CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25066|Reply: 195

perlukah saya teruskan perkahwinan ini?

[Copy link]
Post time 11-9-2013 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kedukaan yang saya sedang alami sendirian selepas menyelak2 page di forum ni. Akhirnya baru hari ini dapat mengumpul semangat untuk berkongsi. Bukan sesuka hati mengadu tanpa sebab. Bukan membuka aib. Bukan mencari siapa yang salah dan siapa yang benar. Tapi ingin mencari penyelesaian terbaik, kalau boleh elak penceraian..


Saya seorang isteri. 7 bulan berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka. Suami umur sebaya. Berkenalan baru 8 bulan lepas tu terus risik, kemudian bertunang dan setahun kemudian iaitu 7 bulan lepas kami mendirikan rumah tangga. Belum mempunyai cahaya mata setakat ni. Masalah kami, kami selalu bergaduh. Dari sebelum kahwin lagi. Sebelum risik semua indah, bila lepas risik, hinggalah masa tunang, hingga majlis pernikahan, asyik bergaduh tapi majlis semua tetap berjalan lancar. Sebelum kahwin pernah bergaduh dan kena pukul. Masih ingat itulah pertama kali.

Masa kahwin ni, dan yang terkini beberapa hari lepas saya dipukul lagi. Tidak pernah terbayang hakikat perkahwinan sebenarnya pahit. Cemburu dgn kawan-kawan yang bahagia dalam perkahwinan kerana saya tidak begitu. Sasaran pukul selalu di muka. Mata pernah lebam ditumbuk. Rahang mulut dan tulang pipi pernah sakit ditumbuk sampai tidak dapat kunyah makanan dgn betul. Luka-luka di badan. Luka kecil saja tapi cukup banyak kalau dikira dari awal sampai sekarang. Dan entah berapa ribu kali diludah. Telinga saya dah lali dihina, disumpah seranah, dikeji dengan perkataan sial, babi, neraka, anjing, ‘f*ck you’ sekali dgn simbol ‘f*ck you’. Banyak lagi perkara yang melukakan dan saya paksa minda saya untuk melupakan kerana itu semua menyedihkan saya, dan saya takut itu akan membuat saya membenci suami.

Jiwa saya terseksa. Saya tidak boleh pandang, bercakap, senyum dengan lelaki lain, walaupun pelanggan, semata-mata untuk hal perniagaan (saya seorang peniaga). Saya tidak boleh mesej atau berborak online dgn kawan-kawan, walaupun dengan yang perempuan. Saya berhenti hubungi semua kawan-kawan saya sebab suami. online pun tak boleh padahal sy bukan tidak melaksanakan tanggungjawap dan kerja-kerja saya di rumah. apa sahaja yang sy buat, di sangat skeptikal. ada sahaja bahan dia untuk menyindir saya. ada saja yang tidak kena pada diri saya. saya diam salah, saya bercakap salah. segalanya tidak kena. tiap hari saya menangis waktu mandi melepaskan kesedihan kerana hidup bagai dalam penjara. saya tidak boleh rasa apa yang saya rasa. saya tidak boleh ada reaksi apa-apa depan dia kecuali senyum dan ketawa. itupun untung2 jika tidak disindir 'senyum sebab tengah fikir pasal boyfriend'. sekali lagi saya tekankan, jiwa saya sangat terseksa hidup sebegini.


mungkin puncanya berlaku sebelum kami berkahwin dan sebelum merisik lagi. Saya secara kasual berjumpa kawan rapat lelaki yang sama-sama belajar waktu di universiti lagi sebab kebetulan dia berada di tempat saya. Sekejap sahaja, di restoran, itupun ditemani adik. Itu saja. Waktu itu saya dan suami masih berkawan biasa, cuma sudah ada berputik cinta sikit-sikit. Sebelum keluar jumpa kawan rapat tu, saya ada ajak suami tapi dia enggan sebab sibuk katanya. Jadi saya minta teman orang lain. Dan inilah peristiwa yang pertama dan terakhir saya berhubung dengan mana-mana lelaki. Saya tidak kisah sebab mungkin itu pengorbanan yang harus saya lakukan dan memang tidak kisah sebab saya boleh hidup tanpa sahabat asalkan ada restu suami. Lelaki dan juga perempuan pun saya buang saja. Hidup saya cuma suami, keluarga dan kerja.

