trailer minit pertama mcm boring
skali masuk background lagu Say Something
terus rasa semacam
kisah psl mia hall yg koma slps accident
roh die melihat apa yg berlaku dlm life die
bila mana sblm tu die dlm dilema antara music & boyfriend
bunyi mcm tipikal tp based on trailer mcm best
Last edited by supernaturalee on 24-7-2014 01:45 PM
Filem ini adalah BOSAN. Sejenis filem yang agak 'slow', 'fairy-tale', dalam erti kata mudah ialah sebuah filem percintaan remaja yang biasa-biasa dan cliche.
Percintaan Mia dan Adam yang sangat biasa, macam cinta budak-budak sekolah. Perasaan, tiada. Saya tak boleh mendalami cinta mereka seperti mana cinta Augustus-Hazel Grace
Sebab utama yang membuatkan cerita ini bosan - terlalu banyak imbas kembali. Saya memang pantang kalau cerita yang kejap2 'flash-back' pastu real, pastu flash-back balik...ahhh pening.
Tetapi saya suka muzik, lagu-lagu yang dipilih sepanjang filem ini. Thumbs up.
Chloe? Ya, Chloe Grace berjaya menjiwai watak ini dengan sangat baik, cuma watak Mia itu yang tidak berkembang. Faham tak kalau pelakon baik membawa karakter watak yang sangat membosankan? Mengecewakan betul tak?
Mungkin antara sebab saya boleh terus menonton filem ini sehingga akhir adalah kerana Chloe Grace. Kalau tak, memang separuh jalan pun belum tentu habis.