CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15134|Reply: 5

Laici Kang bagus untuk kesihatan

[Copy link]
Post time 11-1-2014 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Laici Kang merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia di waktu petang bukan. Tetapi tahukah anda bahawa Laici Kang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan? Jika anda tidak tahu di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa khasiat yang anda boleh peroleh dengan menikmati Laici Kang.

Khasiat barli
Menurut satu kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa serat daripada barli sangat efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Khasiat buah kembang semangkuk
Buah kembang semangkuk paling popular dijadikan bahan dalam minuman Laici Kang dan airbatu campur. Scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum menghasilkan jeli yang terbaik dalam spesis scapium. Buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, masalah kulit, sakit mata, sakit gigi, kecacingan di kalangan kanak-kanak dan cirit birit.

Kulit pokok kembang semangkuk bersama herba yang lain direbus dan diminum boleh merawat disenteri dan pendarahan rahim. Meminum air rebusan ini juga boleh menolong melawaskan pembuangan air kecil.

Gabungan bahan-bahan ni di dalam air Laici Kang mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Cara membuatnya juga sangat mudah. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah dan jadikannya sebagai amalan minuman anda. Selamat mencuba!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2014 10:54 AM | Show all posts
Sepatutnya dalam bahasa asal Cina ialah Lin Chee Kang, bukan Laici Kang. Tak ada kaitan dengan laici sebenarnya. Lin Chee sejenis lotus yang baik untuk kesihatan. Kalau korang nak minum, minum yang versi Cina punya. http://www.best-dessert-recipes.com/lin-chee-kang.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 11:16 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 11-1-2014 10:54 AM
Sepatutnya dalam bahasa asal Cina ialah Lin Chee Kang, bukan Laici Kang. Tak ada kaitan dengan laici ...

thnx for the info....

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:43 AM | Show all posts
my favorite....semua brg2 ade kt umah sbb slalu buat laici kang sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 09:41 AM | Show all posts
boleh tahan gak harga kacang lin chee tuh..pada me larrr......penah buat rebus gitu je tak buang putik hijau kat tgh kacangtu ..ble makan pahit gilerrrr...pastu paru tau kene buang mende tuh....rasa lemak gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:16 PM | Show all posts
tq for your info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.053017 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list