CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1711|Reply: 3

Jangan berdiam diri, segera tangani Isma, kata bekas timbalan menteri

[Copy link]
Post time 12-5-2014 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Jangan berdiam diri, segera tangani Isma, kata bekas timbalan menteri
MAY 12, 2014


Bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan agar tidak berdiam diri dan segera mengambil tindakan terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana kenyataan mereka yang menuduh kaum Cina sebagai pendatang. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014.Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menggesa kerajaan agar tidak berdiam diri dan segera mengambil tindakan terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana kenyataan mereka yang menuduh kaum Cina sebagai pendatang.
Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu berkata sementara menunggu Akta Hasutan 1948 dimansuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan perlu mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba menyemarakkan api kebencian antara kaum.
“Saya difahamkan kerajaan sedang menggubal satu akta baru bagi menggantikan Akta Hasutan. Ia bermatlamat menghukum ucapan membenci sambil melindungi hak kebebasan bersuara.

“Sementara menunggu kelahiran akta baru itu, rakyat menunggu kepantasan, keberanian dan kebijaksanaan kepemimpinan kerajaan untuk menangani kes Isma dan UiTM ini dan apa jua kes lain yang sewaktu dengannya,” katanya menerusi artikel yang diterbitkan Sinar Harian bertajuk ‘Hentikan Sentimen Kebencian’.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata pada minggu lalu, pendatang Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British adalah “penceroboh” selain mempersoalkan kerakyatan serta kekayaan yang diberikan kepada mereka.
“Siapa beri mereka (kaum Cina) kerakyatan dan kekayaan sehingga kesan pencerobohan mereka dilindungi sehingga hari ini?
“Ini adalah perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina untuk menekan dan membuli orang Melayu,” katanya menerusi laman web pertubuhan itu.
Saifuddin berkata kini tiba masanya rakyat Malaysia menolak ucapan yang mengundang kebencian kaum, agama, asal usul dan jantina.
Katanya, perpaduan dan integrasi perlu ditegakkan selain menolak diskriminasi dengan menerima setiap rakyat negara ini seadanya.
“Kita perlu menerima setiap rakyat negara ini dengan seadanya, iaitu tanpa mengira agama, kaum, keturunan, bahasa, tempat lahir dan gender seperti yang terkandung dalam semangat kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.
“Sekiranya muncul suara-suara sumbang, maka kita perlu menanganinya dengan kepantasan, keberanian dan kebijaksanaan. Ada kalanya, suara sumbang itu tidak lebih daripada perlakuan devian oleh seseorang individu atau perlakuan khilaf oleh sesebuah kumpulan,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global itu berkata jika perkara seumpama itu tidak segera dibendung, maka akan wujud persepsi pertubuhan berkenaan mendapat dana daripada pihak tertentu.
Katanya, apa yang membimbangkan, situasi berkenaan menjadi bertambah buruk dan diberikan tindak balas oleh pihak lain.
“Apa yang membimbangkan ialah sekiranya suara itu benar-benar sumbang. Apatah lagi kalau pencetusnya kelihatan asyik melakukannya, seperti dikeluarkan dengan bersiri dan sahut-menyahut antara satu pihak dengan yang lain.
“Ia jadi tambah membimbangkan kalau mendatangkan persepsi masyarakat seakan-akan mendapat dukungan pihak atasan. Contohnya, bantuan kewangan, tokoh tertentu merasmikan program dan tidak ditegur apabila mengeluarkan suara sumbang,” katanya seperti disiarkan Sinar Harian. – 12 Mei, 2014.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 04:44 PM | Show all posts
ingat isma ape td..
teringat bos nama isma.. die pun mmg kena segera ditangani...
sblm pemerintahan kuku besi dia bermula
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:00 AM | Show all posts
memang betul pun pendatang. sedar diri sikit ok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 02:46 AM | Show all posts

Oooo...

[AceHand SPECTaceLAR]

Ingatkang ISMA = ISmet ulaM rajA...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.054895 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list