CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 0

Selangor perlu ada ketua pembangkang

[Copy link]
Post time 15-12-2014 11:39 AM | Show all posts |Read mode



SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Umno Selangor perlu melantik ketua pembangkang mengikut prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, dari segi amalan demokrasi jawatan itu sepatutnya diisi oleh BN dalam usaha meningkatkan keberkesanan sistem demokrasi di negeri ini.

“Jawatan ini wajar ada sama ada di sidang Parlimen atau Dun kerana ketua pembangkang merupakan penghubung antara parti dengan kerajaan berkuasa.

“Jadi dalam hal ini, saya merasakan adalah wajar Umno Selangor melantik ketua pembangkang baharu sebelum menjelang sidang Dun akan datang,” katanya, semalam.

Bagaimanapun katanya, PR perlu memberi masa dan ruang kepada Umno Selangor meneliti dan membuat keputusan mengenai perkara ini.

“Saya percaya perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Menyentuh isu penolakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam  (PAC) oleh Datuk Mohd Shamsudin Lias, Abu Hassan berkata, beliau tidak dapat memastikan dengan jelas sama ada ketua pembangkang seharusnya dilantik untuk mengetuai PAC.

"Saya tidak mengikuti perkembangan dari segi Undang-undang Tubuh Dewan. Jadi saya tidak tahu sama ada ketua pembangkang wajib dilantik menjadi PAC atau mana-mana Adun boleh menyandang jawatan tersebut.

“Itu bergantung kepada Undang-undang Tubuh Dewan yang membuat penetapan dan ia sepatutnya diteliti juga bagi mengetahui peraturan mengenai pelantikan pengerusi PAC,” katanya.

Namun, Abu Hassan menegaskan perlu ada wakil dari parti pembangkang atau ahli BN dalam PAC bagi memastikan pengurusan negeri sebagai penyemak dan pengimbang kepada kerajaan negeri agar dapat berjalan dengan lancar terutamanya demi keadilan rakyat.

“Dua-dua pihak perlu ada dalam PAC, tetapi agihan komposisi ahli bergantung pada kuota yang ditetapkan oleh parti berkuasa. Dalam hal ini, PR ada kuasa untuk menetapkan bilangan ahli dalam PAC,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
15 Disember 2014




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051977 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list