Sejak kahwin, saya yang menanggung hampir semua perbelanjaan. Mujur belum ada anak dan tanggungjawab lain. kami masih tinggal di rumah keluarga. ccm kereta saja bayar tiap bulan. Bila marah, suami akan suruh cari lelaki lain, cakap saya tidak jaga makan dia. Hari itu, pertama kali dia belikan nasi goreng ayam dari luar guna duit dia sendiri untuk makan kami berdua sambil marah-marah cakap saya tidak jalankan tanggungjawab saya.

Saya bawa makanan pulang selama ni dia tidak ingat? Kami sama-sama bekerja. Gaji tidak seberapa. Suami rasa hebat bila dia dapat beli sesuatu untuk keperluan kami. Suami akan marah-marah cakap saya tidak membantu padahal hakikatnya tidak sebegitu. Saya pernah selit duit dekat dompet suami supaya suami tidak perasan dan ego tidak asyik jatuh sebab asyik guna duit isteri. Jadi kenapa mesti rasa hebat? Bukan itu memang sudah tanggungjawab?untuk pengetahuaan, suami tidak bekerja. selalu tukar-tukar kerja. my family bagi peluang jadi chef di restoran milik family, tapi bila my mum tiada, dia keluar atau tidur dalam kereta sesuka hati dia.


Suami saya juga kuat berhutang. Selalu minta duit dari saya dan biasanya saya akan berikan sebab kesian. Saya datang dari family yang tidak suka berhutang, tapi family suami lain. Tapi saya faham. Family suami bukan dari kalangan orang berada. Suami juga seorang yang sangat rendah diri. Adakah sebab ini suami selalu memukul saya?

Tambah-tambah lagi saya pun jenis melawan. Saya tidak tahan diperlakukan suami, itu saja. Pertengkaran selalu bermula dengan bertikam-lidah atas perkara kecil dan suami selalu keluarkan ayat kesat dan menuduh/menghina saya macam perempuan murah. Saya diam saja tapi makin saya diam makin dia menghina dan seolah-lah puas bila saya mula marah. Bila saya mlawan, makin dia menghina hingga akhirnya tetap sama. Diam atau melawan, tetap dipukul. Saya menangis dan dari situ suami pukul sebab dia cakap saya tau menangis sahaja. Kadang-kadang saya biar diri saya dipukul asal saya dapat menangis lepaskan kepedihan dalam hati saya. Tapi malangnya tangisan itulah yg makin membuat saya dibelasah lebih teruk.

Kali terakhir suami pukul adalah pada 2 hari lepas. Suami patahkan simkad saya gara-gara saya telefon mak dalam tangisan. Waktu dipukul, saya meraung dan menangis sekuat hari. kadang2 saya menangis bukan sebab sakit dipukul tapi ketakutan, rasa terancam, segala kata-kata hinaan dan cacian terngiang-ngiang di telinga. Bagaimana seorang yg hidup paling dekat dengan kita itu yang seakan mahu membunuh kita? Itulah rasanya.  Semua barang dihempas ke badan saya di tepi dinding. Kedua-dua tangan suami digunakan utk memukul saya. Saya hanya mampu menangis. Suami ugut saya agar diam takut jiran dengar kalau tak dia tendang. Saya terus senyap tapi masih menangis walaupun tidak bersuara. Tapi suami tetap pukul dan menghina saya.

