CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5936|Reply: 24

Antara kepercayaan, realiti - JIN

[Copy link]
Post time 25-8-2014 03:47 PM | Show all posts |Read mode




Antara kepercayaan, realiti - JIN

RAMAI orang beranggapan hantu itu sesuatu yang realistik atau sesuatu yang benar-benar wujud, sedangkan tidak ada satu sebutan pun berkaitan dengan hantu di dalam kitab suci al-Quran.

Namun kita diberi petunjuk di dalam al-Quran tentang jahatnya pengaruh iblis, syaitan dan jin. Kita juga diberitahu yang makhluk-makhluk itu boleh menyerupai apa sahaja untuk menyesatkan umat manusia terutama jin kafir.

Atas kesedaran untuk memberi didikan kepada penonton, Pierre Andre menerusi filem terbarunya, Jin, menterjemahkan rasa ketakutan yang sebenar.

Menerusi filem yang dijayakan oleh Zul Ariffin, Mon Ryanti, Zarynn Min, Harun Salim Bachik, dan Imam Muda Naufal, Pierre membawa untuk menyingkap semula gangguan-gangguan yang pernah dialami oleh orang lain sebelum ini yang sering kali dikaitkan dengan hantu dan sebagainya.

Secara ringkasnya, Jin adalah sebuah filem seram klasik yang menceritakan perjalanan sepasang suami isteri muda yang bernama Syafiq dan Lily. Syafiq yang berlatarbelakangkan seorang peniaga berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya dengan membeli sebuah rumah agam untuk isterinya yang tercinta.

Melihat rumah yang begitu besar dan cantik membuatkan Lily  jatuh cinta dengan rumah tersebut. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah sejarah yang terdapat pada rumah itu.

Rumah yang pernah bertukar milik beberapa kali itu menyimpan beberapa cerita dan gangguan yang serius. Pada peringkat awal mereka tidak merasakan apa-apa ketika mendiami rumah itu sehinggalah beberapa siri gangguan kecil yang terjadi kepada Lily.

Namun, disebabkan mereka berdua merupakan orang bandar dan  kurang mempercayai perkara ghaib mereka terus menolak teori tersebut. Lily hanya menyangka ia adalah gangguan dari haiwan dari hutan  berdekatan.

Bagaimanapun setelah beberapa kali Lily diganggu, dia mula memberi  perhatian terhadap gangguan tersebut. Lily cuba untuk memberitahu Syafiq, namun suaminya berkeras tidak mahu mempercayai perkara-perkara yang tiada unsur logik akal.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Tok Wan, nenek kepada Lily yang sudah nyanyuk tinggal bersama-sama mereka. Gangguan menjadi semakin keras, Syafiq juga kerap diganggu oleh makhluk yang cuba memasuki badan Tok Wan.

Sehinggalah pada satu malam apabila Syafiq mendapat panggilan yang mengatakan salah sebuah kedainya terbakar dan dia terpaksa meninggalkan isterinya di rumah bersama Tok Wan yang ketika itu sudah dalam rasukan jin cuma mereka sahaja tidak mengetahui.

Penuh kejutan, debaran

Secara keseluruhan, apa yang penulis boleh simpulkan mengenai filem ini adalah sebuah kelainan daripada Pierre. Apatah lagi, Pierre sebelum ini memang terkenal dengan filem-filem seram yang sudah menjadi 'makanannya'.

Ini kerana, berbeza dengan filem seram lain, Pierre tidak mempamerkan wajah-wajah yang menakutkan secara kerap sebaliknya lebih fokus kepada gangguan dan membuatkan penonton tertanya-tanya, siapa yang mengganggu? Apakah entiti yang mengganggu itu?

Perjalanan cerita biarpun secara straight forward, namun masih mampu memberi kejutan kepada penonton dengan bantuan kesan bunyi yang cukup baik.

Selain itu, permainan pencahayaan yang suram memberikan mood seram kepada penonton sekali gus menyuntik debaran dalam menanti apa yang akan berlaku seterusnya.

Gandingan pertama kali

Selain itu, antara lain yang memberi satu nafas baharu kepada karya Pierre kali ini adalah gandingan pertama kali, Zul Ariffin bersama Mon Ryanti.

Membawakan watak sebagai suami isteri, kedua-dua mereka kelihatan serasi bersama biarpun tidak pernah bekerjasama sebelum ini.

Tiada kejutan dalam lakonan kedua-dua pelakon ini, namun buat Mon, tatkala watak memerlukan dia membawa rasa ketakutan, Mon berjaya melakukannya dengan baik.

Bahkan dengan kekusutan dirinya yang sering kali diganggu membuatkan penonton akan turut sama terasa.

Justeru bagi merasai sendiri ketakutan dan kejutan serta jawapan mengenai apakah yang terjadi pada Lily dan Tok Wan? Dapatkah Syafiq menyelamatkan keluarganya dan rumahnya itu dari gangguan jin? Mengapakah makhluk tersebut mahu mengganggu mereka di situ ?

Jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam berdekatan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 03:55 PM | Show all posts
sape2 yg ada penyakit jantung, penyakit kronik, atau yg tak berpenyakit sekalipun, dinasihatkan tak yah tgk..citer ni bosan teramat..tak berbaloi duit tiket wyg anda..95% citer dlm rumah banglo tu jer..pelakon less 15 including extra..plot2 yg mengejutkan bole dijangka..plus bunyi bingit dlm neh annoying sgt..kesimpulan, tunggu je la raya tahun depan kompem kuar tv..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 04:03 PM | Show all posts
harkktuih posted on 25-8-2014 03:55 PM
sape2 yg ada penyakit jantung, penyakit kronik, atau yg tak berpenyakit sekalipun, dinasihatkan tak  ...

semalam tgk LUCY, ada gak rasa2 nk tgk, poster cm menarik. skali awak da ckp cm ni. mmg x best la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:16 PM | Show all posts
piao posted on 25-8-2014 04:03 PM
semalam tgk LUCY, ada gak rasa2 nk tgk, poster cm menarik. skali awak da ckp cm ni. mmg x best la  ...

smlm tgk pun cuma ada dlm 13 org dlm panggung tu..cukup2 la kot buat citer2 mcm ni..org da muak..kalo dlu yer r..time2 jgn pndg belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:33 PM | Show all posts
citer hantu jepun gak best yg hantu kluar tv tu... tergugat jgk kejantanan masa tgk hantu kluar dari tv tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 08:36 AM | Show all posts
Heheh...majoriti cerita seram semua dalam satu lokasi je....cuma......heheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2014 08:47 AM | Show all posts
cliche filem hantu:

pindah rumah baru, isteri kena gangguan, anak main dengan hantu, laki tak percaya, laki sendiri kena lepas tu, mintak tolong, lawan dengan hantu, terbongkar rahsia, kes selesai, pindah rumah lain, lupakan sejarah dahulu, ada lagi kelibat hantu last2

watak sampingan misteri: tukang kebun, orang gaji, nenek, jiran..\

lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ada satu movie omputih coming soon title DJINN ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 12:05 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 26-8-2014 08:47 AM
cliche filem hantu:

pindah rumah baru, isteri kena gangguan, anak main dengan hantu, laki tak per ...

setuju!!

paling senang wat citer hantu:
1. pindah umh baru, ada antu dlm tu.
2. pelajar buat assigment, pastu singgah umh antu.
3. kena rasuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 12:40 PM | Show all posts
mrseller posted on 26-8-2014 11:27 AM
Bukan ada satu movie omputih coming soon title DJINN ?

yes mmg ada
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 02:47 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 26-8-2014 08:47 AM
cliche filem hantu:

pindah rumah baru, isteri kena gangguan, anak main dengan hantu, laki tak per ...

utk cite mat saleh: siapa yang ngeseks mati dulu...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
piao posted on 26-8-2014 12:40 PM
yes mmg ada

Menunggu jugak citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih posted on 25-8-2014 08:16 AM
smlm tgk pun cuma ada dlm 13 org dlm panggung tu..cukup2 la kot buat citer2 mcm ni..org da muak..k ...

aku tngok kt mid pun ada dlm sepuluh orang je.. ada skali je aku terkejut y lain steady..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:37 AM | Show all posts
tak penat ker pengarah2 dan penulis2 skrip malaysia nih buat citer hantu....
buat la satu crita pasal sains fiksyen ker....
citer pasal dunia nak musnah ker.....

ni...balik2
citer lawak bodo....
citer hantu.....
citer gangster....
citer merempit.....
citer lawak bodo....
citer hantu.....
citer gangster....
citer merempit.....

ulang sampai muntah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 12:34 PM | Show all posts
ctaz posted on 27-8-2014 09:37 AM
tak penat ker pengarah2 dan penulis2 skrip malaysia nih buat citer hantu....
buat la satu crita pas ...

pengarah2 penulis skrip penerbit MALAYSIA patutnya main forum Cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 12:36 PM | Show all posts
kookie92 posted on 27-8-2014 12:32 AM
aku tngok kt mid pun ada dlm sepuluh orang je.. ada skali je aku terkejut y lain steady..

10 orang? pastu media ponpon cakap filem ini kutip 3.3 juta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
juta rupiah mungkin.. hahaha .. lg berbaloi aku nengok pilem guardian of the galaxy
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu aku sokong filem Melayu...pantang ada filem baru....wayang terus...sekarang ni sorry la...langsung dah tak tengok...dekat tv pun aku dah tak tengok filem Melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 10:11 AM | Show all posts
bkn xmo sapot citer melayu..tapi stiap kali msk cinema..aku akn kluar dgn rsa rugi duit yg amat..popcorn je da 12hengget..skali citer ke laut...grrr..mmg da lama pn xtgk citer melayu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 11:07 AM | Show all posts
ibnuyusop posted on 27-8-2014 10:43 PM
dulu aku sokong filem Melayu...pantang ada filem baru....wayang terus...sekarang ni sorry la...langs ...

cerita tamil lagi best kan!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.149901 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list