CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25080|Reply: 23

Waktu anak masuk tidur dan tips utk anak tidur awal

[Copy link]
Post time 24-1-2014 01:21 AM | Show all posts |Read mode
Anak korang tidur pukul berapa tiap2 malam? Anak kiah umur 2 tahun masuk tidur pukul 9mlm....tapi kalau datang mood nak main pukul 11mlm baru tidur....ada anak seorg kawan kiah pukul 3 pagi baru anak dia tidur...alahai...ada tips nak bagi anak tidur awal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2014 03:58 AM | Show all posts
Dalam mendidik anak2 pakcik, yang pertama pakcik akan utamakan dalam membentuk disiplin anak2 pakcik. Kerana tanpa disiplin, maka lahirlah seorang manusia yang pemalas dan mental yang lemah.

Kedua, pakcik akan utamakan pelajaran anak2 pakcik. Ramai dikalangan ibu bapa kita yang sering terlepas pandang dan ia seakan-akan pupus akan hal2 penting sebegini. contohnya, ibu bapa sering lupa bertanyakan samada anak2 kita mempunyai kerja sekolah ataupun tidak. Jadual harian sudah susun ataupun tidak, dan paling malangnya, kita seringkali terlupa untuk meluangkan masa bersama anak2 kita untuk membuat kerja2 sekolah bersama anak2 kita. Ia penting kerana dengan cara begini, ia mampu memberikan semangat kepada anak2 kita untuk belajar.

Ketiga, antara yg paling penting sekali, pakcik tidak akan lupa untuk berikan kasih sayang sepenuhnya pada anak2 pakcik. sebagai contoh, pakcik akan sentiasa bersabar ketika mengajar anak2 pakcik melakukan kerja2 sekolah. Kerana jika kita marah, maka anak2 kita dengan serta merta akan hilang minat untuk bersekolah dan ini akan membuatkan mereka jemu untuk membuat kerja2 sekolah di rumah akibat kesan2 psikologi yg kita lakukan tanpa kita sendiri sedari. Pakcik juga akan sentiasa ungkapkan kata2 positif tiap2 hari untuk memotivasikan anak2 pakcik contohnya kata2 yg pakcik sangat sayangkan anak2 pakcik, kerana ayat2 positif mampu mengubah mind set negatif mereka kepada positif.

berbalik kepada soalan saudara/saudari Kiahbosan, saudari ada menyatakan bahawa anak saudari berumur 2 tahun dan akan tidur malam pada 9 malam atau hingga 11 malam. Perlu diketahui, bahawa peringkat bayi dan kanak2 memerlukan masa tidur yang lebih lama daripada orang dewasa. mengapa? kerana ia mampu mempercepatkan proses tumbesaran dan juga proses perkembangan bayi dan kanak2 kerana hormon tumbesaran manusia akan merembes lebih kerap ketika tidur.

Jadi, waktu tidur bagi anak saudari amatlah bagus iaitu sekita 9 malam dan 11 malam. Saudari ada menyatakan lagi bahawa anak rakan saudari seringkali tidur lambat hingga ke 3 pagi. Di sini saya ingin menekankan, ia sangatlah tidak sihat bagi seorang bayi ataupun kanak2 tidur selewat itu. ia terbahagi kepada beberapa faktor negatif iaitu yg pertama ia akan menyebabkan tumbesaran lambat atau terbantut, keduanya ialah bagi mengelakkan ia satu keterbiasaan tidur lewat terutama apabila sudah bersekolah, ketiga, sangatlah tidak patut dan agak melampau untuk seorang kanak2/bayi untuk tidur selewat itu. keempat, memaksa anak tidur awal (bukan dengan cara kekerasan) serba sedikit mampu menerapkan sifat2 disiplin secara semulajadi didalam diri anak2 itu. kelima, mengelakkan sebarang penyakit terutamanya penyakit insomnia ataupun halusinasi akibat tidur lewat dan tidak cukup tidur.

begitulah cara2 pakcik dalam mendidik anak2 pakcik. pakcik takkan sesekali membiarkan anak2 pakcik tidur lewat lebih dari 11.00 malam dan bagi yg sudah bersekolah pula, pakcik akan sentiasa bertanya samada anak2 pakcik ada kerja rumah ataupun tidak dengan cara yg sangat mesra bagi mengelakkan kebencian untuk melakukan kerja rumah terhadap anak2 pakcik.

pakcik akhiri melalut ini di sini. sekian melalut pakcik pada pagi buta ini. harap dapat sesuatu yg positif dari apa yg pakcik lalutkan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 08:32 AM | Show all posts
anak masih baby lg..baru setahun 5 bulan...waktu tido kol 8 malam..plg lewat 930 malam..dulu pukul 7 dah tidur..sejak dia dah start nk main2..nk membuas...tido kol 8...bgn pukul 6 pagi/7pg....

