CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1745|Reply: 5

[Tempatan] Libas parang pada abang

[Copy link]
Post time 19-7-2013 02:07 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Niat murni seorang abang menasihati adik lelakinya agar memulangkan semula telefon bimbit milik ayah mereka yang dipercayai hendak dijual, bertukar mimpi ngeri apabila dia dilibas parang oleh suspek, dalam satu kejadian di Kampung Bukit Tok Beng, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu berlaku, kira-kira jam 2.30 pagi, suspek yang berusia 16 tahun telah meminta sejumlah wang daripada ibu mereka, 46, dipercayai untuk membeli pil kuda.

“Namun, permintaan itu tidak diendahkan si ibu menyebabkan suspek nekad mengambil telefon bimbit milik ayah mereka, 50-an, yang secara kebetulan diletakkan di situ walaupun dilarang beberapa kali oleh si ibu.

“Bagaimanapun, suspek langsung tidak menghiraukan rayuan ibunya. Rayuan si ibu turut didengari mangsa, 20-an, yang ketika itu baru tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang tidak tahan melihat perbuatan kurang ajar suspek yang cuba bertindak kasar terhadap ibu, mengambil keputusan masuk campur dengan menasihati suspek secara baik agar memulangkan semula telefon bimbit tersebut.

“Suspek yang tidak suka mangsa mencampuri urusannya itu telah bertindak ganas dengan mengambil sebilah parang dan terus melibas ke arah mangsa.

“Ketika bergelut mempertahankan diri, mangsa cedera di pinggang akibat terkena parang manakala suspek pula melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya.

Akibat kejadian, ibu suspek yang bekerja sebagai peniaga nekad membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan bertindak lebih agresif pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederakan menggunakan senjata.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 02:15 PM | Show all posts
khayal dengan pil kida punya pasal..sampai nak membunuh..baru 16
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:16 PM | Show all posts
ramai yg mental sbb pil kuda...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2013 02:23 PM | Show all posts
pil kuda punya pasai
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:28 PM | Show all posts
kuat jugak penangan pil kuda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 02:40 PM | Show all posts
hahahahahah... terengganu melayu jatey...apa sodah jadey???? barbarik samacam ja...sure ke tak darah siam, atau campa kambodea ney??? hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.598386 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list