CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19113|Reply: 18

Pelaburan Emas Delay Stok

[Copy link]
Post time 29-8-2013 03:34 AM | Show all posts |Read mode
nie boleh pakai kaa sistem nie?

katakan kita beli emas 100g, delay 10 bulan baru dpt stok......

tiap2 bulan kena bayar harga emas 10g......

cukup 10 bulan tauke lari, tak lingkup kaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2013 03:37 AM | Show all posts
SUNDAY, JUNE 1, 2008
Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd - Tipah Tertipu Lagi?



(Imej ini dari laman ini yang mana nombor siri emas nya agak sama dengan nombor siri gambar bar emas di laman web Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd .. ooopps!)



(Ini gambar emas dari laman web Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd)


Diberitakan satu syarikat bernama Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd menawarkan konsep pelaburan diskaun berjadual. Wah apa tu? Bunyi macam best saja!

Plan A:

Anda beli 100g emas dan syarikat beri diskaun RM100 selama 6 bulan.

Plan B:

Simpan emas di Ar-Rahnu.

Anda beli 100g emas dan syarikat beri tambahan 200g lagi dan anda terima diskaun RM300 selama 6 bulan.

Wah gila apakah syarikat Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd ini? Jual emas dan kemudian beri diskaun. Alangkah baiknya jika syarikat jual kereta guna modus operandi seperti ini, beli kereta dan dapat diskaun sebanyak RM5000 sebulan selama 6 bulan. Ha ha ha! Ha ha ha! Jangan jadi rambang mata. Siasat dulu sebelum terkena. Susah payah orang mendulang emas di Mersing, syarikat ini senang-senang beri diskaun pula. Sebab beli bulk ke? Wah.. sejak bila pembelian emas dah jadi macam belian bulk baju bundle dari Jepun sampai boleh ada diskaun sebegitu banyak?

Oooo yea, kalau tak salah kami, dulu pun ada pembelian berdiskaun macam ini..ceritanya produk nya dulu ialah kad topup prepaid ye? Seminggu dua masih ada stok, bila dah banyak, delay seminggu, sebulan..lepas tu senyap kan? Ha ha ha! Ha ha ha! Jangan jadi bodoh. Jangan pisang berbuah dua kali. Maaf, kad topup bukan dijual oleh Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd. Tapi caranya agak sama.

Pasal bisnes emas dari Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd ini, ada beberapa kemusykilan yang bermain di benak kami:

1. Laman web syarikat ini saling tak tumpah seperti laman web HYIP, siap dengan Pelan 1 & 2, kenapa ya? Mudah sangat ke buat pelaburan di Malaysia. Beli emas ke labur emas? Laman web warna hitam (biasanya laman web korporat berwarna cerah), mungkin hitam itu mencerminkan hati si pencipta peluang kekayaan ini? Hitam legam. Ha ha ha!

2. Laman web berdaftar Julai 2007, belum sampai setahun. Khabarnya program seperti ini sudah 40 tahun dijalankan di Eropah. Lama sangat ke teknologi dari Eropah nak sampai ke sini hingga perlu ambil masa selama 39 tahun? Ha ha ha! Ha ha ha!

3. Betul ke syarikat beroleh harga emas yang rendah kerana beli secara bulk? Entahnya dapat bulk macam kad prepaid topup tak? Diskaun virtual saja, guna duit pembeli yang lain untuk beri diskaun pada pembeli yang lebih awal. Ha ha ha! Ha ha ha!

4. Betul ke tidak ada risiko? Kalau tak ada risiko kenapa 65% cagaran yang dikeluarkan oleh Ar-rahnu perlu beri pada syarikat? Kalau syarikat bankrap atau cabut, mana duit itu untuk tebus emas dari Ar-rahnu?

5. Untuk Pelan ke-2 HYIP ini, sorry, pelaburan ini, kenapa pula perlu syarikat menambah emas itu dengan 2 kali ganda? Tidak kah bermakna 65% itu hanyalah duit syarikat? Kalau duit syarikat, apa perlunya peranan pembeli? Pusing duit sendiri sajalah kalau macam tu. Ha ha ha! Ha ha ha! Oh kau memancing dengan umpan besar ye?

6. Kalau bisnis menjual mesti ada produknya pak! Mesti ada gambarnya juga. Tapi di mana yah? Di laman web kamu cuma ada gambar jongkong emas yang biasa dilihat di mana-mana laman web juga. Gambar ini sudah lama pak! Jika belian dalam bulk, mestinya gambar nya juga emas yang bulk. Ha ha ha! Ha ha ha!

7. Contact nya di mana? Laman web syarikat dengan bisnes sebegini besar tidak ada profail syarikat dan ahli pengurusannya. Takut dirompak kah?