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:37 AM | Show all posts
kalau anak aku tdo kul 9pm, MISTI aku update status facebook - yahooo..anak2 dah tdo..
susah aku nak suh anak2 aku tdo awal. susah betul.
pun susah aku nak pujuk2 anak sulung aku belajar.
semua susahlah.
mmg fail aku nie. 2 org cukupla.
kalau ada orang suh aku beranak, aku nak cakap, yang itu, sulung tu dah le buta membaca & menulis, lagi nak suh aku nak tambah anak. akai ada?

anak sulung aku tu banyak cakap. tapi,tu la. baca (ngeja) malas.tulis pun malas.
kalau kul 8pm aku suh dia belajar. dia ckp, dia blum makan. kena makan dulu.
pastu dia dah makan. dia ckp, nak main2 kejap. dia blum berak (mmg dia akan berak lps makan)
gitu gini..dah kul 1030pm..
aku suh tdo.
dia tanya, arini kita tak belajar ke?
aku ckp, takpayah. besok ajek. skrg tido.

gitu le hari2.

Last edited by Hana on 24-1-2014 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 11:54 AM | Show all posts
anak2 aku dari yg sulung sampai le ke bongsu semua tido dalam kol 9-10mlm.......bangun dalam kol 6.30-7 pagi....takde masalah nak kejut bila sekolah....biasanya panggil nama atau cuit kaki sikit jer dah bangun...

sekarang ni yg sulung dan kedua dah masuk asrama....kena ikut jadual asrama laaa...tp kalo balik rumah begitulah jadual tido mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 01:23 PM | Show all posts
Anak saya umur lima tahun....dia masuk tidur selalunya pukul 10 mlm ...tapi kadang2 pukul 11mlm pun ade....saya rasa tips untuk anak tidur awal bagi saya kita kena buat sesuatu yang rutin untuk anak2....contohnya bercerita,lullaby... kalau boleh tutup tv dua jam sebelum dia tidur sebab saya ada baca cahaya tv tu boleh mengurangkan hormon melatonin...hormon melatonin ni is important piece of sleep-wake cycles...dan dalam bilik tu kita create a sleep inducing environment macam gelapkan sikit bilik, kurangkan bunyi bising dari luar....InsyaAllah mesti boleh tidur awal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2014 11:44 PM | Show all posts
anak2 saya masuk tidur sblm pukul 12 utk yg sekolah (ahad-jumaat), mlm sabtu dan ahad nak tgk runningman smpi pkl 2 - 3 pagi pun sy tak halang..
yang truna umur 5 tahun, pun sama..dia rasa ngantuk, tidur sendiri..kadang awal, kadang lewat, lagi2 kalau ada abg sepupu dia lepak rumah..mau pukul 2 pagi layan PS. yang teruna bungsu, 2 tahun, klu sy tido, dia pun tido sama..hahaha

dulu sy sangat stresskan waktu tido drg..sblm pkl 10 kena tido, tapi sia2 jer..alih2 sy yg stress!!..as long drg ada depan mata saya dan tak memekak..still ok ..dan drg pun selalunya klu drg nampak sy dah tido, drg pun akan slowly cari port yg selesa untuk tido..
P/S: saya masih tido sebilik dengan semua anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
errr... i sndri pun bermasalah utk tido... huhu...
anak i pling awal pun kul 11pm.. tp dh tido byk wktu petang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 07:43 AM | Show all posts
pukul 10mlm masing2 dah masuk bilik tidur n ZzZzZzzZz

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:29 AM | Show all posts
move to board parenting ya. tq
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 02:58 PM | Show all posts
mmg kena ajar sejak dari awal, dari baby yakni.
aku memang tak berkenan anak tidor lewat lebih dari jam 10
kalau ada family dtg rumah hujung minggu ok la ada pelepasan, tu pun tak sampai midnite.
tapi kalau dia dah biasa tidor awal nanti dai tau time mata dia, orang ramai ke apa dia tetap nak tidur ikut time.

bukan apa suka derang tidur awal, dapat rehat cukup, otak pun cergas,
so boleh jadi morning person rezeki Allah murahkan kalau suka bangun awal2 ni, byk kerja boleh buat dari waktu pagi tu.

antara tekniknya kalau weken tu, aku takkan bagi dia tido siang sampai lebih dari jam 4 petang.
kalau dia take a nap kejap dalam jam 12 tgh hari sebab dah bangun awal sure ngantuk kan, so jam 4 petang paling lewat bangun, bawak pergi beriadah ke apa2 lah yang bagi dia penat dan aktif, sure malam kalau lepas makan mesti tak lebih dari jam 10 dia dah mula ngantok.


kalau weken pun aku tetap kejut dia mcm nak pergi sekolah punya timing, so dia takkan dpt bezakan yang weken tu waktu sedap tidur je..tiada beza weken n weekdays

bagi anak minum susu suam before tidur bagi dia lena dengan betul. lepas tu make it waktu pra tidur tu sebagai fun, kita ada cerita dia kisah2 nabi ke, kisah dongeng ke atau berbual2 biasa..yang lain2 tu amalan mcm biasa la kerapkan ada alunan surah Al Baqarah di rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:06 AM | Show all posts
anak2 saya mmg diajar tidur awal.  Masa umo 7 thn I made them masuk tido by7 pm; 8 thn masuk tido jam 8.  9 - 11 tido lepas 'isya.  Sekarang ni yg 12 thn byk kerja sekolah.  I let her stay up sampai jam 9 atau 9.30 pm.  Bangun pukul berapa pun tak kisah asalkan they get at least 10 hours sleep every night and solat subuh dulu sebelum buat menda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:38 AM | Show all posts
Anak saya tidur pukul 10.30 malam.Sebab esok dia school.Tu pon puas pujuk suruh tidur awal,Tak nak dia.
Lagi pon bukan dia nak tidur dengan saya pon.Lebih suka tidur dengan nenek and atoknya.

