak logik dan kurang natural
Plot cerita agak baik, cuma boleh diperbaiki, tema utama berjaya disampaikan
Lain2 aspek seni, costume, cinematografi, skema color, bunyi, cemerlang
Penekanan aspek sejarah, suatu perkara yg patut dicontohi oleh pembikin seni malaysia
Joni depp mmg tiptop dlm lakonan yg memerlukan makeup , cemerlang mcm filem2 dia sebelom ni, sebenarnye dh bosn tgk dia asik coverup under the makeup....
Permulaan filem agak menimbulkan rasa sebak apa bila melihat tonto jd bahan pameran...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 06:38 PM | Show all posts
belum tengok...dah dekat puasa.malas nak tengok wayang puasa2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 06:56 PM | Show all posts
kalah kutipan ngan despicable me ekk....upset wat JD
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 07:20 PM | Show all posts
Khabarnya filem ini merugikan penerbit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2013 08:09 PM | Show all posts
johnny depp slalu bw watak pelik..tp best
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu tayangan time raya, x taun ni, tunggu taun depanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 10:51 PM | Show all posts
x mnat mamat ni, tp blhlah layanz film die
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 10:26 AM | Show all posts
dia selalu mekap2 ni kan.. slalu sgt lah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:15 PM | Show all posts
certa pelik2 mmg susuai dgn depp
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:01 AM | Show all posts
rasanya watak tonto lagi menonjol dari watak utama... sbb Johnny Depp yg bawak.... cuba org lain bawa watak tonto tuh... konfirm cite nih tak laku...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 05:59 AM | Show all posts
hari sabtu aritu baru lepas tengok..
mmg best.. kelakar watak tonto ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 07:28 AM | Show all posts
best...xkering gusi,kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:43 AM | Show all posts
best gila citer ni. tgk bnyk kali pun x boring.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 01:49 PM | Show all posts
sy ttido tngk.huhu
best tp mendatar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.156855 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list