CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31542|Reply: 32

14 Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 12-5-2014 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur

1) Mee Bandung Muar Jalan Masjid India  Selepas sembahyang Jumaat, kalau sempat,  memang terjah sini pekena Mee Bandung. Mee Bandungnya memang rasa lain  dari yang lain.  Memang terangkat.

2) Mango Chili Restaurant, Wangsa Walk Mall
Masakan Ala-Ala Thai, memang antara  destinasi wajib setiap bulan. Menepati citarasa kami seisi keluarga.  Terasa keenakan dan citarasa Thai yang menyengat.

3) Cinnamon Box, KL Festival City
Masakan istimewa disini yang menjadi kegemaran Isteri adalah Pisang Karamel dengan Aiskrim.

4) Wahab Cendol Wangsa Maju  Salah satu tempat kegemaran saya untuk pekena Cendol kerana pelbagai pilihan Cendol dan Rojak boleh didapati di sini.

5) Restoran Mohd Chan Abdullah, Wangsa Maju
Ketam Masak Sos Special “RM38″ , mahal tapi pandangan saya, memang sedap dan menyelerakan. Memang sedap dan kena dengan citarasa kami.

6) Nasi Lemak Warung Indah, Danau Kota  Antara Destinasi pilihan di pagi hari  untuk breakfast di hujung minggu. Sambalnya yang voila dan menawan  membuatkan almost setiap minggu singgahi sini.

7) Sri Pattani, Setapak Jaya  Tempat pilihan saya dari zaman  belajar lagi. Sayang, arus pemodenan, gerai makan ini terpaksa ditutup  dan dipindahkan ke tempat lain. Jika sesiapa tahu ke mana gerai ini  dipindahkan, inform ya?

8) Mali’s Corner Char Koay Teow, Danau Kota
Salah satu tempat terbaik untuk pekena  Koay/Kue Teow di KL.  Semakin hari semakin ramai nampak yang singgah  makan di sini. Owwh, dah lama juga tak singgah sini ni.Adakah masih  sedap seperti dulu?

9) HR Steak House Kampung Baru
Suasana Santai sambil melihat  pemandangan KLCC. Harganya yang berpatutan menjadi pilihan dan rasanya  memang menepati citarasa kami seisi keluarga. Last singgah, memang ramai  orang dan cadangan saya, tambahkan pekerja untuk mengambil order  kerana nampak kekurangan staff di bahagian itu.

10) Restoran Flaming Steamboat, Danau Kota
Tempat santai untuk pekena Steamboat  especially kalau time special Occasion. Memang meriah, pelbagai seafood  yang agak segar boleh didapati di sini.

11) Restoran Warung  Santai, Tesco Ampang
Mee Bandung nya antara Mee bandung  paling sedap pernah saya rasa. Selain itu, juadah lainnya juga tidak  mengecewakan.  Memang menjadi destinasi pilihan setiap kali singgah di  Tesco Ampang.

12) Restoran Hayaki, Danau Kota
Jangan salah tafsir, Restoran Hayaki bukan berasal dari Korea tapi  Restoran yang menyediakan Masakan Ala Kelantan dan Western dengan harga  yang berpatutan. Extra point, restoran ini beroperasi 24 jam. Antara  menu kegemaran saya di sini adalah Nasi Lauk Ayam (RM5.90) dan  Manggo Ice Rock (RM5.90). Sedap dan berbaloi.

13) MZ DarulNaim, Masakan Kelantan
  Masakan Selera Kelantan dengan  pelbagai juadah yang menyelera dan membuka selera. Berdekatan dengan  Chow Kit dan berhadapan dengan Pusat Zakat KL. Juadah menyelera. Terasa  macam berada di kampung bila masuk ke gerai ini. In term of harga,  rasanya agak mahal sedikit.

14) Burger Bakar Kaw Kaw, Wangsa Maju
Pernah muncul di Jalan-Jalan Cari Makan  TV3 dan pelbagai rancangan lagi. Burger Bakar Kaw Kaw ini memang agak  menyelerakan dan menepati citarasa.

