View: 5079|Reply: 52
|
[Jenayah]
Edisi Pura-Pura Pergi Ke Masjid: Rupa-Rupanya...
[Copy link]
|
|
TAMAN DESA PD – Temberang seorang lelaki berbaju Melayu kononnya mahu menunaikan solat Tarawih serta mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadan di masjid pecah, apabila dia ditahan anggota polis ketika sedang asyik berjudi, tengah malam semalam.
Lelaki yang berusia akhir 30-an dan sudah berkahwin serta mempunyai anak itu turut mengaku menghabiskan wang sebanyak RM200 untuk berjudi ketika diserbu dalam Ops Dadu di Taman Desa PD, dekat sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Abd Wahab Harun, Ops Dadu yang bermula jam 12.15 tengah malam dan berakhir jam 3 pagi itu diketuai oleh Asisten Superintenden (ASP) Zamsari Zainal bersama enam anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
Katanya, ketika serbuan, seramai 11 individu berusia 22 hingga 44 tahun ditahan ketika sedang asyik berjudi.
“Kesemua mereka dipercayai penduduk di sekitar Taman Desa PD ini dan mereka terdiri daripada lima Melayu, Cina (5) dan seorang India.
“Pihak polis turut menahan tiga lagi lelaki dipercayai penjaga premis serta merampas 37 set komputer.
“Penjaga premis gagal menunjukkan lesen perniagaan dan tangkapan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya kepada Sinar Harian.
Abd Wahab berkata, sejak awal tahun ini, sebanyak lapan serbuan Ops Dadu dijalankan di premis yang terbabit dengan kegiatan judi di daerah ini hasil maklumat awam serta risikan polis.
“Daripada serbuan itu, sebanyak 457 unit komputer telah dirampas dan dua individu telah dituduh di mahkamah,” katanya.
Katanya, operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bertujuan mengurangkan premis perjudian yang semakin banyak beroperasi secara haram di daerah ini.
“Pihak polis amat berharap kerjasama pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi dalam membanteras kegiatan berkenaan dari berleluasa.
"Kita akan terus menjalankan tanggungjawab ini tetapi dalam masa yang sama, kita juga amat memerlukan kerjasama dengan pihak berkaitan serta orang ramai untuk menjadi mata dan telinga polis,” katanya.
Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/berpura-pura-pergi-ke-masjid-1.302308 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
apa ada dengan baju?... |
|
|
|
|
|
|
|
Baju mencerminkan bangsa...bukan agama |
|
|
|
|
|
|
|
kena tahan pakai baju melayu plak tue..adoi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Choiiiiii...perangai bapak setan habis. |
|
|
|
|
|
|
|
takkan ketuatnan mulayu hilang di donia
sampai ke meja judi pon para pejuang masih kekal dengan uniform ketuatnan |
|
|
|
|
|
|
|
cari duit raya le tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
laaa naper dok tunduk tu
watlah gaya peace sbb dah segak tu berbaju melayu |
|
|
|
|
|
|
|
cari duit raya le tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa org suka berjudi..? apa yg seronoknya berjudi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu, Cina and India..semua ada..baguss..memang semangat satu Malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan trend ke pakai baju melayu pergi berjudi
|
|
|
|
|
|
|
|
ohmaiiii,,,memalukan betul..
yg tak tahan tuu ha mokcik baju kurung tu pon gigih le beratur nak beli toto..
kot ye pon...nak beli sgt..balik ler tukar baju dulu mokcik pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
cari duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
bukan depa patut ada sistem ke yang automatik hilangkan skrin judi tu bila serbuan dibuat..terus jadi cyber cafe je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dah taik ni... cuci pakai clorox pun x bersih jua... |
|
|
|
|
|
|
| |
|