CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 1

Konsert Datuk Sheila Majid dan Richard Clayderman esok

[Copy link]
Post time 15-8-2014 01:47 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA - Penyanyi Jazz terkenal, Datuk Sheila Majid bakal berkongsi pentas bersama pemain piano terkenal dari Perancis, Richard Clayderman pada konsert Festival Taman Tasik Kuala Lumpur (KLLGF), esok (15 Ogos 2014).



Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Loan Cheong, pihaknya selaku penganjur KLLGF menggandingkan dua bintang popular itu di atas pentas berikutan pengaruh dan populariti yang dimiliki mereka.




"Richard Clayderman dipanggil untuk menjayakan konsert KLLGF kerana sambutan konsertnya di Kuala Lumpur tahun lalu. Sementara itu, kami memilih Datuk Sheila pula kerana mahu mempromosikan bakat yang Malaysia ada ke luar negara.




"Kami juga sedang merangka sebuah projek bersama Richard dan Sheila pada tahun depan," jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Mengulas lanjut mengenai KLLGF, kata Loan, KLLGF pada asalnya dipanggil Festival Kuala Lumpur dan ia diadakan pada setiap tahun.
Namun, atas perbincangan bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) tahun lalu, mereka menukarkan nama festival itu kepada KLLGF.




Selain konsert, ujar Loan, KLLGF turut melibatkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini.
Antara aktiviti yang ada merupakan flying fox, festival hip hop, belon panas udara, low rope, pertandingan untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi.
"Semua aktiviti yang disediakan dikenakan harga dari RM5 hingga RM30 seorang.



"Sementara itu, untuk konsert Sheila dan Richard bayaran yang dikenakan pada harga RM120, RM180 dan RM250 manakala konsert pada malam Sabtu dan Ahad yang melibatkan ramai artis tanahair tidak dikenakan sebarang bayaran," jelasnya.




Tambahnya, pembelian tiket konsert Sheila dan Richard boleh dibuat menerusi talian 03 9222 8811 atau menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 01:06 PM | Show all posts
Wow
Mesti best konsert sheila majid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.142352 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list