View: 5360|Reply: 17
|
Mengapa Golongan Muda Harus Miliki Insurans
[Copy link]
|
|
Salam warga Cari Forum, sekadar ingin berkongsi pendapat mengenai pemilikan insurans seawal usia muda. Pelbagai jenis insurans ditawarkan diluar sana termasuklah insurans hayat, perubatan, kemalangan peribadi, bertempoh, kenderaan dan rumah.
Namun apapun keputusan untuk memiliki insurans adalah terpulang pada kemampuan dan keperluan individu. Selidik dan buat perbandingan terlebih dahulu jika benar-benar berminat ingin melindungi diri dan yang tersayang dengan polisi insurans. Fahami syarat-syarat yang ditetapkan dalam polisi, tanya kepada agen jika kurang pasti sebelum menandatangani kontrak polisi supaya tiada masalah akan timbul dikemudian hari.
Kebiasaan amat sukar meyakinkan golongan muda bagi mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan untuk membayar insurans perlindungan kesihatan, kemalangan mahupun nyawa. Ini kerana mereka lebih memenuhi kehendak daripada keperluan yang bakal memberi perlindungan jangka masa panjang untuk diri mereka. seperti kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan". Sejujurnya kita tidak mampu mentafsir atau menjangka apa yang akan terjadi dalam menjalani kehidupan seharian.
Mengapa golongan muda diseru untuk membeli insurans seawal usia kerana kosnya lebih murah berbanding jika membelinya sewaktu meningkat usia. Tiada alasan buat golongan muda masa kini menyatakan mereka mempunyai pendapatan yang terhad atau tidak mencukupi untuk membayar komitmen insurans.
Hari demi hari kos hidup masa kini semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Secara tidak langsung ia turut memberi kesan kepada individu membuat simpanan tetap setiap bulan. Oleh itu, insurans adalah sebuah perlindungan penting untuk golongan muda kerana setiap hari mereka akan berdepan dengan pelbagai risiko kemalangan, bencana mahupun penyakit. Hal ini sekaligus mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga.
Secara amnya golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi sudah tiba masanya mereka perlu mengambil langkah dalam melindungi diri dan harta benda. Selepas berkeluarga, tentu mereka juga perlu melindungi masa depan keluarga pula.
Namun, masih ramai golongan muda masih kurang kesedaran mengenai kepentingan memiliki perlindungan insurans kerana mereka merasakan mereka baru hendak memulakan kerjaya dan masih banyak komitmen yang lebih penting perlu diutamakan seperti ansuran kereta, ansuran rumah, bil-bil, pinjaman pendidikan, kad kredit dan sebagainya.
Di tambah pula persepsi yang sering digunakan adalah mereka masih muda dan sihat. Hanya golongan berumur sahaja perlu dilindungi oleh insurans kerana risiko menghidapi penyakit adalah tinggi.
Persepsi sebegini ternyata salah kerana penyakit mahupun musibah tidak mengenal usia, tempat dan bila waktunya akan terjadi. Ternyata masih ramai yang kurang sedar bahawa insurans perlu dibeli ketika seseorang itu masih sihat. Ini kerana berkemungkinan seseorang individu itu boleh kehilangan kerja malah serentak dengan itu ditimpa penyakit atau kemalangan.
Jika golongan muda tidak berkemampuan untuk membeli perlindungan insurans hayat yang memerlukan komitmen bayaran bulanan yang agak tinggi. Mereka juga boleh memulakan dengan membeli insurans kemalangan peribadi yang jauh lebih murah dan hanya perlu membayar secara tahunan. Sekurang-kurangnya mereka telah melindungi diri mereka ketika memandu atau menunggang di atas jalan raya.
Memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan insurans pada usia muda adalah suatu tindakan yang bijak dan bukan ketika anda sudah berusia sekitar 40-an atau ketika anda sudah memiliki masalah kesihatan kerana pada masa itu tiada syarikat insurans akan menerima anda. Jika ada syarikat insurans yang ingin menerima sekali pun akan tetapi kadar premium pasti mahal, malah bakal pemegang polisi perlu menjalani pelbagai jenis ujian saringan.
