CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6680|Reply: 22

abangku playboy???

[Copy link]
Post time 21-10-2013 10:27 PM | Show all posts |Read mode



“kau tolonglah kirim salam kat abang kau eh? “


“cakap kat abang kau nora kirim salam sayang”


“tell your brother I fell in love with him”


“damn gorgeous!!”


“sweet,romantic”


Itulah ungkapan yang sering aku dengar setiap hari sampaikan aku dah nak muntah hijau. Muntah hijau tak apa lagi,takut muntah warna biru,pink,ungu. Kalau dah sampai muntah aku pun berwarna-warni,itu dah tahap kronik. Haruslah aku jumpa pakar aje. Aku pun hairan apalah yang dipandang oleh semua-semua perempuan ni kat abang aku. Nak kata handsome,handsome lagi Brad Pitt.


Agaknya semua perempuan tu buta kot. Siap kata abang aku ni hero idaman Malaya. Perghh!!!. Geli usus dan pankreas aku. Rasanya diorang kena jumpa pakar mata dan tukar kornea tu. Aku bukan tak bangga ada abang yang kacak lagi bergaya,pandai dalam segala serbi dan mengayat tu pun termasuk dalam kepandaiannya tapi kalau dah sampai tahap menyusahkan hidup  aku baik tak payah. Aku rela je ada abang yang tak handsome dan tak glamor asalkan hidupku aman sejahtera dan permai sentiasa..haha.  mana taknya,tiap-tiap hari aku jadi posmen tak bergaji. Lama-lama agaknya aku boleh minta kerja posmen secara rasmi. Kalau posmen dapat juga gaji,aku ni habuk pun tak ada. Paling hebat pun,belanja aku kat kantin sekolah. Kalau belanja Big Apple boleh lagi diterima,kata nak jadi kakak  ipar aku.




Abang aku pun dua kali lima jugak. Semuanya dia layan,dah orang tersua-sua tak kan nak tengok je. Hari ni dengan perempuan,esok perempuan lain pulak. Aku pun tak tahu dah ramai mana perempuan yang keluar dengannya. Agaknya dah sampai tahap beratus-ratus. Gilalah abang aku ni! Dah abang aku keluar dating masa dia darjah enam lagi,sekarang dah umur 24 tahun. Jadi boleh anggar lah ramai mana dah perempuan yang dating dengan dia. Perempuan yang keluar dengan dia pun bukan calang-calang orang,ada yang anak Datuk,anak Tan Sri,anak kerabat pun ada. Semuanya cun melecun  dan ada yang  tahap macam supermodel pun ada. Aku kalau boleh nak kakak ipar yang biasa-biasa aje,yang tak dedah sana dedah sini. Semua girlfriend abang aku semuanya seksi maut macam tak cukup kain aje. Namanya aje anak orang kaya,tapi taka da duit nak beli kain nak tutup badan yang terdedah. Aku pun anak orang kaya jugak tapi Alhamdulillah kerana aku diberi ajaran agama yang secukupnya oleh kedua-dua ibu bapaku Cuma abang aku aje yang tersasar  dari jalan lurus. Siang malam berkepit dengan perempuan,mana nak ingat  Tuhan dah. Aku ingat hobi kumpul perempuan ni sementara aje,mungkin bila dah kerja hilanglah tapi makin menjadi-jadi pulak. Paling teruk masa dia sambung belajar kat UK. Bila balik Malaysia,macam rosak akhlak pun ada. Mama selalu menangis bila dia teringat perangai abang aku. Nasib baik lah dia pentingkan lagi keluarga,balik juga kat rumah setiap hujung minggu. Kami sentiasa nasihat dia supaya berubah tapi katanya belum bersedia lagi. Entah bila lah masanya frasa’bersedia’ abang aku tu. Sampai bila-bila pun tak kot.


“abang, bila nak berubah?” tanyaku.


“entahlah,tak ada dalam skema”


“agaknya Mimi dah nyanyuk pun abang tak berubah lagi” ujarku.


Ketawanya meledak keluar.


“aduhai kesiannya adik manja abang ni”katanya mengejek.


“abang tu tak kasihan kat mama,mimi,abah”


“abang tunggu bidadari jatuh dari langit” katanya dalam nada bergurau.


“luar biasa sangat impian tu abangku sayang oii!”


“tiada yang mustahil”


“pigi dah”


“agak-agak lah kalau nak berangan pun wahai abangku yang handsome,tak kan jatuhnya bidadari dari langit kalau kita tak cari”.


“tak ape lah.tunggu aje.”



