CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2847|Reply: 0

7 Langkah Mula Bisnes RM2000 Sebulan

[Copy link]
Post time 27-10-2014 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Ramai orang yang sudah mula nak buat bisnes di internet selepas pelbagai panduan pemasaran yang telah dijual dari pakar-pakar bisnes internet. Untuk memulakan bisnes RM2000 sebulan, apa yang perlu anda buat adalah anda perlu tahu kenapa anda nak buat bisnes ini. Adakah idea atau kepakaran anda boleh bantu ramai orang supaya mereka membeli dari anda?

Saya berikan 7 langkah yang boleh anda ikut untuk memulakan bisnes anda....

1) Listkan idea bisnes yang anda rasa berminat untuk mulakan bisnes anda
Dalam dunia teknologi ini, pelbagai produk yang boleh anda jual di internet seperti dropship, borong atau affilliate. Jadi,  masalah tiada produk tidak boleh digunakan lagi pada masa sekarang. Contoh laman web yang boleh anda cari produk adalah lelong, edymall, dropship.im, klikjer, ashadee, yosh.my dan pelbagai lagi yang anda boleh jumpa di internet.

2) Test market dahulu
Caranya anda perlu cari di mana pelanggan anda berada dengan menggunakan skrip softselling atau maksud lain adalah ayat tidak menjual. Apa yang perlu anda lakukan hanya perlu tanya soalan, jika ada sesiapa berminat dengan produk anda, mereka boleh komen, PM atau SMS anda, kemudian anda close sales mereka dengan tawaran yang menarik. Jika tiada feedback yang diharapkan, anda perlu semak copywriting atau tukar produk lain.

3) Promosi percuma
Promosi percuma adalah teknik yang sangat efektif jika digunakan dengan cara yang betul. Cara paling mudah untuk guna teknik ini adalah dengan bertanya pada rakan-rakan di Wall Fb Profile anda. Anda juga boleh cari group-group yang berkaitan dengan produk anda seperti group-group pengiklanan yang responsif seperti Terbaik E-store, buat duit, senangduit dan bermacam-macam lagi. Anda hanya perlu cari sahaja di Fb Graph Search.

4) Promosi berbayar
Promosi berbayar adalah teknik yang paling mudah dan paling cepat untuk dibuat tetapi memerlukan modal yang banyak. Anda perlu kira ROI untuk setiap pelaburan yang telah anda buat untuk pengiklanan dan dari situ anda akan dapat keuntungan. Teknik ini lebih selamat jika diajar oleh pakar-pakar pemasaran.

Promosi berbayar yang biasa digunakan di internet adalah Fb Ads, Google Ads, Review Artikel, Letak banner di blog atau forum, Wall Post dan Soloads. Cara untuk beriklan cara ini juga perlu berkaitan dengan
niche produk anda.

5) Target jualan anda sehari
Setiap hari anda perlu target berapa jualan yang perlu anda buat supaya target RM2000 sebulan boleh dicapai. Semua bergantung kepada berapa harga produk anda, untuk menjual produk murah adalah lebih mudah berbanding menjual produk mahal. Jadi, anda perlu pandai mengira dan bermain harga bersama tawaran yang anda berikan kepada pelanggan anda.

6) Ulang semula kesemua langkah di atas mengikut jadual yang telah anda tetapkan.
Tetapkan hari dan masa supaya anda boleh disiplinkan diri untuk buat kesemua langkah di atas. Tips dari saya adalah pada waktu pagi adalah untuk anda setup strategi pemasaran anda, waktu petang pula anda gunakan untuk layan pelanggan-pelanggan anda, manakala waktu malam pula adalah waktu untuk anda berehat.

7) Konsisten dalam pemasaran
Sentiasa konsisten dalam melakukan pemasaran, jika anda tidak dapat jualan pada hari ini, anda perlu tukar strategi pemasaran dan anda perlu berusaha lebih pada hari esok.

Ini adalah hanya beberapa langkah-langkah yang boleh anda buat, tetapi jika anda serius dan ingin belajar lebih banyak lagi mengenai teknik pemasaran ini, saya syorkan anda dapatkan rakaman video ini --> MB2000

Jika anda nak tahu apa itu MB2000, anda boleh dapatkan info lanjut di sini --> Apa itu MB2000?

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: http://www.ideabiznet.com/2014/0 ... rm2000-sebulan.html

Last edited by sazhar890 on 27-10-2014 12:18 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.051009 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list