CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4807|Reply: 12

Perancangan Kahwin Masih Kabur - Adira

[Copy link]
Post time 27-10-2014 10:38 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Adira meletakkan soal jodoh dengan Shahrul kepada Allah.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Adira menjelaskan dia dan teman lelakinya, Shahrul Nasrun Kamarudin masih belum berbincang atau menetapkan sebarang tarikh perkahwinan mereka seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.
[size=0.98em]Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, perancangan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut masih lagi kabur dan meletakkan soal itu kepada jodoh.
[size=0.98em]"Buat masa sekarang perancangan untuk berkahwin itu masih kabur namun sekiranya kami sudah menetapkan tarikh Insya Allah saya akan beritahu kepada semua," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Tambah Adira, dia kesal apabila ada sesetengah pihak menganggap keputusannya menutup aurat semata-mata mahu berkahwin dengan Shahrul dan berharap tohmahan tersebut dapat dihentikan.




[size=0.75em]Adira semakin selesa dengan imej terbaharu.

[size=0.98em]"Pendapat itu tidak benar sama sekali kerana apa yang saya lakukan ini bukan kerana orang lain tetapi untuk kebaikkan diri sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Adira mengakui mengelak daripada membaca bahan gosip di akhbar dan internet termasuk perkara negatif diperkatakan tentang hubungannya dengan Shahrul kerana enggan terlalu memikirkan kata-kata orang lain.

"Sejak dulu saya memang mengelak daripada baca ruangan gosip sama ada dalam akhbar atau pun internet kerana tidak mahu sakitkan hati sendiri.

"Pada saya lebih baik saya tidak tahu daripada mengetahui sesuatu yang tidak benar yang akhirnya akan memberi kesan buruk kepada diri," ujarnya.

Sementara itu, Adira berkata, dia bersyukur kerana dapat merasai nikmat menutup aurat apabila rezekinya dalam bidang nyanyian semakin murah dengan pelbagai undangan dan projek.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Adira dan Shahrul masih belum berbincang secara serius mengenai perancangan untuk berkahwin.
[size=0.98em]Katanya lagi, sejak berhijab dia tidak pernah mengalami masalah dengan mana-mana promoter yang ingin menggunakan khidmatnya dan rata-rata menyokong perubahannya itu.

"Alhamdulillah tiada sebarang masalah malah rezeki semakin bertambah-tambah. Itulah orang kata jika kita buat sesuatu yang baik pasti akan dibalas dengan perkara sama," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia bersyukur apabila tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Hilang pada Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang akan diadakan pada 6 November depan.

Kata Adira, pencalonan itu amat bererti buat kariernya namun tidak mengharapkan sebarang kemenangan memandangkan empat calon lain turut mempunyai kehebatan tersendiri.

"Sudah dicalonkan pun saya bersyukur kerana bukan mudah untuk menjadi antara lima terbaik dalam kategori berkenaan," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 10:40 PM | Show all posts
It is okay..
...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:13 AM | Show all posts
canteq pulak dia bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:06 AM | Show all posts
hem.... comel jer.. cantik jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:55 AM | Show all posts
hmm .. moga menjadi lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 01:57 PM | Show all posts
klu de jodoh x ke mn..cantik pas berhijab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 01:11 AM | Show all posts
adira nampak lebih manis bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:50 AM | Show all posts
ensom bf dia ni..pernah usha ig mamat ni dulu, up to toe branded..confirm kaya raya.. untung la ada bf ensem & kaya kan.. hopefully smpi ke jinjang pelamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 08:17 AM | Show all posts
motif bertudung tp baju jarang..ohmaiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:21 PM | Show all posts
adira jd cover majalah ape tah, mingguan wanita kot.. konsepnya jilboob! aku lak malu tengok
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:00 PM | Show all posts
bukan dah tunang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:09 PM | Show all posts
kalau gitu kurangkan la sikit expose
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:12 PM | Show all posts
last2 tak jadik.. ooopssss... asik pongpang kt media social itu ini kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060213 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list