Saya lari menuju pintu keluar sebab takut (suami akan bertindak sesuka hati) kerana cuma kami berdua di rumah ketika itu. Waktu itu, jiran rupanya dah ramai berkumpul dekat luar ketuk-ketuk pintu panggil nama saya untuk buka pintu. Tetapi kami senyap. Saya sembunyi dalam satu bilik kosong. Lama dalam tu hingga saya pasti jiran semua dah balik ke rumah masing-masing. Selepas tu terdengar bunyi enjin kereta suami hidup. Itu kali terakhir. Sekarang ini, sudah dua hari saya tak ke tempat kerja, berkunci dalam rumah, makan cuma sekali dan itupun ala kadar. Bila dengar bunyi kereta seakan kereta suami, dalam pengharapan itu, tetap rasa takut.


Tolonglah, bantulah saya. Sekarang ini saya tidak tahu nak buat apa. Jika benar suami membenci saya, apa sy perlu buat? seburuk2 dia pun, dia suami saya. yang saya takut dan risau dan tidak mampu lihat adalah, apa jadi pada dia jika dia dapat tahu saya berniat untuk minta cerai.. itu yang paling menakutkan saya sekarang ni. saya bukan tidak sayang pada suami, malah setiap kali teringat kenangan waktu kami masih bercinta.. lebih2 lagi terkenang saat pernikahan kami, hati saya lemah selemah2nya. tersungkur terus tidak berdaya menguatkan hati untuk penceraian. namun, dalam masa yang sama saya rasa saya tidak akan mampu terus hidup macam ni sepanjang hidup. hidup berdua tapi tanpa redha suami.


Jika sy memilih utk teruskan perkahwinan, apa perlu sy buat agar keganasan ini tidak berpanjangan?

Jika tidak, bagaimana? Tolong saya.


Last edited by orkedorkedorked on 11-9-2013 11:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 11:48 AM | Show all posts
sikap panas baran susah nak ubah..kalau kebal kena belasah, silakan teruskan perkahwinan ini..apa2pun tunggu otai bagi pedoman...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 11:56 AM | Show all posts

astaghfirullah... minta bersabar ye kak... berdoa la byk2 minta Allah tunjukkan jln keluar dr masalah ini..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 11:57 AM | Show all posts
untuk keselamatan TT pada masa hadapan sila fikir masak2 tentang perkahwinan ni.
ni baru pukul2, kang kalau dah marah takut jadi lagi teruk je.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 11:59 AM | Show all posts
Pada pandangan i...



Run baby run............. run as fast as you can..
tak kan nak tunggu cedera parah dan emosi you terganggu hingga tiada self confidence
baru you nak blah..

kalau dia pukul sila jumpa doktor dan buat police report..
dan simpan
ia amat penting..trust me..
tell dan pi ke your parents dan inlaw...lepas you kena pukul tu
so derang aware...

jangan biarkan diri anda diperlakukan sedemikian..
you ada maruah....sebelum ada anak.... baik blah..
what kind of husband yang you kawin nih...



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:03 PM | Show all posts
hurmmmm...bab lain ni blh la aku tolerate skit
kadang2 ada somi gatal ada awek kat belakang tp dia ttp sayang bini
tp jenis pukul bini ni payahhhhh aku nak terima

nak tanya skit...apa yg selalu korang gaduhkan tu? semata2 pasal dia cemburu?
kalau betul sbb dia cemburu...silalah review semula perhubungan ni...
minta pertolongan allah unutuk jalan penyelesaiannya...
andaikata pisah yg jd jawapan, sila bertindak cerdik
pertama sekali...setiap kali lebam birat kena pukul, sila pergi klinik atau hospital. pastikan ada rekod
nak amik gambor pun buleh...buat catatan sendiri juga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2013 12:06 PM | Show all posts
mrsLucky posted on 11-9-2013 11:59 AM
Pada pandangan i...

kalau nak failkan penceraian, apa bukti sy boleh kemukakan.. sekarang ni tiada kesan lebam.. report apa pun tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:18 PM | Show all posts
takziah utk TT..