8. Ada 250 website lain dalam server di etikaemas.com. Dengan kata lain, shared hosting. Tidak ada kesalahan di sini, tetapi bagi syarikat yang mementingkan bisnes nya, imej agak penting. Malu lah!

9. Etika Jahat Emas Estet Sdn Bhd beroperasi dari hotel? Data whois menunjukkan domain etikaemas.com didaftarkan dari alamat Holiday Villa, Ampang. Syarikat begini besar tak berani dedahkan alamat sebenar semasa register domain?

10. Pendaftaran domain menggunakan anonymous identity. Cara biasa digunakan scammer?

Kami berpendapat, peratusan program ini bertukar menjadi scam agak tinggi. Sekiranya anda telah terjebak dengan syarikat ini, maka cepat-cepatlah minta untuk emas itu dijual semula dan dapatkan wang anda kembali seberapa segera. Sekiranya anda tidak terjebak, tetapi tahu ada rakan yang lain turut terjebak, sekurang-kurangnya forward kan artikel ini untuk membantu sesama Melayu. Kenapa Melayu? Kami tahu hanya Melayu yang terjebak dengan skim sebegini.

Pssst! Satu-satunya cara untuk memastikan anda tidak tertipu ialah dengan COD. Bayar duit, dapat emas. Pegang emas tu, bawak balik, jangan tengok je. Jangan tunggu minggu depan. Bayar dan ambil emas on the spot. Jangan delay. Pergi test sendiri di Bank Rakyat atau kedai emas. Kemudian simpan sendiri emas tu, jangan bagi syarikat tolong simpan. Method ini terpakai untuk Pelan A. Itu baru membeli namanya. Kalau beli hari ni dapat minggu depan, itu dah nak jadi prepaid topup scam. Ha ha ha! Ha ha ha! Dan pastikan kawan-kawan lain yang membeli pun dapat emas mereka on the spot. Jangan tukang promote je yang dapat.

Berhati-hati, do you smell something fishy?


http://mungkinscam.blogspot.com/2008/06/etika-jahat-emas-estet-sdn-bhd-tipah.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2013 08:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 08:34 AM | Show all posts
acong, fokus benda yg kita pandai buat jer. insyaAllah sukses.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2013 08:51 AM | Show all posts
tobby posted on 3-9-2013 08:34 AM
acong, fokus benda yg kita pandai buat jer. insyaAllah sukses.

err............ merapu kat CI?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 02:22 AM | Show all posts
nie bahana main delay...... emas yg ditunggu tak kunjung tiba........

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2013 02:38 AM | Show all posts
sumber dari FB


copy paste - saja untuk info - lagi pun ada isu DELAY atas DELAY atas DELAY

Syed Abu Bakar Jamalullail

Hukum beli emas secara DELAY ORDER, beli emas bayar dahulu, emas dapat selepas sebulan atau lebih, kemudian dapat lagi imbuhan.. Cara yang berleluasa mutakhir ini.. Mereka yang terlibat telah menjadikan agama sebagai lindungan dengan tafsiran yang jauh dari realiti..

Ahmad Sufyan Che Abdullah

Sering disebarkan sekarang bahawa hukum "Delay Emas" adalah khilaf, dan orang yang tidak bersetuju disarankan pula agar menghormati khilaf. Mereka yang mengatakan "Delay Emas" tidak haram itu berpendapat aktiviti itu harus andainya menganggap "wang kertas" adalah cuma kertas, atau komoditi. Oleh itu, boleh bayar dulu guna wang kertas tetapi emas dapat 1-3 bulan akan datang. Di sini memerlukan beberapa penjelasan;

1. Memang ada wujud pendapat yang mengatakan bahawa Wang Kertas adalah tidak sama dengan hukum Emas atau Perak, tetapi pendapat ini adalah lemah dan tidak relevan sama sekali.

Jika anda menganggap "wang kertas" tidak sama hukum dengan emas, dan cuma "kertas" beranikah anda mengatakan seseorang yang memiliki simpanan wang kertas RM10 juta atau RM1 billion yang beku selama lima tahun tidak digunakan tidak diwajibkan zakat?

Ini kerana ia cuma kertas biasa.. Logikkah hukum zakat begitu? Beranikah anda mengatakan hutang dengan sekeping "wang kertas biru" bertanda RM1 tidak haram jika diwajibkan bayar dengan "wang kertas merah" bertanda RM10, ini kerana ia cuma kertas, dan bukannya tertakluk dengan hukum Emas dan Perak?

Oleh itu, jika anda menganggap wang yang banyak wajib dizakatkan, ataupun wang merah dan wang biru tidak menjadi riba, maka hukum delay emas perlu konsisten dengan pandangan itu, iaitu hukum wang kertas, tertakluk dengan hukum emas dan perak.

