View: 3035|Reply: 0
|
Jaminan lanjutan perlu diimplementasikan secara telus
[Copy link]
|
|
Jaminan lanjutan perlu diimplementasikan secara telus
Berdekad yang lalu, anda mungkin mendapat jaminan selama hanya satu tahunan bagi kenderaan milik anda. Kemudian, ia dinaikkan daripada dua ke tiga tahun. Secara peribadi, saya berasakan ia sangat diperlukan kerana kenderaan kita jauh lebih rumit sekarang berbanding berdekad yang lalu.
Hari ini, ia bagaikan menjadi suatu kebiasaan untuk memperoleh jaminan antara empat hingga lima tahun. Ia boleh menjadi lebih mudah bagi memenangi hati para pengguna dengan tempoh jaminan yag panjang kerana sudah menjadi corak pembelian kenderaan kita.
Disebabkan harga kereta kita, ramai yang perlu memohon pinjaman dalam tempoh antara tujuh hingga sembilan tahun. Jika jaminan kenderaan tamat tempoh pada suku masa tersebut, ia boleh menimbulkan kebimbangan di hati pengguna kerana dibebani dengan kos penyelenggaraan yang tinggi. Dalam masa yang sama, perlu menanggung jumlah pinjaman sedangkan kenderaan miliknya itu masih baru.
Walau bagaimanapun, corak jaminan global tidak selari dengan tempoh jaminan Malaysia yang panjang seperti mana yang diiklankan. Biasanya pihak pengeluar hanya memberikan tempoh jaminan selama dua hingga ke tiga tahun. Jadi bagaimana jaminan selama lima tahun ini boleh dicapai?
Jalan terbaik sudah tentu ialah mendapatkan pengeluar supaya memanjangkan tempoh jaminan dalam satu masa yang panjang. Kebiasaannya, pengedar di Malaysia yang perlu membawa lebih untuk perkara ini. Maka, jalan terbaik ialah mengimplementasikan tempoh jaminan yang lebih panjang supaya para pengguna tidak dibelenggu dengan masalah yang membebankan.
Perkara lain yang boleh dilakukan apabila segelintir pengedar meminta potongan harga untuk membeli kenderaan daripada pengeluar sebagai cara pertukaran untuk tidak mendapatkan jaminan. Ini bermakna, kenderaan anda tidak didatangkan dengan jaminan daripada pengeluar. Sebaliknya jaminan tersebut ditawarkan oleh pengedar di Malaysia. Tetapi ia memberikan risiko kepada para pengguna kerana jika ada apa-apa yang terjadi terhadap pengedar terbabit, maka penggunalah yang terpaksa menanggung kerugian kerana jaminan bagi kenderaan tersebut tidak lagi sah diperakui.
Cara yang paling relevan untuk mengimplementasikan tempoh jaminan yang panjang ialah menerusi jaminan lanjutan. Di mana melibatkan kombinasi jaminan daripada dua pihak iaitu jaminan pengeluar dan tempoh lanjutan yang disediakan oleh pihak ketiga iaitu syarikat insurans.
Tetapi ada juga masalah yang mungkin timbul. Di mana sesetengah lanjutan jaminan tersebut tidak meliputi perkara yang sama seperti mana jaminan yang disediakan oleh pengeluar. Kebarangkalian liputan pada suku kedua tempoh jaminan tersebut mungkin kurang, oleh itu pengguna tidak mendapat liputan sepenuhnya.
Jadi dalam perkara ini perlulah lebih telus iaitu syarikat kenderaan yang memberi jaminan 2 + 3 atau 3 +2 tidak mewar-warkan tawaran jaminan mereka sebagai lima tahun jaminan penuh jika ia tidak menyamai liputan sepanjang tempoh jaminan terbabit.
Isu seterusnya adalah berkenaan proses tuntutan untuk jaminan lanjutan. Beberapa syarikat kenderaan berada di landasan yang betul di mana mereka memastikan supaya jaminan daripada pembekal ini menyamai proses tuntutan jaminan daripada pengeluar. Dengan itu, jabatan pengedar bagi jaminan yang sedia ada akan mengendalikan kelulusan jaminan lanjutan dengan lebih cepat dan efisien.
Bagaimana pun, sesetengah syarikat kereta memiliki tanggapan yang salah terhadap perkara ini. Sesetengah jenama kenderaan berhadapan dengan isu ini di mana tuntutan bagi jaminan lanjutan yang dikendalikan seperti tuntutan memperbaiki kerosakan akibat kemalangan. Di mana pusat servis perlu menunggu ihsan daripada pentafsir insurans sama ada boleh membuat pengiraan berhubung dengan kos yang boleh dituntut dalam tempoh yang sekejap atau pun perlu mengambil masa untuk berbuat demikian dan bergantung juga pada kes tuntutan tersebut.
Dalam situasi sebegini, konsep jaminan lanjutan selalunya hanyalah untuk tujuan pengiklanan. Ia perlu untuk menarik perhatian para pengguna jika mahu dibandingkan dengan tawaran yang disediakan oleh pihak pesaing. Jika konsep ini diimplementasikan, maka ia perlu dilaksanakan secara telus. Atau mungkin bakal berhadapan dengan isu yang serius sekiranya ada pengguna yang mahu membeli kenderaan lain dari syarikat yang sama pada masa yang akan datang. Nilai bagi sesebuah kenderaan juga akan jatuh dan kita pasti tahu apakah nilai bagi kenderaan terpakai di Malaysia.
Selain itu, Malaysia juga serius mempertimbangkan untuk mengimplementasikan undang-undang baru seperti mana yang telah dilaksanakan di Singapura. Di mana para pengguna bakal menerima manfaat menerusi perkara ini. Walau pun mungkin memberikan tekanan kepada syarikat yang menjual kenderaan terbabit untuk menyelesaikan isu-isu yang serius atau mengambil langkah yang drastik dengan membeli semula kenderaan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|