Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Sejak dua bulan aktres Sharifah Sakinah aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah yang sering diadakan di KLCC.
Apa yang menggembirakan pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, ini apabila programnya itu semakin mendapat sambutan peminat dalam tempoh singkat ini. Walaupun pada awalnya dia sendiri mencetuskan sikit kontroversi gara-gara dia memuat naik gambar perutnya di laman Instagram, namun tidak menjejaskan perjalanan programnya itu.
"Fitness Sakinah semakin dapat sambutan dan semakin ramai yang mengikuti program kami. Ada yang datang sebab sekadar nak bergembira. Ada yang datang memang menunjukkan kesungguhan mereka nak kurus dan sihat. Seronok bila ada yang capai sasaran, mereka dah kurus.
"Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing", kata Sharifah Sakinah yang turut memberitahu, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.
Adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira ini ditemui pada majlis bacaan skrip filem 'Pekak' di Sri Pentas, semalam.
Dalam masa sama Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti. Tetapi tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan menerusi programya itu.
"Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut", katanya
Selain itu Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan cuma tidak serancak dahulu. Pun begitu, Sakinah tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut...................................................................
http://www.malaysiandigest.com/h ... utm_medium=facebook
|