CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2948|Reply: 0

[Edisi Sains Am] Malaysia dapat 2 anugerah di APICTA

[Copy link]
Post time 2-12-2014 07:52 PM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Malaysia meraih dua anugerah pemenang dan enam anugerah merit pada majlis anugerah Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) 2014 di sini malam tadi.

Satu daripada penyertaan yang memenangi anugerah ialah 'Gempa-Locate', aplikasi telefon mudah alih Android yang boleh membantu individu terperangkap di dalam struktur runtuh selepas gempa bumi.

Anugerah itu, dalam kategori penyelidikan dan pembangunan, diterima oleh Kapten (B) Syed Nasir Alsagoff Syed Zakaria, Profesor Madya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Anugerah pemenang lain dalam kategori aplikasi perindustrian dirangkul oleh Ecava Sdn Bhd.

Syarikat itu menampilkan produk utamanya, 'IntegraXor', perisian web dengan dua paten AS dan aplikasi yang memudahkan pengguna mengakses penyemak imbas web tanpa peranti tambahan.

Dua anugerah merit dalam projek pelajar pengajian tinggi dimenangi oleh Universiti Multimedia dan Universiti Tunku Abdul Rahman.

Anugerah merit lain dalam kategori projek sekolah diraih Sekolah Tinggi Foon Yew dari Johor Bahru, Cytron R&D (MSC) Sdn Bhd (dalam kategori e-pembelajaran), Blinkware Technology (dalam media dan teknologi hiburan), dan Web Bytes Sdn Bhd (dalam pengurusan rantaian bekalan dan runcit).
Ketua Hakim APICTA 2014 Richard Kartawijaya berkata secara keseluruhan, penyertaan yang dikemukakan sangat baik dan mencapai standard dunia.
Majlis anugerah APICTA tahun ini berlangsung di Sahid Jaya Hotel di sini dan menarik 183 pencalonan dari 17 negara di Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Datuk Yasmin Mahmood berkata APICTA sudah bertambah baik.
Beliau berkata agensi berbangga dengan kemenangan kali ini dan percaya Malaysia sebenarnya boleh melakukan lebih baik lagi.

"Saya rasa kita mempunyai lebih banyak syarikat yang setanding dengan negara lain (pemenang). Tahun depan, kami akan pastikan sebahagian daripada mereka menyertai pertandingan.

"Dari segi kualiti, APICTA semakin mendapat pengiktirafan yang lebih luas. Oleh kerana ia adalah pengiktirafan terbaik untuk ICT di Asia Pasifik, negara seperti Pakistan membawa pasukan elit mereka dan mendapat tempat yang baik. Jadi, kita akan melakukan perkara yang sama tahun depan," katanya.
Pengerusi MDec Tan Sri Abdul Halim Ali pula berkata beliau amat gembira dengan kejayaan Malaysia tetapi perlu menyasar untuk lebih banyak lagi kemenangan.

"Apa yang MDeC ingin lihat juga ialah kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota. Walaupun kita bersaing, kita juga perlu bekerjasama," katanya.

Pengerusi APICTA bagi 2014-2015 Dr Dileepa De Silva berkata acara tahun ini menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan negara anggota, yang mempamerkan produk inovatif.

Setiap inovasi yang dibentangkan bukan saja sangat unik dari segi idea dan paparan ciri-ciri berteknologi tinggi, tetapi juga berpotensi membawa kesan positif kepada skala global.

"APICTA 2014 juga berjaya memberikan peluang kepada peserta untuk menunjukkan produk inovatif dan bakat mereka, di samping membawa ICT ke tahap yang seterusnya," katanya pada malam anugerah itu.

APICTA 2015 dijadualkan berlangsung pada November tahun depan di Colombo, Sri Lanka. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.064528 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list