1st, bawak bincang dgn suami. kalo xjalan jugak, bincang dengan family TT. buat solat istikharah. & ikot gerak hati. kalo rasa terbaik utk hidup sendiri, mintak la cerai. kalo dia xnak lepaskan, p mintak fasakh kat pej agama.

kalo mampu bertahan, bertahan la. kebalkan diri & hati.

paling bagus, lepas kena sepak terajang ni semua, p buat medical check-up & police report. ni sebagai bukti nak kuatkan dakwaan dia bukan suami yg baik.

mcm ada sorg lady ni, dia pon kena sepak terajang dgn suami dia. dia buat medical report, police report & dia catat apa yg jadi kat rumah tangga dia setiap hari. bila sampai masa, dia p pej agama mintak cerai. laki dia xleh defend sebab semua bukti ada. so, cerai la dia. & bahagia hidupnya walaupon xdak suami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 12:27 PM | Show all posts
pilihan di tangan ko...

1) kalo ko memilih utk teruskan perkahwinan ...ko kena berusaha kuat ...iaitu mintak dgn Allah s.w.t...buat solat sunat taubat...solat hajat...dlm doa tu ko kena yakin/percaya yg Allah s.w.t akan makbulkan doa2 ko...tu penting sgt2....buat hari2 tanpa jemu...byk2 berdoa...cari ayat2 pengasih yg berlandaskan Al-Quran...dlm pd ms yg sama ko layan dia dgn baik wpon dia lakukan ko mcm tu skali....yg paling penting skali..ko kena byk2 BERSABAR...mcm mn skali pon ko kena SABAR..

2) kalo dh x nk teruskan...CERAI je laaa....tu je...

gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:30 PM | Show all posts
cepat-cepatlah becerai...sakit ketika hendak becerai dan ketika bercerai sekejap sahaja..lepas tu kedua2 akan hidup bahagia sbb belajar dari pengalaman masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:34 PM | Show all posts
orkedorkedorked posted on 11-9-2013 12:06 PM
kalau nak failkan penceraian, apa bukti sy boleh kemukakan.. sekarang ni tiada kesan lebam.. repor ...

lepas2 ni kalau ada lebam skit kena bantai ko wajib pi klinik okeh..musti ada record tau.
at the same time, ko catat la tetiap ari apa dia buat kat ko...tu rekod ko sendiri.
kalu boleh aku nk nasihatkan ko ni...jgn mengandung lagi ...selagi dia mcm tu elakkan ler...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 12:54 PM | Show all posts
Kumpul kekuatan & kumpul segala bukti.. Diam masa dia naik angin, jgn lg disimbah api yg sedang marak nnt sis jugak yg kan lg sakit.. Jadikan diam kita tu diam yg berisi.. Dlm diam dlm senyap sis bertindak, kumpul dgn segala bukti pergi lah ke tempat yg seharusnya sis tuju... Lelaki camni kalau kita p cerita kat famili dia pn belum tentu dia nak sedar silap2 nnt line clear jadi sardin sis dikerjakannya sbb citer perangai dia tu.. Harap sis tabah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 12:55 PM | Show all posts
beldandy posted on 11-9-2013 12:34 PM
lepas2 ni kalau ada lebam skit kena bantai ko wajib pi klinik okeh..musti ada record tau.
at the  ...

sekarang ni maybe dah tak pukul dah (walaupun my mum dah tak percaya dekat suami - mama kata once start pukul, lepas ni confirm tetap akan buat lagi wlupun byk kali minta maaf) tapi mcmna dengan menyeksa perasaan sy setiap masa.. sy lebih happy kelur bekerja.. bila balik rumah morale down.. everything down.. kadang2 mcm gila rasa..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 01:01 PM | Show all posts
sara_thrash posted on 11-9-2013 12:54 PM
Kumpul kekuatan & kumpul segala bukti.. Diam masa dia naik angin, jgn lg disimbah api yg sedang mara ...

