CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5818|Reply: 4

Kanser Perut

  [Copy link]
Post time 3-9-2013 12:36 PM | Show all posts |Read mode


Kanser perut merupakan jenis kanser yang ke 4 paling umum di seluruh dunia. Hampir 1 juta kes direkodkan pada 2002 di mana dua daripada tiga kes membabitkan lelaki.

Pada keseluruhannya, ia semakin cepat menurun di negara berpendapatan tinggi tetapi kekal biasa di tempat lain. Ia biasanya membunuh dan merupakan penyebab kematian yang kedua paling biasa akibat kanser.

Penyebab : Garam dan makanan yang diawet dengan garam

Penawar : Makanan dan pemakanan. Sayuran tidak berkanji, termasuk sayuran allium serta buahan mungkin melindungi daripada kanser perut.


Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.

Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik – sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

Gejala

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:

Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
Mual dan muntah;
Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
Kembung perut selepas makan;
Hilang selera makan;
Lemah dan letih; dan
Pendarahan (muntah atau berak berdarah).

Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 03:02 PM | Show all posts
salam, cuba sembuhkan dng transfer factor iaitu produk berasaskan Transfer Factor yang berfungsi sebagai mengajar sistem ketahanan imun badan kita dan memusnahkan terus virus dalam badan agar kesihatan terjamin..dijamin berkesan untuk rawatan leukimia,kanser dan banyak lagi..insyallah..try sngt2 produk ni..insyaallah dapat membantu..banyak testimonial yang berjaya dalam rawatan kanser dng menggunakan Transfer Factor..

boleh tengok testimonial yang berjaya disini..

https://www.facebook.com/photo.p ... ;type=1&theater
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 11:32 AM | Show all posts
yati86 posted on 3-9-2013 03:02 PM
salam, cuba sembuhkan dng transfer factor iaitu produk berasaskan Transfer Factor yang berfungsi seb ...

thanks akak atas share ;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2024 07:35 AM | Show all posts
Kate Middleton case...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 08:33 AM | Show all posts
takod nok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21495 Replies : 71
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93500 Replies : 1263
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22673 Replies : 472
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9762 Replies : 92
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642
Kerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
maklukpenggodaKerugian Starbucks tahap kritikal- CEO
Views : 31437 Replies : 58
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 15645 Replies : 2
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 88586 Replies : 227

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.054952 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list