CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5296|Reply: 29

[Tempatan] Lokasi Persinggahan Pasangan Bercinta Hasilkan Bayi Di Dalam Longkang Dan Tandas

[Copy link]
Post time 1-9-2014 12:30 PM | Show all posts |Read mode
  • Pasangan kekasih yang ditemui berkelakuan tidak sopan di atas motosikal.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SUNGAI PETANI – Semak dan menjijikkan. Itulah keadaan rumah tumpangan tidak bertanda yang dijadikan lokasi melampiaskan nafsu di Bandar Puteri Jaya, dekat sini, yang  menjadi tumpuan golongan tidak bermoral sempena ambang kemerdekaan semalam.

Keadaan semak-samun dalam rumah terbabit cukup menggerunkan malah tingkap di ruang tamu serta bahagian kiri dan bilik tidur yang pecah hanya ditampal menggunakan kertas putih sahaja.

Hasil maklumat penduduk tempatan, rumah yang sering dijadikan lokasi persinggahan pasangan bercinta tidak kira tua atau muda, musim cuti atau hari biasa, malah saling bertukar pengunjung selang beberapa jam sahaja.

Serbuan yang dijalankan anggota penguat kuasa dari enam agensi terlibat lebih kurang jam 4 pagi mendapati, sepasang kekasih berusia lewat 40-an keluar daripada satu dari empat bilik setelah kira-kira 20 minit rumah itu dikepung.

Janda berusia 48 tahun itu mengakui datang dari Kampung Pokok Tai, Pendang, dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah serta bersekedudukan dalam sebuah bilik dipercayai suami orang berusia 41 tahun dari Kampung Huma, Sungai Layar.

Pasangan itu mengakui baru berkenalan dalam tempoh dua bulan sebelum keluar makan malam bersama.

Turut ditemui dalam rumah berkenaan, sebuah motosikal dipercayai milik lelaki berkenaan dan sebuah kereta yang diparkir di halaman rumah dipercayai milik wanita terbabit.

Cubaan pasangan larikan diri gagal

Sebelum itu, anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah hotel bajet di Padang Temusu lebih kurang jam 2.30 pagi terkejut apabila terdengar dentuman kuat kira-kira 20 minit selepas mengetuk pintu sebuah bilik.

Hasil pemeriksaan mendapati bunyi dentuman kuat berpunca daripada tindakan seorang wanita yang nekad melarikan diri dari tingkap hotel bajet bersama teman lelaki, tetapi tersangkut pada atap bumbung sebelum terjatuh ke dalam sebuah kedai bersebelahan.

Tindakan itu bagaimanapun mendatangkan padah setelah wanita itu cedera di kaki sebelum kedua-duanya dicekup anggota penguat kuasa.

Mesra atas motosikal

Terdahulu, sepasang kekasih dilihat melakukan adegan mesra atas motosikal yang diparkir di lokasi tempat letak kenderaan dekat pusat perniagaan Lagenda Heights kira-kira jam 12 tengah malam.

Kedua-duanya yang masih menuntut dilihat berkelakuan tidak sopan boleh dikenakan denda dan diminta hadir ke Pejabat Agama Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Serbuan kemudian diteruskan di sebuah hotel di lokasi sama melibatkan pasangan berusia 29 dan 22 tahun dari bandar ini manakala pasangan wanita dari Kota Bharu, Kelantan.

Apabila dicekup, lelaki terbabit hanya berseluar pendek manakala teman wanitanya hanya memakai baju-T lengan pendek dan berseluar pendek.

Turut dicekup seorang penjawat awam dari Bedong bersama kekasihnya iaitu seorang janda juga berasal dari Bedong.

Lebih mengejutkan, janda yang berusia 24 tahun itu sebenarnya orang kurang upaya (OKU) bisu.

21 lokasi panas diserbu

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Othman berkata, hasil pemeriksaan terhadap 21 lokasi panas dalam Operasi Merdeka Bersepadu itu mendapati lima kes bersekedudukan, dua kes bernikah di negara jiran dan dua kes berkelakuan tidak sopan.

Kesemua 56 anggota terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Yan, Sik, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Katanya, empat kes didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan ke atas individu yang diperiksa.

