Sambungan .............
Setelah menunaikan solat Isyak, Lisa membuka buku catitannya untuk melihat tugasannya untuk keesokkan hari. Dia meneliti memo yang berlipat elok dalam buku catitannya. Memo tersebut sengaja disimpan oleh Lisa setelah Rakesh memberinya semasa dia pulang dari menjamuselera tengah hari tadi. Malasnya nak pergi seminar, gusar hati kecil Lisa. Lisa membuka laci yang ada dimeja tulisnya itu. Terdapat sekeping gambar terletak elok dalam frame gambar berwarna silver. Saya rindu awk, Aisy bisik suara kecil Lisa sambil memeluk gambar kekasihnya. Lisa menangis sendu. Dia teringat segala kenangannya bersama Zafran Aisy. Dia ada membuat scrape book yang menyimpan segala kenangannya bersama Aisy.
Lisa mencapai scrape book yang ada tersusun rapi dirak buku berhampiran denganmeja tulisnya. Dibukanya helaian demi helaian. Lisa ternampak pembalut coklat Snickers. Kenangan mengamit kembali. Teringat kenangannya waktu pertama kali bertemu Aisy.
Lisa sedang menjalankan tugasnya memeriksa kawasan berhampiran dengan tandas lelaki. Tiba-tiba dia terlihat seorang pelajar lelaki dengan selambanya membuang pembalut cokat dirumput berhampiran sedangkan tong sampah hanya 3 langkah dari tempat pelajar lelaki itu berdiri. Lisa menghampiri pelajar lelaki tersebut.
“Hey awak, kenapa buang sampah ni.Kan pihak sekolah dah sediakan tong sampah untuk kita buang sampah. Awak ni buta ke?” marah Lisa sambil mengutip pembalut coklat Snickers dikakinya.
“Oh, ada tong sampah ke?, aku tak perasan pun”balas pelajar lelaki itu berpaling kearah Lisa sambil ketawa mengejek.
“Susah cakap dengan orang buta hati ni” ujar Lisa sambil mengeluarkan buku lima lima nya untuk mencatit nama pelajar lelaki itu.
“Woi, ko nak buat ape tu”jerit pelajar lelaki itu sambil bercekak pinggang.
Matanya sengaja dibesarkan untuk menakutkan pengawas dihadapannya. Dia terpaku melihat rupa pengawas dihadapannya. Cantiknya dia.
“Zafran Aisy”.ucap Lisa sambil membaca tanda nama yang didada pelajar lelaki tersebut.
“Nama je sedap tetapi perangai kelaut” selamba Lisa berkata.
“Ko jangan mengada-ngada nak tulis nama aku. Pengetua dengan bapak aku ni kawan baik” balas Zafran Aisy sambil berlagak.
“So, aku kisah kalau bapak ko baik dengan pengetua pun” kata Lisa sambil menyimpan buku lima limanya dan pembalut coklat tadi kedalam poket jacket pengawasnya.
Lisa melangkah meninggalkan pelajar itu. Tiba –tiba Lisa terasa seakan-akan ditolak dari belakang. Lisa terjatuh. Kedengaran tawa dibelakang tubuhnya. Muka Lisa mula berbahang merah menahan kemarahannya. Dia bingkas bangun dan berpaling kearah pelajar lelaki tersebut.
“Ko ni dah kenapa, yang ko tolak aku ni kenapa?” jerit Lisa kearah lelaki tersebut.
Suara nyaring Lisa menarik perhatian beberapa pelajar yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut.Namun apabila mereka melihat kelibat Zafran Aisy, mereka segera berlalu dari kawasan tersebut. “Bagi aku buku tu”balas Zafran bersahaja sambil tersengih seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.
“Tak boleh, aku nak serahkan kepada Cikgu Aziz” tegas Lisa menepuk-nepuk uniform sekolahnya yang berdebu akibat terjatuh tadi.
“Kalau ko tak bagi, aku rampas”ujarZafran cuba menyeluk poket jacket pengawas Lisa.
“Tak boleh” jerit Lisa sambil menahan tangan Zafran.
Namun tenaga Lisa tidak setanding kuasa yang dimilik oleh Zafran. Buku lima lima Lisa kini bertukar tangan. Zafran tersenyum megah apabila buku lima lima kini berada dalam genggamannya. Dia segera mengoyak buku tersebut beberapa kali dan membuangnya kerumput. Lisa menjadi marah lalu menyepak kaki Zafran. Zafran mengadu kesakitan
“Ko ni memang kurang ajar!!, muka je handsome tapi perangai macam jin” marah Lisa lalu berlalu pergi meninggalkan Zafran.
Tiba- tiba Lisa terasa seakan sesuatu yang lembut bergeser dikakinya. Kenangan dulu hilang. Lisa tersenyum dan mengangkat Coco dan menciumnya. Coco ialah kucing yang dijumpainya semasa mula-mula berpindah di Melaka. Sedang dia menyapu daun-daun kering disekeliling rumahnya, dia ternampak seekor anak kucing sedang tidur dibawah pokok jambu batu. Lisa berjalan kearah anak kucing itu. Anak kucing berwarna kecoklatan itu diusapnya. Anak kucing tersebut membuka mata dan mengiau. Kelihatan anak kucing itu lapar. Lisa segera membawanya ke dalam rumah dan memberinya nasi yang digaulkan bersama lebihan ikan goreng dan semangkuk susu.
Comelnya anak kucing ni ujar Lisa. Lisa berkira-kira untuk memberi nama kepada anak kucing tersebut. Melihat bulunya yang berwarna kecoklatan, Lisa mendapat idea untuk menamakan anak kucing itu Coco. Lisa cuba memanggilnya Coco dan anak kucing tersebut menoleh kearah Lisa seakan-akan menyukai nama yang diberikan oleh Lisa tadi.
Lisa mencium gambar Aisydan meletakkannya kembali kedalam laci. Dia membawa Coco keatas katilnya yang bersaiz Queen dan memeluknya. Memang menjadi kebiasaannya Lisa tidur bersama Coco.
Last edited by znuyul on 29-11-2014 09:49 AM
|