CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6157|Reply: 0

Benarkah negara Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963?

[Copy link]
Post time 11-9-2013 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Ramai yang menganggap Sabah mencapai kemerdekaan dari penjajah British pada 16 September 1963, hari pembentukan Persekutuan Malaysia hasil percantuman antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

Ramai mungkin tak tahu sebenarnya Sabah sudah mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Hari Kemerdekaan Sabah telah disambut dengan meriah di seluruh negara Sabah pada hari tersebut.

Akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1963 telah melaporkan:

"Di atas sebuah bukit kecil (di Tuaran), bendera baru Sabah berkibar dengan megah dalam dingin bayu pagi di hadapan bangunan Majlis Daerah Tuaran."

"Ahli-ahli Majlis dan orang-orang tua kampung mengambil kedudukan masing-masing sebelum pengisytiharan kemerdekaan diumumkan dalam berbagai bahasa."

"Ketua-ketua agama kemudiannya membacakan doa sebelum Pengerusi Majlis, Orang Kaya Indan bin Kari, merasmikan plak peringatan sambil kedengaran laungan dan pekikan "Merdeka"."


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 2.295261 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list