View: 11727|Reply: 31
|
[SAMARINDA] TERUKIR DI BINTANG [WAN ELYAS,TASHA SHILA,KAMAL ADLI]
[Copy link]
|
|
TERUKIR DI BINTANG
Sinopsis Adam (Wan Elyas) seorang chef di sebuah hotel 5 bintang di Cameron Highland. Dia bercita-cita tinggi untuk mendapat tempat ke pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Peluang itu terbentang luas bila Adam mendapat perhatian Ketua Chef tetapi dia perlu melalui siri pertandingan sesama chef untuk maju ke pertandingan tersebut. Adam rapat dengan Jee (Shiha Mentor) seorang gadis beperwatakan kasar. Jee bekerja bersama keluarganya di ladang Strawberry yang menghantar bekalan di hotel Adam bekerja.Jee sebenarnya menyimpan perasaan kepada Adam tetapi tidak pernah meluahkan. Adam pula menganggap Jee sebagai teman biasa.
Dalam kesibukan Adam berkerja sambil menyiapkan diri bertanding dengan sekutu chef mudanya Rizman di hotel tempatnya bekerja, tiba-tiba muncul Asmara (Tasha Shilla), seorang gadis dari Kuala Lumpur menginap di Hotel dimana Adam bekerja. Adam sangkakan Asmara ialah seorang pengintip dari hotel lain untuk mengorek rahsia resepinya bagi pertandingan memasak tetapi sangkaan Adam meleset apabila mendapat tahu bahawa Asmara adalah seorang pengkritik makanan malahan Adam menjadi bertambah mesra dengan Asmara apabila Asmara membantunya dalam membuat persiapan untuk pertandingan tersebut. Adam telah jatuh hati terhadap Asmara dan mengetahuinya tetapi menganggap Adam sebagai teman baik sahaja.
Sebenarnya Asmara telah bertunang dengan Zen tetapi tanpa pengetahuan keluarga dan tunangnya, Asmara telah berhenti kerja dan melarikan diri ke Cameren Highland bila mengetahui dirinya menghidap radang hati. Jee lalu memgambil keputusan untuk menjadi kawan rapat kepada Asmara dengan harapan dapat mencungkil rahsia siapa diri Asmara sebenarnya tetapi akhirnya Jee terlepas cakap bahawa dia sebenarnya mencintai Adam.
Dalam kesibukan Adam menyiapkan diri untuk pertandingan itu, Jee bertemu dengan Adam dan memberitahu Adam bahawa Asmara telah berpunya dan suka bertukar-tukar pasangan. Adam merasa amat kecewa apabila terserempak dengan Asmara bersama tunangnya Zen. Adam lalu melarikan diri dari Asmara tetapi setelah diberitahu perkara sebenarnya, Adam lalu meluahkan perasaan nya terhadap Asmara.
Manakala Jee merasa cemburu dan terpukul dengan kehadiran Asmara, sedikit demi sedikit menukar personalitinya dari perwatakan kasar kepada lebih feminin dimana menjadi bahan ejekan kawan kawannya. Jee amat berbakat dalam mencipta lagu lalu melepaskan kekecewaannya dengan mencipta lagu yang berkaitan cintanya terhadap Adam dan diposkan melalui You Tube. Jee lalu membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita citanya menjadi seorang komposer.
Hubungan Adam dan Asmara bertambah intim, Asmara tahu bahawa Adam amat mencintainya lalu memberitau Adam, ia memghidapi radang hati dan menganggap Adam sebagai kawan sahaja. Asmara lalu pulang kepangkuan keluarga bila keadaannya bertambah teruk. Penyakitnya hanya boleh pulih hanya dengan prosess pemindahan hati dan Adam rela mendermakan hatinya untuk Asmara. Dalam pada itu Asmara memberitahu Adam bahawa Jee amat mencintainya. Adam baru tersedar atas keikhlasan cinta Jee lalu mencari Jee kembali ke Cameron Highland tetapi Jee telah membawa dirinya yang kecewa ke Kuala Lumpur. Adam nekad untuk memberikan hatinya pada Asmara walaupun mengetahui risikonya terlalu tinggi.
Berjayakah proses pembedahan itu kelak? Adakah Asmara berjaya diselamatkan? Bagaimana pula dengan keadaan Adam selepas pembedahan? Dapatkah Adam bertemu kembali dengan Jee? Adakah cinta Jee terhadap Adam berkesampaian?
|
|
|
|
|
|
|
|
Naper mcm sendu jer atmosfernyer...... |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk dah best....my peberet dituh tp pelakonnye agakkk............... |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon2 |
|
|
|
|
|
|
|
kamal adli ok la...pelakon2 lain... ermmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Honeyda posted on 7-11-2013 03:14 PM
hahaaqa baru nak ckp cam tu hadi pelikat msh kekal smpi skrg
nah hadi pelikat sbg chef zoey ...
motip tag iols?
tenkiu le...kurusnyeeee la si hady pelikat ni |
|
|
|
|
|
|
|
para pelakon TDB
|
|
|
|
|
|
|
|
amemiya posted on 7-11-2013 03:17 PM
motip tag iols?
tenkiu le...kurusnyeeee la si hady pelikat ni
kannn kurus kannnn kannnnn...
lama x tgk hady pelikat berlakon lps ceter SHN
|
|
|
|
|
|
|
|
Honeyda posted on 7-11-2013 03:23 PM
kannn kurus kannnn kannnnn...
lama x tgk hady pelikat berlakon lps ceter SHN
dia sakit ke kaka..tkkan diet sampai cenggini?
|
|
|
|
|
|
|
|
amemiya posted on 7-11-2013 03:36 PM
dia sakit ke kaka..tkkan diet sampai cenggini?
tah la agaknya mkn jamu mak dara kot wakkakakkkakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Honeyda posted on 7-11-2013 03:40 PM
tah la agaknya mkn jamu mak dara kot wakkakakkkakakaka
wakakaka kaka...hebat btul kesannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang masuk semua... tajuk da best tp WHY?? Bosan la..ingt jln cter sonok.. xpela menunggu sbulan lg utk istidraj cinta |
|
|
|
|
|
|
|
duhaiiii jalan cerita..sedih baca synopsis.
pelakon lelaki dia aku ok jek. mai tang pelakon pompuan..
aku serender. memang tak la aku nk nengok tasa sila berlakon.
btw, tasa sila ni, dia bab2 berlakon not bad juga sebenarnya.
kira kategori ada bakat. tapai awat taktau, aku tak leh dgn dia.
tgk muka dia je, takde selera nk tgk citer tu. maap tasa sila. |
|
|
|
|
|
|
|
Slot Samarinda sekarang kurang menyerlah
Watak Wan Elyas tu sepatutnya dipegang oleh Syazwan Zulkifli
Tapi shooting schedule clash dengan SEP10
Syawan pilih belakon SEP10 dengan Aaron & Lisa
|
|
|
|
|
|
|
|
citer nih ke yg yuna tak puas hati guna tajuk lagu dia tuh?? |
|
|
|
|
|
|
|
nuhanis posted on 11-11-2013 09:47 PM
duhaiiii jalan cerita..sedih baca synopsis.
pelakon lelaki dia aku ok jek. mai tang pelakon pompuan ...
samala dengan aku.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|