View: 5397|Reply: 38
|
Zed Zaidi Dapat Sokongan Bertanding Exco Pemuda Umno(video@pg2)
[Copy link]
|
|
Selasa Ogos 20, 2013
Oleh KEMALIA OTHMAN
Zed Zaidi
PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengesahkan hasratnya untuk bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti Oktober depan.
Zed Zaidi, 33, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut setelah mendapat sokongan padu daripada ahli pergerakan itu seluruh negara.
"ada asalnya saya hanya bertanya pendapat sahaja namun apabila melihat maklum balas yang menggalakkan terutamanya daripada pemuda-pemuda daripada setiap negeri, saya teruskan hasrat tersebut (bertanding).
"Sekarang saya dalam proses kempen dan perkenalkan diri. Saya sudah pergi beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Kedah untuk berjumpa dengan pemuda-pemuda di sana," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Zed berkata, matlamat utama untuk dia bertanding jawatan tersebut adalah bagi menjadi wakil daripada golongan seni untuk memberi pendapat selain menjadi orang tengah kepada pucuk pimpinan.
"Saya merupakan artis pertama yang bertanding dalam pemilihan ini. Bagi saya ia dapat memberi peluang kepada pihak parti untuk mengetahui suara sebenar dan masalah dalam industri yang orang luar industri tidak tahu.
"Selain itu, saya mahu Umno memberi peluang kepada golongan muda dan artis untuk sama-sama dalam memperjuangkan parti. Kita ada di kalangan artis yang beralih dengan menyokong pihak pembangkang kerana mereka diberi peluang untuk bersuara dalam parti pembangkang tersebut," katanya.
Jelas Zed, dengan adanya laluan tersebut dia berharap dapat mengubah landskap industri seni ke arah yang lebih baik dan terbela.
Sementara itu, Zed berkata, jawatan dan tanggungjawabnya dalam Seniman tidak akan terjejas jika dia terpilih memegang jawatan dalam Pemuda Umno.
"Tiada apa-apa masalah dengan persatuan jika saya menang dalam pemilihan ini. Saya masih tetap utamakan matlamat persatuan dan kebajikan ahli-ahli," katanya.
Jelas Zed, dengan format baharu pencalonan yang terbuka kepada semua ahli Umno, ia memberi peluang kepadanya untuk turut sama mencuba nasib dalam pemilihan kali ini.
"Kalau dulu memang susah kerana banyak peringkat dan pemilihan, dengan format baru ini siapa-siapa yang layak boleh hantar borang pencalonan.
"Saya layak kerana melepasi syarat utama iaitu menjadi ahli parti lebih daripada tiga tahun yang mana saya sudah menjadi ahli sejak 2007 selain memegang pelbagai jawatan," katanya.
Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu akan dilakukan pada 21 September depan.
-mstar-
sila komen uolsss...iolss nak gi bfast dulu... Last edited by mea on 21-8-2013 12:00 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
syok sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
semua demi kepentingan diri sndr jer |
|
|
|
|
|
|
|
g mmpus la ko. ko ingt industri seni je ade masalah ? industri laen xde msalah . bodoh piang |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sokong ZZ ni...tapi aku rasa setiap orang harus diberi peluang untuk mencuba nasib dan membuktikan kemampuan masing-masing..so biarlah dia mencuba..who know he is better of to be politician |
|
|
|
|
|
|
|
bertanding habam oii |
|
|
|
|
|
|
|
try ur best....mana tau leh jadi PM akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
Btanding le, tp kalolah menang ..... |
|
|
|
|
|
|
|
yuck.... |
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 20-8-2013 09:09 AM
try ur best....mana tau leh jadi PM akan datang
layak ke...mcm budus je.... tp yela ciri2 pemimpin umno musti budus... 3 suku....
|
|
|
|
|
|
|
|
berlakon pun dah tak bape laku. kena carik periuk lain la. |
|
|
|
|
|
|
|
What??? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia ni ramai pengikut kat industri hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman apa ni nak bertanding bagai...leh di guna pakai ke kalo sekadar pengalaman berlakon neh |
|
|
|
|
|
|
| |
|