“Kes disiasat bawah Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988 iaitu melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang atau malam yang boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.

“Lima pasangan turut disiasat di bawah Seksyen 9 EKJS Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan isteri atau mahram. Bagi kesalahan itu, denda RM2,000 atau penjara setahun atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu dibahagikan kepada tiga pasukan dan diteruskan sehingga subuh semalam.

Katanya, pemantauan kerap akan terus dilakukan dan pihaknya kini sedang memantau kegiatan di pusat hiburan serta karaoke.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/ed ... berkhalwat-1.312759



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2014 12:33 PM | Show all posts
Bab seks nombor 1, bab ilmu pengetahuan tentang apa itu seks nombor 200
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:36 PM | Show all posts
merdeka raya..buat la apa2 pun sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:43 PM | Show all posts

Tunggu lagi 9 bulan.... check la longkang, lobang jamban, tepi and dlm tong sampah... nanti jumpa la baby2 yg tak berdosa kene buang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya bulan 6/7 nanti la ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:47 PM | Show all posts
Lina66 posted on 1-9-2014 12:43 PM
Tunggu lagi 9 bulan.... check la longkang, lobang jamban, tepi and dlm tong sampah... nanti jumpa  ...

Tempat kau lain...ada halfway homes semerata pulau.....boleh dump bayi kat situ je khennn kalau takmo?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2014 12:50 PM | Show all posts
stinger_attack posted on 1-9-2014 02:47 PM
Tempat kau lain...ada halfway homes semerata pulau.....boleh dump bayi kat situ je khennn kalau ta ...


kakak ko punya laki la.... pantang nampak nick aku reply..

nak mengekor je keje.... libas kang..

tak la.... bleh buang blakang umah ko je.....







suka lettew aku reply ko....... kejar la... kas kejar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:54 PM | Show all posts
Semua tu nanti akan jadi anak merdeka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 12:56 PM | Show all posts
Lina66 posted on 1-9-2014 12:50 PM
kakak ko punya laki la....  pantang nampak nick aku reply..  

nak  ...

Kau ada hantar kat sana tak? The halfway homes?







Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 12:58 PM | Show all posts
stinger_attack posted on 1-9-2014 02:56 PM
Kau ada hantar kat sana tak? The halfway homes?



kaninna...

ko try test check ade kat lobang jamban umah ko tak?



ko kan mmg ske pungut anak2 pasang siapkan nyah .....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:04 PM | Show all posts
Lina66 posted on 1-9-2014 12:58 PM
kaninna...

ko try test check ade kat lobang jamban umah ko tak?

Ini kerja kau tiap kali naik KL kah? Seludup masuk teratak aku masa aku takda?

Kamjad betul ko...patut aku lihat everytime aku balik dari holiday...ada tersangkut panty cap pagoda......now I know.....



Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:06 PM | Show all posts
stinger_attack posted on 1-9-2014 03:04 PM
Ini kerja kau tiap kali naik KL kah? Seludup masuk teratak aku masa aku takda?

Kamjad betul ko. ...


mengong.... ...   

suke kan nyah ade org layan komen ko....    menjadi2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 01:09 PM | Show all posts
Lina66 posted on 1-9-2014 01:06 PM
mengong.... ...   

suke kan nyah ade org layan komen ko....    menjadi2kan... :lo ...

Mentang mentang panty takda orang nak nampak...kau main hembus jerk beli cap pagoda....Lima jari kat tepi......macam seluar bola.....

Rembes kau tak bising kah?



Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu murahan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 02:20 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 1-9-2014 02:01 PM
Melayu murahan..

cina jadi alat pelempias nafsu  melayu macam anwar la murahan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 02:22 PM | Show all posts
Apake bongok tajuk topik sebut ada bayi dalam longkang dan tandas ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2014 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali sewa la hotel 5 star ke..ni da la bmaksiat..kantoi plak tu..masuk suratkabar
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:00 PM | Show all posts
Lebih mengejutkan, janda yang berusia 24 tahun itu sebenarnya orang kurang upaya (OKU) bisu.

syok ke maen dgn orang bisu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 03:41 PM | Show all posts
yang bisu tu best ke laki die??
x dpt la dengar renggekan manja giteww..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069650 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list