Diharap kawan kawan dapat mencuba restoran yang disyorkan oleh saya ini.. Pilihan Restoran Lain disini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 12:47 AM | Show all posts
Pak john steamboat wangsa walk sedap. Cubalah

Lagi satu nasi dpaku setiawangsa dekat sekolah rendah setiawangsa. Along jalan setiawangsa 1 pun sedap juga. Tapi minggu lepas dan minggu sebelumnya tutup. Mungkin owner ada hal. Ramai orang. Bukak pukul 1130 sampai 2 lebih gitu. Jual dalam lori.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 02:08 AM | Show all posts
Cendul tu xdp la..kalau nk ikotkan byk gila la lg..santai tesco tu harga dah tak hagak mahai..kene tunggu bonis br leh mkn..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 06:49 AM | Show all posts
Tq TT for sharing

nanti  boleh try
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt duk area danau kotakah?
Kerana tempat2 yg sama mira lepaking
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 09:19 AM | Show all posts
Nak tanya...

"5) Restoran Mohd Chan Abdullah, Wangsa Maju
Ketam Masak Sos Special “RM38″ , mahal tapi pandangan saya, memang sedap dan menyelerakan. Memang sedap dan kena dengan citarasa kami."

Ni yang kat mana ek?!
Kalau yg dekat dgn Rawang Burger Bakar tu bukan dah tutup ke?!
Sorry la kalau salah restoran...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2014 09:47 AM | Show all posts
Thnk u tt kongsi. Akan ku try nnt. Mee bandung muar tu mmg sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 10:14 AM | Show all posts
Humble Chef kat pusat bandar damansara.... masakan western yang murah dah berbaloi.. sepinggan RM5 je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 10:34 AM | Show all posts
Flaming masih sedap ker?
1st time aku pergi mmg best.. kuah tomyam die sedap...!
tp last time aku pergi 2 taun lepas klu tak salah...
kuah die cair.. tak sedap langsung.! huhuhu
la ni klu nk mkn steamboat aku p kat Rahman Palace.. dekat MRR2...
mknn die tak semewah kt flaming.. tp kuah die sedappp! ade grill2 lak tu..hehe
harga pun murah .. sorang rm23... kalau budak2 rm10 ( tak sure bawah bape taun.. lupe da)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 04:36 PM | Show all posts
Jom sama2 kongsi info yang best2 ,
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 05:34 PM | Show all posts
semuanya area danau kota/wangsa maju. xde daerah lain2 jugak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 08:20 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 12-5-2014 05:34 PM
semuanya area danau kota/wangsa maju. xde daerah lain2 jugak ke?

Insyallah Bakal menyusul peringkat kajian baru..

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:21 AM | Show all posts
nape ada thread isi yang sama dengan @kudoamy18 nih?

mana korang cilok nih??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2014 09:22 PM | Show all posts
itik_kuning posted on 14-5-2014 11:21 AM
nape ada thread isi yang sama dengan @kudoamy18 nih?

mana korang cilok nih??

Ini thread saya weiii.. tgok tarikh pos la sebelum tuduh2.... @kudoamy18 yang tiru thread saya.. banyak thread lak tu...

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:14 PM | Show all posts
klu nk sup mamak yg power kene try sup dorai.. mmg terbaikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 08:38 AM | Show all posts
pfiza posted on 14-5-2014 09:22 PM
Ini thread saya weiii.. tgok tarikh pos la sebelum tuduh2.... @kudoamy18 yang tiru thread say ...

eh ape plak tuduh??

ada statement yang menuduh ke kat situ?

kan semua tu soalan. jawab je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2014 11:24 AM | Show all posts
ok saya jawab nie @itik_kuning ... itu thread saya yg menirunya org tu... sory k..salam2
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 11:34 AM | Show all posts
Mee bandung muar jln mesjid india tu belah mana??
ingat nk try..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2014 01:40 PM | Show all posts
Selamat mencuba makanan terbaekkk yang pernah ada di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 12:44 PM | Show all posts
restoran hussin : sup kambing dan rakan rakannya + popiah - jalan genting klang blakang masjid setapak
bbqland kuang - steamboat & grillboleh la tp selection xla terer mana pun. katanya d'manggis yang berdekatan lagi vazz - ada gak lagi satu dkt dgn kg baru subang - island steamboat - dedua nih lom datang seru nak try lagi
cendol madu che nor - kota damansara sama area rumah kedai dgn jpn - sini dah try kebanyakan mkanan dia - alhamdulillah kena dengan our tastebuds
chilli crab restaurant - dkt dataran sunway kota damansara, satu row dgn watson, balloon buzz, sebelah vicchuda (nama lama, nama baru lupa) - harga slightly on a higher side tp most meals are good.  ada set gak - makan 10x bleh dpt 1x free.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051380 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list