RAUB - Tempoh menunggu tunai haji akan semakin cepat dengan siapnya projek pembesaran dan naik taraf Masjidil Haram, kerana Malaysia boleh memohon kuota jemaah haji dinaikkan daripada kerajaan Arab Saudi, kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata, ketika ini bukan kuota haji Malaysia sahaja yang dikurangkan malah seluruh dunia.
"Insya-Allah, setelah projek itu siap dalam masa dua tahun, kerajaan Arab Saudi akan menambah semula kuota haji jemaah dari negara ini dan tenpoh menunggu mungkin akan berkurangan sebagai contoh dari 50 ke-40 tahun dan seterusnya tempoh itu akan semakin singkat.
"Kita percaya mereka akan menimbang sebaik mungkin pertambahan kuota itu dengan terbinanya hubungan baik antara kedua-dua kerajaan serta reputasi TH yang disegani di seluruh dunia sebagai badan pengelola jemaah haji terbaik di peringkat antarabangsa,” katanya selepas menyampaikan sumbangan zakat pendidikan menerusi Projek Iqra’ kepada 225 pelajar kurang berkemampuan di daerah Raub di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun untuk ke Tanah Suci.
Beliau berkata ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan ibadah itu. - Bernama
sudah sampai masanya kerajaan hanya hadkan haji sekali saja seumur hidup. Tidak boleh pergi lebih sekali walaupun duit berpuluh billion. Maksudnya even pakej VVIP pun dihadkan hanya sekali.
Beri kuota haji kepada ahli Umno
Wartawan Sinar Harian
1 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.
Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu.
“Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang tahu cakap sahaja.
“Ini boleh menjadi salah satu program parti dan boleh menambahkan kekuatan kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
akak tak heran pun.
kalau susah sangat kekwat banyak karenah, baik akak pergi melancong tempat lain.
duniawi elohim ini luas, bukan berkuntum di mekah sahaja dunia elohim.
Post time 27-11-2013 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Vokuro posted on 27-11-2013 11:35 PM
akak tak heran pun.
kalau susah sangat kekwat banyak karenah, baik akak pergi melancong tempat lain ...
Melancong tmpat lain x sama ngan tunai haji.. Haji tu melengkapkan 1/5 drpd rukun islam.. Melancong tu melengkapkan keinginan nafsu sendri akakkkkkk.....
Post time 27-11-2013 11:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
a_gen2 posted on 27-11-2013 11:23 PM
sudah sampai masanya kerajaan hanya hadkan haji sekali saja seumur hidup. Tidak boleh pergi lebih s ...
X boleh la macam tu.. Haji tu seruan ilahi.. Kalau dah seruan untuk insan tu 7 kali di luth mahfuz, x kira la vvip atau fakir mskin, maka dia ttp berpeluang pergi.. Tp kalau seruan utk awok tu cuma sekeli atau x ada, menunggu seribu tahun pun ttp x dpt pergi.. Jadi kerajaan x bolh buat sekatan macamtu..
bf_mrsrezza posted on 28-11-2013 12:00 AM
aku dah lama naik haji;....tu la am pa malays..simpan la duit..ada duit asyik makan kfc dan mcd... d ...
alhamdulillah kalau kau ada niat nak naik haji...tapi sebelum tu elok kau bersihkan hati kau dulu...mintak maaf dengan orang2 yg kau pernah fitnah dan ganggu ketenteraman mereka...x perlu nak buat MN camni semata nak pedajal aku...ngn id kau n siggy kau tu aku dan ramai lagi boleh agak siapa kau sebenarnya..sudah2 lah tu berdendam...tak ada kebaikan pon..kau kata nak naik haji, aku doakan Allah bagi kau hidayah sebelum niat kau termakbul...
aku dah lama tak jejak ci ni tp ada org pm aku pasal id kau ni..aku rasa nak gelak jer tengok kebodohan ni....sebab aku x layan provokasi id sebenar kau, so kau sanggup bodohkan diri sendiri buat macam ni?..kau ni gila glamor ke apa?...aku rasa dh lama aku diamkan diri...malas nk layan provokasi murahan...dan aku rasa airfilterbersih tu pun dah lama tak cari pasal denga kau...tolonglah wahai umat nabi Muhammad, kalau kau masih ada rasa malu pada Allah, kau tak kan buat camni..
p/s: terima kasih ler sebab bagi populariti murahan macamni kat aku...buang masa dan tenaga kau jer..
nur_fiza posted on 27-11-2013 11:44 PM
X boleh la macam tu.. Haji tu seruan ilahi.. Kalau dah seruan untuk insan tu 7 kali di luth mahfuz ...
sbb tu fathul bari kata kenaikan harga barang, cukai, tol whatever adalah ketentuan Allah. sama mcm berapa kali pegi haji. Kerajaan tiada upaya nak atur or manage.