Jadi apa lagi yang ditunggu oleh golongan muda. Mengambil langkah awal dalam melindungi diri dengan perlindungan tambahan seperti insurans bukan satu kerugian. Ia bertujuan untuk menjamin kesihatan dan sumber kewangan pada masa akan datang. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Last edited by easicircle on 25-6-2014 03:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dan masih tak tahu apa pakej nya |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 25-6-2014 03:56 PM
dan masih tak tahu apa pakej nya
jgn beli insurans.
sebab ramai agent insurans sembang bagus je.
nanti nak claim hilang batang hidung.
beli nissan teana tak pe
|
|
|
|
|
|
|
|
rajin betul korang ngacau thread niaga worang |
|
|
|
|
|
|
|
aku ambik sbb nak dpt rebet tax je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin en CiliPadi Sedap nak tanggung sume kos rawatan atau kos kehidupan semua org yg dia kenal kot. Maaf cakap ye. Insurans ni mmg tak penting pada semua orang. Tapi penting pada semua orang ketika dah sangat2 sakit. Kalau nak harap pada hospital kerajaan,silakan. Tapi pastikan anda ni orang yg sabar menunggu la ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kerana berpandangan jauh. Sakit jika tidak berduit maka akan semakan parah.
Sakit diwaktu perlu menunggu di hospital kerajaan juga perit.
Sedangkan di hospital swasta juga kini penuh dengan pesakit.
Insurans perubatan, nyawa, perjalanan mahupun kemalangan peribadi adalah sebagai pelaburan atau perlindungan tambahan.
Terpulang kepada individu itu sendiri untuk melindungi diri dengan insurans ataupun tidak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Insuran ni penting sgt utk smua org. Aku strt amik 10 taun lepas.. Br2 ni tambah lg 1 polisi untuk diri sendiri. Anak2 lahir smua terus aku beli insuran lps diorg 14 hari, sbb aku tak sanggup nk biarkn anak warded kt govt hospital beramai2 dgn bdk2 lain yg sakit. Sedara aku anak nya kna jangkitan paru2 kronik lps msk hosp govt jangkit dgn bdk lain.. Sdgkn masuk takla teruk sangat.
Dpt gaji je aku byr insuran n buat saving dulu, sebelum byr hutang n berbelanja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ramai lagi yang berfikiran seperti anda dalam memberi perlindungan kesihatan terbaik buat diri dan insan tersayang. Kos perubatan dan rawatan yang semakin hari semakin tinggi membuatkan insurans itu penting buat individu. Jika mahu keselesaan dan kualiti kesihatan yang baik tidak salah untuk mengeluarkan duit membeli insurans. Di waktu tidak sakit memang tidak rasa namun apabila sudah sakit barulah terasa keperitan. Terima kasih atas pandangan anda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai dah berhenti ambik insuran Maybank Life Savings.
Cuba terangkan dgn simple mengapa & apa guaranteenya?
Kalau penerangan yg simple org akan tertarik & tak rasa tertipu.
Masalahnya, Insuran Policy panjang jela & sgt memeningkan. What's the point?
So jangan salahkan org tolak insurans ye.
Atau pun, policy tu sengaja dicomplicatedkan supaya nak lemahkan/psycho bakal customer yg naive?? |
|
|
|
|
|
|
|
Anda seharusnya memahami terlebih dahulu keperluan diri dan keluarga sebelum mengambil sesuatu polisi insurans.
Ini kerana terdapat pelbagai jenis insurans di pasaran kini meliputi inusrans nyawa, kad perubatan, kemalangan peribadi, perjalanan, bertempoh dan lain-lain.
Selain daripada bergantung kepada ejen insurans dalam menerangkan polisi , anda sendiri juga perlu mengkaji terlebih dahulu kelebihan sesebuah polisi insurans atau bertanyakan rakan-rakan yang pernah membeli polisi inusrans. Memahami dan mematuhi syarat dan peraturan polisi insurans sangat penting. Ia tidak akan sukar jika anda cuba untuk memahami setiap syarat yang ditetapkan. Ini kerana bersesuaian dan setimpal dengan pampasan dan perlindungan yang akan diberi sekiranya berlaku kemalangan ataupun kematian terhadap pemegang polisi.
Sebagai contoh jika anda pergi kerja menaiki motosikal atau menjadi pembonceng risiko untuk anda terlibat dalam kemalangan sangat tinggi kerana saban hari berulang alik ke tempat kerja. Jadi insurans yang mampu milik boleh anda miliki adalah insurans kemalangan peribadi yang serendah RM100 setahun dengan perlindungan sebanyak 200 ribu akibat hilang upaya dan kematian akibat kemalangan.
Contoh lain, jika anda ingin mengambil insurans jenis kad perubatan. Anda tahu kos rawatan dan perubatan di hospital swasta semakin hari semakin tinggi. Jadi anda rasa perlu insurans ini demi melindungi diri anda jika perlu dimasukkan ke dalam hospital sekiranya disahkan sakit atau memerlukan pembedahan. Jika anda bukan seorang yang kaya sudah tentu anda tidak mampu untuk menampung segala kos perubatan di hospital swasta. Jadi dengan menggunakan kad perubatan anda tidak perlu lagi terbeban dengan segala kos.
