CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 0

Berjaya menghamil dengan 4 ovum terakhir

[Copy link]
Post time 1-11-2014 07:09 PM | Show all posts |Read mode


Antara pesakit-pesakit saya, keadaan kesihatan Puan Fong yang berusia 35 tahun adalah salah satu kes yang amat merumitkan. Mujurlah dia dapat bertindak dengan tegas yang mana mencari bantuan dengan sewajarnya.

Pada bulan lapan tahun lepas, Encik Fong yang berumur 43 tahun bertemu dengan saya bersama isterinya. Pasangan itu berkahwin selama 8 tahun dan mencegah kehamilan pada awal perkahwinan atas sebab masalah ekonomi. Mereka memutuskan berusaha dalam kerjaya untuk 1-2 tahun lagi dan merancang beranak apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

Sehingga Puan Fong menjelang usia 31 tahun, mereka memikir-mikirkan untuk beranak. Berkemungkinan desakan keinginan beranak yang kuat telah menyebabkan Puan Fong  mencuba 5 kali IVF dalam masa 4 tahun.

Pada kali pertama dan kali kedua membuat IVF, pasangan ini masih berkeyakinan besar dan menaruh seluruh harapan terhadapnya. Tetapi embrio tidak berjaya mengimplantasikan. Sehingga prosedur kali ketiga dan kali keempat,mereka masih tidak menyerah dan terus berusaha. Akhirnya pada kali kelima IVF masih menemui kegagalan,Encik Fong dan isterinya mulai bertanya ragu-raguan dan hilang fikiran.

Semangat berjuang Puan Fong dalam mengusahakan dirinya dalam kehamilan yang mana sanggup mencuba 5 kali IVF dalam masa singkat dan tidak mengistirahatkan diri amat membimbangkan saya.

Selepas diagnosis, barulah saya mengetahui sebab-sebab Puan Fong tergesa-gesa dalam kehamilan. Tiub fallopio kananPuan Fong didapati tertumbuh fibroid dalam saiz berlainan semasa pemeriksaan ginekologi. Oleh sebab tiub fallopio yang tersumbat telah mengakibatkan ia terpaksa dibuangkan, bahkan juga ovari kanan turut dibuangkan.

Tiub fallopio kiri juga tersumbat dan tidak dapat berfungsi secara lancer walaupun selepas pembedahan. Tambahan pula ovari kirinya juga tertumbuh tumor yang mana saiznya sebesar dengan ovari. Peluang untuk mengeluarkan ovum daripada ovary yang tertinggal ini memang tipis. Hakikat ini dan umur yang semakin meningkat telah mendesak Puan Fong mencuba kaedah IVF . Inilah satu-satunya harapannya.

Kitaran haid yang normal ialah 28 hari dan diperkirakan hanya 12 kali peluang kehamilan dalam setahun. Dalam kes ini, Puan Fong terpaksa membelanja melebihi 10ribu untuk memperjuangkan satu peluang dan malangnya menemui kegagalan.  Puan Fong mulai memikir-mikirkan untuk mencari bantuan daripada pakar demi mengelakkan daripada pembaziran penggunaan 4 biji pembekuan ovum yang tertinggal. Dia megharapkan saya supaya dapat memelihara keadaan badannya demi mencuba IVF pada satu hari nanti.

Kejayaan IVF selain  daripada bergantung kepada keadaan badan seseorang wanita, paras Progesterone juga perlu diutamakan. Ketepatan masa dan cara pemindahan embrio ke dalam rahim juga mempengaruhi peluang kejayaan IVF.  Kadar kejayaan IVF iaitu 32% dapat dicapai hanya apabila semua prosedur IVF dapat dijalankan secara lancar.

Selepas didiagnosis, paras Progesterone Puan Fong ialah 2.10mg/ml yang mana ia merupakan salah satu faktor kegagalan IVF. Justeru, saya menyarankan Puan Fong menerima rawatan rapi yang mengandungi VHCformula selama 9 bulan. Paras hormonnya perlu dimantau secara berterusan.

Puan Fong boleh menjalankan IVF kali keenam sekiranya paras hormonnya bertambah baik selepas rawatan rapi. Mungkinlah Puan Fong perasan diri yang berpeluang tipis dalam kehamilan telah mendorongnya mengikuti semua tunjuk ajar saya seperti pengambilan ubatan,urut titik akunpuntur, sup tonik dan membuat pengujian carta suhu. Puan Fong mengusahakan diri dengan sebulat hati untuk memperjuangkan setiap peluang yang ada untuk berjaya dalam mengandung.

Selepas 9 bulan, rawatan rapi memberi keberkesanan yang mana Puan Fong mengambil ketetapan untuk membuat IVF pada kali keenam. Dia terasa bingung dan kerap hidup dalam tekanan selepas memutuskan membuat IVF. Saya menasihati Puan Fong supaya mengistirahatkan diri dan bersikap positif kerana perasaan negatif akan menjejaskan kadar kehamilan. Selepas 1 bulan, berita kehamilan disampaikan.

Sekarang Puan Fong sudah berada dalam kandungan  20 minggu. Ini memang menyukacitakan. Saya berasa senang hati yang mana Puan Fong dapat bertindak dengan sewajar untuk mencari bantuan daripada pakar untuk memelihara keadaan kesihatan. Sebagai peringatan, sekiranya tidak berjaya dalam percubaan IVF dalam 1-2 kali, disarankan supaya berjumpa dengan pakar-pakar untuk mengetahui masalah kegagalan dan bukanlah berlakunya secara berulang. Tindakan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan bahkan juga membazirkan peruntukan wang yang mana IVF memang berkos tinggi.

Namun demikian, memelihara keadaan badan untuk kehamilan alami adalah diutamakan dan ia juga dapat menjamin kesihatan kaum wanita pada masa hadapan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list