View: 37010|Reply: 268
|
Misha & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri (Gambar nikah @ pg.2,3 & 4)
[Copy link]
|
|
5 Apr 2014, 04:55pm | Sri Rahayu Mat Nah
Penyanyi popular, Misha Omar memilih tarikh 2 Mei 2014 sebagai tarikh pernikahan dengan tunangannya Firos Ezzuwan Rossly. Menurut Musha, tarikh itu menjadi pilihan kerana mahu memenuhi permintaan ibunya yang mahu majlis itu diadakan pada bulan Rejab.
Majlis akad nikah akan diadakan di Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan pada sebelah pagi. Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam di tempat yang sama.
"Majlis pernikahan dan resepsi saya akan diadakan secara sederhana sahaja untuk sanak-saudara dan teman-teman rapat," ujar Misha ketika ditemui di majlis santai bersama pihak media di Kafe Holly Smoke, Shah Alam sebentar tadi.
Credits: gua.com.my
Last edited by achik2009 on 2-5-2014 08:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nikah 2 Mei, Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin
Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 4:52 PM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]
Misha akan menamatkan zaman bujangnya pada 2 Mei ini dengan juruterbang MAS, Firos Ezzwan Rossly.
SHAH ALAM: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei ini.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.
"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.
"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.
Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.
Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.
Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.
Credits: mstar.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
gedebab sungguh bakal lakinya |
|
|
|
|
|
|
|
limau_lemon posted on 5-4-2014 11:56 AM
da cerai ke?
Cerai ngn sapa plk? |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpak kusam je misha dlm gmbo kt atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
bam bam nya bakal bantal peluk.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya lepas asek dispeku dah putus tunang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah....I pernah terserempak dgn Misha...Omaigad! Cantik giller.. |
|
|
|
|
|
|
|
Misha Omar Sedih Bakal Berpisah Dengan Kakak
Diterbitkan: Ahad, 6 April 2014 12:21 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
[email protected]
SHAH ALAM: Ketika sedang menghitung hari untuk bergelar seorang isteri, penyanyi Misha Omar mula berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kakaknya, Mimie yang menguruskan kerjaya seninya selama ini.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, selain menguruskan kerjaya nyanyian, Mimie juga memanjakannya seolah-olah dia masih lagi seorang kanak-kanak kecil.
"Selain rapat sebagai adik-beradik, Mimie memanjakan saya dalam semua hal termasuklah kerja-kerja mengemas rumah dan memasak, semuanya dia yang buat.
“Apabila bercerita mengenai perkahwinan saya, kami menangis kerana kami tidak mungkin akan duduk sebumbung seperti biasa," katanya kepada mStar Online.
Misha ditemui pada sidang media mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, di Holy Smoke Cafe di sini pada Sabtu.
Pasangan itu memilih 2 Mei depan untuk melangsungkan pernikahan yang akan diadakan Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan.
Akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi sementara majlis resepsi pula diadakan di tempat yang sama pada sebelah malam.
Dalam pada itu Misha berkata, selepas berkahwin dia akan tinggal bersama kakaknya beberapa bulan sebelum berpindah ke kediaman baharu.
Malah dia juga mula mempelajari cara-cara menguruskan rumah tangga dan memasak daripada Mimie bagi memudahkannya menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri.
Sementara itu, Misha turut berasa sedih kerana anak angkatnya iaitu Muhammad Adam Emir, 8, juga bakal berpisah dengan anak angkat kakaknya, Arissa, 7, yang mana kedua-dua mereka begitu rapat.
"Mereka sangat rapat dan apabila mendapat tahu akan berpisah selepas saya berkahwin, kedua-duanya bersedih.
"Tetapi Adam memberi kata-kata positif kepada Kyra yang mereka masih lagi boleh berjumpa, cuma tidaklah kerap seperti biasa. Sebak pula dibuatnya melihat gelagat masing-masing," ujarnya.
Credits: mstar.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah in advance |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik jd.. Asyik dok tarik tali..
Lm dah che abe dok nunggu tu...
Tahniah.. |
|
|
|
|
|
|
|
best gila ambik tarikh The Amazing Spider-Man 2, akak suka sangat-sangat |
|
|
|
|
|
|
|
miss_baby posted on 5-4-2014 10:45 PM
bam bam nya bakal bantal peluk..
baguslah, ga perlu beli bantal lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 5-4-2014 07:51 PM
gedebab sungguh bakal lakinya
lepas kahwin nanti lagi gedebab rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
tahniahhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|