PENYANYI Taylor Swift akui dirinya amat mengagumi bakat dan kebolehan pelakon Julia Roberts yang dikenalinya sewaktu menjalani penggambaran filem ‘Valentine’s Day’.
Menurut laporan portal Showbizspy, perkara yang sama turut dirasai Julia dan disebabkan itu hubungan mereka mulai rapat.
“Apabila mereka bertemu, keduanya banyak berkongsi pendapat termasuklah soal peribadi.
“Pelbagai nasihat yang diberikan Julia kepada Swift memandangkan dia lebih berpengalaman,” kata sumber.