Pemilihan PKR seluruh negara kecoh
Pemilihan Ketua Cabang PKR bagi Daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam kecoh selepas keputusan undian dibatalkan akibat undian melebihi sebanyak 167 undi. - GAMBAR IHSAN NST
KUALA LUMPUR 4 Mei - Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula. Di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan Pengerusi negeri. Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi hari ini adalah 672, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian yang berlangsung di Dewan JKKK Simpang Tiga tersebut. Difahamkan, pengundian semula akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak di luar Nibong Tebal. PKR Cabang Nibong Tebal mem瀀甀渀礀愀椀 seramai 3,692 ahli berdaftar. Dalam pada itu, proses pengun搀椀愀渀 di Balik Pulau yang pada awalnya kelihatan tenang bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong. 吀椀渀搀愀欀愀渀 seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk. Insiden-insiden yang berlaku semasa pemilihan PKR ini sa渀最愀琀 memalukan terutama kepada kepemimpinan PKR yang sebelum ini tanpa malu mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," seperti dipetik daripada blog Dr. MiM. Menurut blog itu lagi, apa yang berlaku boleh disifatkan sungguh memalukan dan sudah pasti membuka mata rakyat tentang wayang kulit dan ketidakmampuan PKR untuk menguruskan pemilihan parti sendiri sama seperti DAP. Sementara itu, di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh. Sekretariat pemilihan PKR pe爀椀渀最欀愀琀 negeri turut dipersalahkan kerana gagal menyediakan kertas undian yang mencukupi sehingga menyebabkan tercetusnya kejadian kekecohan dalam pemilihan itu. Kekurangan kertas undian itu menjadi punca mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom berlangsung dalam suasana tegang, sekali gus memaksa proses pemilihan ditangguhkan. Ratusan perwakilan meluahkan rasa marah dan menyalahkan pihak sekretariat negeri kerana kumpulan perwakilan tersebut gagal melaksanakan hak mereka untuk mela欀甀欀愀渀 undian apabila hanya 300 kertas undian diedarkan. Keadaan tidak terkawal yang berlaku itu menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR Cabang Tenom, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat dan pemilihan dibatalkan, selain mendakwa pihak terbabit tersalah mengira bilangan perwakilan di kawasan tersebut. Kami hanya menerima 300 kertas undian sedangkan jumlah perwakilan di cabang ini adalah 2,000 orang. Semua kertas undi tersebut dimusnahkan di hadapan perwakilan yang bersaing untuk mengisi pelbagai kedudukan dan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Cabang Tenom," kata渀礀愀. Dalam pada itu, proses awal pemilihan yang berlangsung di Cabang Sepanggar, turut berlaku sedikit kekecohan apabila dewan yang menjadi pusat pemilihan tidak diuruskan dengan baik ekoran tiada penunjuk arah kepada perwakilan untuk membuat undian. Ketiadaan petugas pemilihan PKR mengawal kemasukan perwakilan di pintu masuk menyebabkan orang ramai menyerbu dan memaksa petugas Rela berada dalam dewan bagi mengawal situasi. Di Perak, calon bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Lumut meluahkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan proses pengundian. Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut mendakwa, proses tersebut berjalan tidak teratur apabila para pengundi tidak diberikan Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 sebagai rujukan semasa mengundi. Situasi sama berlaku di Kedah apabila calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak proses pengundian dilakukan semula kerana tidak berpuas hati berikutan namanya tidak disenaraikan sebagai calon sehingga memberi kemenangan percuma kepada seorang lagi calon, Simon Ooi.
|