Aku pening  dengan abang aku ni. Haruslah pening ada abang macam ni. Playboy superboya Malaya. Hal lain aku tak kisah sangat pasal abang aku ni. Dia abang yang baik, penyayang overload,gentlemen. Pendek kata semua ciri lelaki idaman setiap wanita Cuma kurang part akhlak lah sikit. Tolonglah cepat sikit bidadari cantik jatuh dari langit untuk ubah abang aku ni. Nak tengok jugak macam mana playboy Malaya jatuh cinta. Nak tengok sikit rupa abang sayang aku ni.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2013 12:03 AM | Show all posts
gila kentang ayat style novel imaginasi waktu asar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 10:54 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-10-2013 12:03 AM
gila kentang ayat style novel imaginasi waktu asar...

wahai Adam (wah nama anak ke 3 ku juga Adam). apa maksud ayatmu itu? huhuhu.. tak terjangkau akal akak memikirkan maksud dia dik.. hehehe


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 03:34 PM | Show all posts
TT sambung lah cerita... plzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 09:24 PM | Show all posts
iqa_balqis posted on 24-10-2013 03:34 PM
TT sambung lah cerita... plzz

tgh mencari idea..hehe.. will update soon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2013 09:25 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 22-10-2013 12:03 AM
gila kentang ayat style novel imaginasi waktu asar...

apakah mksd statement ni ya? sngh tinggi bhsa nyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2013 10:59 AM | Show all posts
lavenderpurple posted on 2-12-2013 09:24 PM
tgh mencari idea..hehe.. will update soon

ok2... tak sabar menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 10:01 AM | Show all posts
satu bab sahajakeeeeeee? sambunglahhhhh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2013 05:12 PM | Show all posts
Ok tunggu sambung. Jangan lelama tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 05:14 AM | Show all posts
Aiseyh, ape jd lps tu? sambung plz~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:22 AM | Show all posts
abangku playboy part 2


“abang!!!!  Angkat telefon ni!! Dah memekak dari tadi.”


“siapa baby?”


“awek abang lah. Siapa lagi?”


“siapa ? kalau mona,  cakap abang demam”


“hish… menyusahkan betul la awek-awek abang ni. Abang tukar aje lah nombor phone.”


“malas lah abang. Untuk kali ni aje dah berapa  kali tukar nombor sampaikan awek kat celcom tu dah kenal muka abang yang handsome ni.”



“bueek. Muka macam ni abang cakap handsome. Entah part mana yang handsome. Mimi tengok biasa aje,so jangan nak perasan hokey? Dan satu lagi jangan nak mengada mengadu kat mimi lagi  pasal awek-awek abang. ”


“perasan  tu untuk orang yang bajet handsome tapi masalahnya abang ni memang handsome pun. Drop dead gorgeous lagi. Haha. Ala sayang bucuk-bucuk. Kalau mimi tak ada, nak cakap kat siapa lagi. Kat mama memang tak lah, tu macam tempah maut aje. “



“susah lah kalau ada orang yang ada penyakit bangga diri. Susah tahu tak? Kalau tak nak ada masalah, jangan cari masalah. Tolong lah cari awek yang decent sikit. Yang boleh bawak balik  jumpa mama papa.”



“masalahnya dik, ada lagi ke perempuan yang decent sekarang. Tak ramai pun. Dan satu lagi, nak ke diorang kat abang?



“ then , you find one lah. Playboy amende bang kalau tak boleh tackle awek.”



“nanti dulu lah. Bila terasa nak settle down, abang cari lah sorang yang decent.”



“tulah lelaki, awek nak seksi  lepas tu dedah sana dedah sini. Bila nak kahwin, nak cari yang baik, sopan. Geram betul lah dengan kaum abang ni.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:23 AM | Show all posts
shahizul posted on 17-12-2013 05:14 AM
Aiseyh, ape jd lps tu? sambung plz~

dah sambung!! thank u sbb baca tp sory entry kali ni pendek je... nanti sambung panjang2 lps hbis exam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:24 AM | Show all posts
surioo posted on 14-12-2013 05:12 PM
Ok tunggu sambung. Jangan lelama tau

dah smbung!! sori tngu lme tp entry kali ni pendek aje..
ampun!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:24 AM | Show all posts
asnida posted on 14-12-2013 10:01 AM
satu bab sahajakeeeeeee? sambunglahhhhh.

dah sambung!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 01:26 AM | Show all posts
asnida posted on 14-12-2013 10:01 AM
satu bab sahajakeeeeeee? sambunglahhhhh.

dah sambung!! jmput baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 02:02 PM | Show all posts
lavenderpurple posted on 6-1-2014 01:26 AM
dah sambung!! jmput baca

sambung lagi lah TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
TT bertapa cari idea ker?.....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 09:37 AM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt oooo tt update tkde ker?.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2014 05:18 AM | Show all posts
tt x update ????
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.097193 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list