Saya sendiri baharu sahaja beberapa bulan selesai menjalani pembedahan ligamen lutut yang putus kerana bersukan dan segala kos yang mencecah 32 ribu ringgit di hospital swasta dibayar pihak insurans dengan menggunakan kad perubatan. Malah kos fisioterapi dan consultation doctor juga boleh di claim namun mengikut syarat ditetapkan iaitu selama 120 hari selepas pembedahan dilakukan.
Apapun terpulang pada diri individu itu sendiri untuk melindungi diri dengan perlindungan tambahan seperti insurans. Apapun perlu memahami dan mengkaji kelebihan dan buat perbandingan sebelum membeli sesebuah polisi insurans.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah aku ada 3 jenis insurans..maa medical card, maa insurans hayat & maa simpanan haji..anak aku lak insurans protection&education..sebln RM400 hanya utk insurans..agen aku cousin aku..ape2 hal tipu ke hape susah nak claimed esok senang aku beduk dia jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah ada insurans dan aku agree memang wajib semua kena beli insurans ni. Tak banyak, sikit pun jadi la.
Cuma aku kecewa lelebih lagi agen Melayu yg sibuk kejar sales dari maintain client yang sedia ada. Once dah beli pastu haram tak tanya berita. At least sebulan sekali tanya khabar ke, pastu setahun sekali bagi hadiah ke. Bagi voucher shopping ke, tiket wayang ke. Kalau susah sangat bagi pen bodo2 pun OK sebagai tanda yg korang appreciate dgn client korang tu. Berbeza sangat dengan agen bangsa lain.
Sebelum ni aku dah tak renew policy dari 3 agen meskipun diorang pujuk2. Time nak renew baru la terkedek2 carik. Masa nak tarik client, aku tak pedulik pemenda yg keluar dari mulut agen. Cakap la bulan bintang semua. Yg aku concern adalah policy yg black & white. Satu lagi, bila policy sampai langsung takde explain pekemenda terms yang tulis dgn font kecik nak mampos tu. Kalau yang tahu OK la. Yang tak tau legal term tu semua? Client ingat A. Bila nak claim B plak. Tak ke haru?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by easicircle at 27-2-2015 04:29 PM
Ada juga ejen yang sebegitu kerana dah terlalu ramai client yang dia pegang. Tapi seeloknya kita sendiri kena ambil tahu segala kandungan dalam polisi dengan membuat penelitian supaya tidak akan ada masalah jika ingin menuntut pampasan.
Adalah lebih baik sebelum mengambil keputusan membeli tanya rakan-rakan yang sudah berpengalaman beli insurans dan sudah pun membuat tuntutan pampasan.
Denga cara ini anda akan lebih mudah kerana mereka sudah berpengalaman dengan ejen malah syarikat insurans itu sendiri.
Apapun dengan kos perubatan yang semakin tinggi dan kemalangan juga tidak dijangka perlulah untuk semua individu mempunyai kesedaran
untuk melindungi diri dengan insurans. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan seseorang itu terlibat dengan kemalangan maut atau hilang upaya setidak-tidaknya pampasan dari pihak insurans mampu membantu menampung kos rawtan dan harian.
Jika tidak mampu membeli insurans nyawa, mulakan dengan insurans kemalangan peribadi (PA) yang premiumnya hanya serendah RM100 setahun. Namun jika berkemampuan tambah lagi polisi nyawa dan kad perubatan. Ya, mungkin anda akan rasa rugi apabila diwaktu sihat tapi anda akan merasa dibantu apabila dilanda sakit atau musibah. Apapun terima kasih untuk pandangan anda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kerana anda begitu prihatin terhadap perlindungan diri dan keluarga jika sesuatu musibah menimpa.
Ini kerana ramai masih lagi ragu-ragu untuk memiliki perlindungan insurans kerana rasa terbeban untuk membayar premium polisi dan merasakan tiada faedahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
just nak sharing especially for ladies
FEMALE ILLNESS
------------------------
Female illness is a separate package (we called rider) that been added to the package. Mostly semua kampeni insurance plays the same rule; added rider.
Utk ladies plan -
* Pays benefits for life events such as marriage, childbirth, and more
* Covers female illnesses not covered by critical illness plans.
* Pays benefit for female cancers, even if you receive payment from a critical illness plan
* Covers pregnancy complication and delivery of an infant with congenital illness, not covered by most other medical plans
NOTA KAKI: mana-mana Takaful atau insurans tak cover keguguran atau first stage or second stage kanser. Kecuali virus dah malignant. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|