1 . Rambut - Santan merupakan perapi yang berkesan untuk rambut kerana mengandungi minyak dan nutrisi lain yang boleh menguatkan akar rambut. Santan kelapa merangsang pertumbuhan rambut dan melambatkan pertumbuhan uban. Rambut akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah gugur saat terutamanya apabila kita mengeringkan rambut menggunakan pengering. Kelembapan semulajadi yang disediakan oleh santan juga dapat membantu membasmi kelemumur. Sapukan santan kelapa ke atas kulit kepala , biarkan selama 30 minit , kemudian cuci dengan syampu. 2 . Skrub - Santan boleh digunakan bersama dengan produk lain untuk membuat scrub wajah atau tubuh. Skrub dari santan kelapa berkesan membersihkan liang pada kulit dan membantu pengelupasan kulit mati , membuat kulit lembut dan kelihatan sihat. Anda boleh mencampurkan 1 cawan garam , 4 sudu besar santan kelapa , dan 2 sudu besar minyak kelapa sebagai pewangi. Sapukan pada kulit untuk mendapatkan kesan pengelupasan semulajadi dan ia boleh digunakan di seluruh tubuh. 3 . Krim - Santan kelapa boleh dibuat menjadi krim untuk menambah kelembapan kulit dan membantu mencegah pengeringan dan meringankan kegatalan. Santan boleh langsung digosokkan pada permukaan kulit tanpa menambah bahan lain. 4 . Mandian - Santan juga boleh ditambah ke dalam air mandian untuk melembapkan kulit di seluruh tubuh. Tambah 1 / 2 cawan santan ke dalam tab mandi untuk membuat kulit menjadi lembut dan kenyal. Kulit kering membuat bakteria lebih mudah menjangkiti tubuh, jadi pelembab kelapa boleh membantu menjaga kulit agar tetap sihat.
Sumber : Wanista (DARI JUS & KORDIAL SEBENAR)
#asfi #abdulsalam #abdulsalamfoodindustries #khasiatsantan #penang #malaysia
|