So pagi2 nenek dia la kena mandikan dia pukul 7.30 untuk ke school.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:35 PM | Show all posts
huhuhu....bwg mmg ader masalah anak tido lambat.....bukan tak ajar disiplinkan diaorg...dah buat but mcm tu gak.....kalau tido awal pun biler balik kg....anak 1st bwg kembar....mmg dari kecik diaorg jenis berjaga mlm....(sejak dah pandai merangkak n pandai naik walker) la nie dah 2 taun....biler diaorg tido awal....dlm kol 10 mcm tu....pasti diaorg akan bangun balik...n tido lambat...kol 3 baru nak tido.....kalau tak tido pun....kol 2 pg baru nak tido tu pun dah puas suruh tido....nasib baik la si tecik baru nie tak tido lewat....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sulung aku dl ms berumur bawah 3 thn kalo dia x nampak aku x tido sanggup tahan mata x nak tido... Kami kn berlakon tido tu pun kul 9 mlm tutup lampu bilik pakai lampu tido je tu pun pandai dtg check ibu n abah dia tido korek2 mata, telinga, hidung semua kalo x de respon baru dia naik ke katil dia tido... Coz tido sebilik cuma berlainan katil je...Lps dia tido kami selalu gelak2 kelakar sgt rsnya... Bila dia dah start tadika dua tahun ni .. Thn lps aku buat dia penat siang lps buat homework bg dia tgk kartoon sampai abah dia blk keje bl abah dia dah blk aku memasak n solat maghrib n makan.. Selalu kami mkn awal before 8... Lps tu suami aki tgk berita anak aku sibuk gan buku citer dia sama ada dia yg baca sendiri atau aku yg bacakan.. Lps yu bg dia botol susu sambil2 gentle bantal busuk dia dah tido... Thn ni lak lps buat homework pon bg dia tgk kartoon sekejap dlm sejam dua lps tu siap2 pegi memgaji... Blk memgaji duk melayan kucing dia gan abah dia... Lps solat maghrib makan mlm sambil2 tgk citer tv3 lps mkn time berita aku suruh dia bc sekali lg buku bm,bi,bc n buku citer yg pinjam kat library lps abis je bc buku tu mmg dia dah penat mmgsenang dia tido... Cuma ari jumaat n sabtu je aku bg dia pelepasan tuk tido lewat tp selalunya jumaat dia tido awal gak coz gantuk petang x de mengaji tp ganti gan tuesyen bc... Pg sabtu n ahad lak mmg anak aku bangun awal gak la mcm nak pg ttadika.. Last edited by poyohabis on 18-4-2014 03:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 10:28 AM | Show all posts
....salah satu sebab tak tidur awal ialah tak cukup penat. Cuba banyakkan aktiviti mcm bersukan ke, jalan2 kat taman ke, bermain yang memerlukan pergerakan fizikal, nanti malam cepat lah tidur tu....

masalahnya, kita yang tak da masa nak sibukkan anak2 sebab diri sendiri sibuk dgn urusan rumahtangga...

btw, isu ni berkaitan dgn toddler kan?.... sebab bila dah remaja, tidur lambat tu memang mcm dah sebati dlm jiwa budak2 ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 11:06 AM | Show all posts
anak aku dari kecik mmg tido awal.. paling2 lambat masa dia umur 2-3 taun ada terlajak sampai kol 12.. jarang2 sekali.. itupon klu dia tido siang lama.. tapi tak lebih dari tu.. sbbnya aku mmg tido awal.. kol 11 sume dah tutup lampu.. aku mmg tak larat nak tunggu.. dia terpaksa rela tido awal macam mak dia jugak.. hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 03:00 PM | Show all posts
my kids kul 12 baru nak tido mmg letih nak tunggu dorang tido
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 12:24 PM | Show all posts
anak i mmg dr kecik lg tido awal.. maklum la kami laki bini keja..
plg lewat kul 10.30 itupun die da asik ngamuk2 je,
plg awal kul 9.. actually peranan mak pak pun agak penting,
ajak je diorg tido awal, ttp lampu then even diorg ajak men pun buat tak tau je..
lame2 diorg akan follow jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 03:23 PM | Show all posts
anak iols kul 9 iols akan kerah tido... sbb nya esok nak g tadika.. nanti mengantok... paling lewat kul 10...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054811 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list