saya setuju.. sy pun tengah kumpul bukti. buat catatan tiap hari dlm blog (private) sbb kalo buat dlm diari etc takut dia nampak. nasib baik waktu kerja boleh buka internet dan tahu apa nak buat since sy kena lalui semua ni sendirian. bila dia marah, sy diamkan diri saja. pekakkan telinga. bila dia okey dan buat lawak, saya ketawa dan senyum walaupun berdebar sebab tiap kali semudah abc saja dia berubah angin. terlalu beremosi. banyak bersangka buruk.

family dia sbnrnya menyebelahi saya, sampai sy rasasangat bersalah pada suami sebab ibu mertua lebih menangkan saya. bila suami marah setiap kali ibunya memihak pada saya, saya jadi sasaran tengkingan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:01 PM | Show all posts
orkedorkedorked posted on 11-9-2013 12:55 PM
sekarang ni maybe dah tak pukul dah (walaupun my mum dah tak percaya dekat suami - mama kata once  ...

penderaan emosi lg menyakitkan.. tak terluah camne nak mengambarkannya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 01:27 PM | Show all posts
epysha posted on 11-9-2013 11:48 AM
sikap panas baran susah nak ubah..kalau kebal kena belasah, silakan teruskan perkahwinan ini..apa2pu ...

sbb tu skrg hidup dlm ketakutan. okey sy tunggu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2013 01:28 PM | Show all posts
zienur posted on 11-9-2013 11:56 AM
astaghfirullah... minta bersabar ye kak... berdoa la byk2 minta Allah tunjukkan jln keluar dr masa ...

insya-Allah selagi mampu. terima kasih sangat2..

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:31 PM | Show all posts
orkedorkedorked posted on 11-9-2013 12:55 PM
sekarang ni maybe dah tak pukul dah (walaupun my mum dah tak percaya dekat suami - mama kata once  ...

dia dah stop pukul2 orked?
ada seminggu atau sebulan dia stop?
dia mmg ada tendency nk ulang lg perbuatan tu sebenarnya..ikut angin saja

dr cerita orked, dia ni sgt2 cemburu
apa pun orked, tepuk dada tanya akal dan hati sendiri
mahukah orked terus dgn dia...
bersisakah sayang orked terhadap dia...
last sekali mintalah pertolongan allah, manatahu nnt dibukakan hati orked untuk berpisah...wallahualam kan
tp apapun deraan baik fizikal mahupun mental ttp menyakitkan dan menyiksakan...dah nama pun dera...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 01:32 PM | Show all posts
Laki tak akan memukul isteri kalau isteri tahu haknya dan RINGAN bertindak.

Dik, tak sayang ngan diri sendiri ke dibiar diperlaku macam tu?

Berdiri tegak, kukuh dan tegas. Tanya diri sendiri suka ke hidup macam ni? Kalau tak suka, bertindak!

Laki macam ni tak boleh bawak bincang dah. kena ambil tindakan. That's it. Minta dia berhenti dan berubah atau dia akan adik tinggalkan. Bukti lebam2 tu ambik gambar, repot polis. Hak you tu. Bagi peluang hanya sekali. Dah dua empat puluh kali, nampak nah tak kemana.

Please lah draw a clear line.... ramai nah org pompuan jadi mangsa berpanjangan...sebab sendiri merelakan bagi peluang sampai keseratusan kali dengan harapan berubahlah hendaknya manusia durjana ittewww. Ada org tu kesahhh? jangan jadi b.o.d.o
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 01:38 PM | Show all posts
rolypoly posted on 11-9-2013 11:57 AM
untuk keselamatan TT pada masa hadapan sila fikir masak2 tentang perkahwinan ni.
ni baru pukul2, ka ...

sy kena fikir byk benda kesan dari penceraian. sy kalau boleh taknak mengaibkan siapa2, tapi apa org akan cakap baru 7 bulan kahwin dah cerai. kalau bercerai, skrg2nya saya beruntung sikit dr org lain sebab sy blh berdikari, even makan minum suami, sabun kain semua sy yg beli. anak belum ada. tapi risaulah mcmna keadaan suami nanti..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.081712 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list