2. Terdapat sebilangan mereka yang berdalilkan pendapat Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim yang memberi keharusan untuk belian barang kemas. Pertamanya perlu difahami, pendapat Ibn Taymiyyah rh dan Ibn Qayyim ini adalah berbeza dengan pendapat majoriti sarjana fiqh.

Takpe lah, atas dasar menghormati ijtihad kita boleh terima pendapat ini. Namun perlu difahami, pendapat Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim rh ini, mensyaratkan pembelian barang kemas emas dan perak secara hutang itu perlulah berlaku dalam keadaan barang kemas itu bukan dianggap "nilai" tetapi semata-mata barang kemas.

Dengan bahasa lain, bukan tujuan utama untuk pelaburan emas, tetapi untuk berhias dengan barang kemas. Jika tujuan 'pelaburan' maka Ibn Qayyim juga mengharamkan urus niaga hutang.

Dan selain itu, "Delay Emas" ini tidak sama situasi dengan pendapat ini, kerana "Delay Emas" itu bayar dahulu dapat kemudian, bahkan semua maklum bahawa "Wang Pendahuluan" itu dimanipulasi oleh pihak Syarikat dahulu sebab itu mereka boleh beri harga murah dan pelbagai insentif lain.

Oleh itu, setakat ini (kecuali jika diberikan dalil yang lebih logik), hukum "Delay Emas" adalah haram secara sepakat oleh semua sarjana Islam. Sebarang komentar, penjelasan, kritikan, dalil tambahan di-alu-alukan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2013 08:01 AM | Show all posts
emas delay = geneva gold? bestino gold?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2013 01:40 PM | Show all posts
Den suka delay...
Delay TB ka, Delay Tosel ka, Delay Merak ka, Delay SG ka...
Semua kasi masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 02:20 PM | Show all posts
delay money game
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2013 03:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 07:33 AM | Show all posts
aku join darul emas ... ok jer duit masuk tiap2 bulan....  nk explaian x reti sgt tpi nasihat aku jgn join yg guna jongkong emas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2013 02:26 AM | Show all posts
konsep delay lebey kurang cam genneva saja........
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 04:12 PM | Show all posts
acong..nk join emas delay bleh PM aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 04:24 PM | Show all posts
sila kupas konsep delay kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2014 12:36 AM | Show all posts
Sumber: http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=483093

sekadar ilmu yg amat sedikit yg diizinkan oleh Allah kepada aku, aku kongsi ngan korang salah satu teknik emas delay ni.

1. pakai duit hang dulu beli emas 100 gram pastu rempit sampai 3 kali ganda guna arrahnu. (skill rempit)

2. pastu offer le emas delay mcm TB buat tu.

3. org pertama bayar emas delay, korang tebus 100 gram arrahnu yg pertama. ada baki lagi atas tangan cash +- 30%. guna cash tu bayar dahulu imbuhan kpd customer emas delay.

4. emas yg dah dikuarkan, buat sale guna teknik yg boleh mengurangkan harga emas tersebut hingga 30% sebulan.( yg ni aku takleh kabo caranya)(cara ni tak guna arrahnu)

= boleh guna teknik bayar ansuran.

= jual seperti biasa ikut harga market.

= pandai korang lah

5. customer ke dua masuk emas delay. guna teknik mcm atas tadi.

6. cutomer ke 3 masuk emas delay. guna duit customer yg ke 3 rempt blk emas sampai 3 kali ganda guna arrahnu. imbuhan utk customer yg ke 3 guna imbuhan dr customer 1 & 2 serta ada 200 gram emas yg dah dikeluarkan tadi.

7. buat le berulang2 kali sampai 6-12 bulan. pastikan akaun bank duit cantik kuar masuk.

8. akaun dah cantik buat le pinjaman dr bank. (byk boleh pinjam duit wooooooo)

9. duit pinjaman dah dpt berkoyan2. apa lagi, guna le imaginasi anda selepas ini.(boleh settle duit customer, boleh beli emas byk2, boleh pairing ngan hartanah, pairing bini dll

makluman penting:

aku tdk bertanggungjawab atas kesan teknik yg aku citer di atas, begitu juga aku bkn menyokong TB dan modus operandinya dan agen2nya atau mana2 pihak yg melakukan emas delay atau sebarang pelaburan yg berkaitan dgn emas ni.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 12:11 PM | Show all posts
Tunggu jer BN ngap baru korunk tau.

Depa suh kumpul duit byk2 dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2014 10:24 PM | Show all posts
buddezle posted on 4-12-2013 04:12 PM
acong..nk join emas delay bleh PM aku..

cerita laa pasal delay ko tu kat sini.... ada brani?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 05:15 PM | Show all posts
Kna delay dulu la tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.051011 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list