KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan gas memasak untuk pengguna di negara ini mencukupi. Malah harga gas memasak juga masih kekal pada kadar RM26.60 dan RM22.60 bagi tong gas seberat 14 kilogram dan 12 kilogram serta tong gas seberat 10 kilogram pula harga jualannya tidak boleh melebihi RM19. Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, syarikat-syarikat pengeluar gas memasak telah memberi jaminan bekalan itut mencukupi bagi menampung permintaan pengguna.
|