KL, 3 JULAI 2014: Terkejut Murai Batu apabila ada salah seorang rakan Murai Batu yang juga follower akaun kelab peminat pelakon, Johan As’ari iaitu Johan Asari Fan Club memberitahu kelab itu telah dibubarkan.
Betul ke dibubarkan? Tetapi mengapa dibubarkan? Tu yang membuatkan Murai Batu pelik. Tapi menurutnya, satu nota telah dimuat naik oleh pengurus kelab peminat itu yang mengumumkan ianya dibubarkan berkuatkuasa serta merta semalam.
Berikut merupakan nota yang dimuat naik dalam akuan Instagram kelab tersebut.
“2 Julai 2014
Saya selaku pengurus kelab JAFC (Johan Asari Fan Club) dengan ini mengumumkan bahawa kelab JAFC dibubarkan berkuatkuasa serta merta. Segala bayaran ahli rasa tidak berbaloi boleh dituntut sehingga 31 Julai, Terima kasih”
Murai Batu pun tak pasti mengapa kelab peminat yang telah ditubuhkan sejak 3 tahun lalu itu boleh dibubarkan begitu sahaja kerana Murai Batu lihat pemiant mereka aktif juga melakukan aktiviti bersama artis kegemaran mereka itu.
Adakah hubungan Johan dan peminanya kini sudah tidak baik atau ianya hanya masalah dalam kelab itu sendiri? Murai Batu pun tidak dapat pastikan.
Murai Batu harap dengan terbubarnya kelab ini, Johan tidak lah hilang peminat dan segeralah menyelesaikan masalah di ntara mereka kerana peminat dan penyokong juga membantu dalam kerjaya setiap artis.