Hulu Selangor, 26 Ogos : Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja ‘diculik’ dan dibelasah, malah dia turut diperkosa dalam kawasan semak sebelum ditinggalkan di sebuah perhentian bas, Serendah, di sini.
Mangsa bernasib baik apabila diselamatkan orang awam yang menghubungi polis dan membawanya ke balai polis untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai memperkosa mangsa bagaimanapun sudah ditahan polis kelmarin, dalam tempoh kurang 48 jam selepas kejadian.
Menurutnya, kejadian terbabit berlaku jam 3.15 petang Rabu lalu apabila pelajar tingkatan dua itu pulang dari sekolahnya dengan berjalan sendirian ke Batang Kali, di sini.
“Suspek menunggang motosikal Honda EX5 menahan dan memaksa pelajar itu membonceng bersamanya. Gadis terbabit menolak ajakan itu, namun suspek membelasahnya.
“Berikutan itu, mangsa dibawa menghala ke Jalan Genting-Batang Kali. Tiba di satu kawasan semak, mangsa diperkosa,” katanya.
p/s senang2 jer rogol anak orang skrg nie... gile...
|