CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28069|Reply: 1

Beza warna plat kereta dari Singapura

[Copy link]
Post time 11-11-2013 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Beza warna plat kereta dari Singapura
Tiba2 Daily Popular Post hari ini  datangnya dari entri ini ->  merah itu rindu hanya aku yang tahu
Kenapa tiba2 ramai yang ingin tahu beza warna2 plat kereta dari Singapura?

Apa makna plat warna merah?
Apa maksud plat warna kuning?
Apa erti plat warna hitam?
Setakat yang saya tahu ( bukan formal, cuma tanya sana sini je..), plat merah– weekends car, boleh   juga digunakan pada hari biasa,  tetapi perlu dapatkan kupon berharga $ 20.


Plat berwarna Kuning – kenderaan yang didaftarkan atas nama syarikat.
Hitam pula – kenderaan yang boleh digunakan di atas jalan setiap masa, 365 hari setahun.
Setiap warna tentunya berbeza cukai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2013 01:57 PM | Show all posts
sebenarnya kalau kita 'compare apple to apple' isu kos sara hidup singapore lagi teruk dari Malaysia. Diorang boleh survive hidup kat Singapore sebab ada Johor, Malaysia.
Cuma beza kita yang cam pandang tinggi sebab diorang org singapore walhal hakikatnya diorang lagi merempat berbanding kita. Cuma x nmpak sgt.

1. Diorang beli kereta murah, terbaru dan canggih2. Tapi hakikatnya ROADTAX diorang lagi mahal dari kita.

2. Yang penting, diorang cuma boleh pakai kereta 5 tahun sahaja, lepas tu kena scrap. Bermakna seumur hidup diorang akan terus membayar installment kereta. Kita kat Malaysia beruntung sebab boleh pakai kereta sampai 50tahun.. sampai reput pun ada.

3. Kereta canggih2 pun belum tentu boleh jalan siang. Kereta yg roadtax mahal boleh jalan siang. Roadtax murah kena jalan malam atau hujung minggu sahaja. Hehehe..

4. Kereta Singapore power macammana pun x boleh sesuka hati nk pecut laju, diorang terpaksa bergantung kepada highway malaysia nk bawak kereta off-limit. Kalau diorang main pecut sebarang dlam singapore sah sah kena saman menimbum. Takat byr saman speedtrap rm300 baru $100 lebih jer bg diorang.

5. Minyak diorang $2dolar lebih seliter, atau lebih rm5seliter. Jadi diorang terpaksa bergantung kepada minyak malaysia.

6. Ada kereta power pun x guna kalau simpan kat parking lot, parking lot pun kena byr, lagi dekat lagi mahal. X macam org malaysia. Parking main redah jer cam parking kat flat larkin.. hehehe...

7. Bahan mentah & Ubat & Makanan Singapore lebih kurang sama jer dari segi nombor. Kalau Johor nasi ayam RM4.50 kat sana pun $4.50. Kalo panadol RM2 sepapan, kat sana $2dolar sepapan. Jadi siapa yg tinggal di Singapore lebih tertekan berbanding mereka yg kerja kat Singapore tapi tinggal kat Johor.

8. Nk jumpa tandas yg pakai air kat Singapore? berdoa je la.. Belajar2 la berintinjak pakai tisu.. Hahahah..

9. Apartment sana standard $1.5k kalo x silap aku. Dah la duduk cuma 99tahun shaja (kalau x silap). Convert malaysia = RM3,858.61.. Dah bole bayar duit banglo kat Johor.

10. Singapore dah start kubur bertingkat. Johor? Byk lagi tanah kosong..

Hakikatnya rata2 org Singapore lebih teruk dari Malaysia. Kalau pencuci sana gaji $1,000 mungkin dianggap mewah kalau dia tinggal di Johor tapi kalau dia tinggal di Singapore dengan semua benda mahal, tol memanjang, sewa rumah lagi teruk dari org johor yang gaji RM800.00 sebulan. Taraf hidup tinggal di sana lebih tinggi cuma kita nmpak diorang macam mewah sebab matawang diorang lagi tinggi hakikatnya tidak.

Itu belum org singapore datang kelantan. hehe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.382368 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list