View: 9533|Reply: 34
|
9 Buah Rumah Yang Enggan Berpindah Meskipun Dibayar Berjuta
[Copy link]
|
|
9 Buah Rumah Yang Enggan Berpindah Meskipun Dibayar Berjuta
Rumah yang masih utuh berdiri secara bersendirian di sekitar arus pembangunan teknologi semasa. Kenapa rumah paku (Nail House) ini masih berdegil tidak mau berpindah walaupun ditawarkan berjuta-juta ringgit. Adakah sebab waris pusaka? Disebabkan adat dan budaya? atau ada sebab tersendiri? Jadi jom kita selongkar 9 buah rumah yang masih berdiri utuh disebalik arus permodenan dan pembangunan. 1. Rumah Keluarga Wu, Chongqing, Cina
Keluarga wu adalah satu-satunya keluarga yang masih tinggal diantara 280 keluarga di daerahnya yang akan dibangunkan shopping mall enam tingkat di Chongqing, keluarga Wu menolak selama dua tahun untuk mengosongkan rumah keluarga mereka yang telah mereka huni selama tiga generasi.
Yang Wu, seorang juara seni bela diri lokal, menggunakan nunchakus untuk membuat tangga ke rumah mereka, dan mengancam untuk mengalahkan mereka yang berusaha untuk mengusirnya. Isterinya, seorang pemilik restoran bernama Wu Ping yang telah merencanakan untuk membuka sebuah restoran di tapakdasar rumah itu, membuat wawancara dan siaran pers untuk menghasilkan publisitas. Pemilik menolak tawaran sebesar 3,5 juta yuan (US $ 453.000), tapi akhirnya mencapai kesepakatan dengan pemaju pada tahun 2007.
Pada tanggal 4 April 2007, rumah di sentral Chongqing ini dihancurkan dan Wu beserta keluarganya menerima penyelesaian satu juta yuan ditambah apartemen baru yang mewah.
2. Rumah di Wenling, Cina
Istilah rumah paku menjadi semakin terkenal setelah munculnya foto rumah di tengah jalan yang baru dibangun di Wenling, Provinsi Zhejiang. Pasangan tua menolak untuk menjual property untuk harga yang ditawarkan oleh kerajaan sejak tahun 2001. Akhirnya jalan raya dua jalur menuju ke stasiun kereta api, dibangun di sekitar rumah. Gambar rumah itu beredar di Internet dan dipublishkan secara luas oleh media China. Property dibongkar pada bulan Disember 2012 setelah pemilik menerima tawaran kompensasi senilai $ 41.000.
3. Rumah Paku Kunming, Cina
Pada tanggal 28 Oktober 2010, pemaju telah menggali parit di sekitar rumah Zhao di Zhaojiadui, Kunming dan hujan telah mengisi lubang tersebut dengan air, menciptakan parit yang membuat Zhao terpaksa harus menyeberang untuk pergi atau kembali ke rumahnya.
Ketika ditanya mengapa dia tidak pindah, Zhao mengatakan bahawa rumahnya dibangun di atas tanah milik peribadinya, namun pemaju memberikan nilainya yang lebih rendah. Jadi, ia dan keluarganya tidak menandatangani perjanjian berpindah. Dia terus tinggal di apartemen dengan isteri dan ibunya yang berusia 83 tahun kerana semua bangunan lain di kompleks itu sudah dihancurkan.
4. Rumah Paku di Yongji Street, Jinhua, Cina
Yongji Street terkenal di kota Jinhua dan sekitarnya, disana terdapat sebuah rumah yang terletak di tengah -tengah jalan raya. Bangunan tiga tingkat ini berdiri di bahu jalan, dengan tanaman-tanaman sayuran disekitarnya, menjadikan jalan dari empat jalur menjadi dua jalur. Pemilik rumah ini adalah Yao Buqing 57 tahun. Rumahnya berdiri sebagai paku di jalan selama 5 tahun.
5. Rumah Edith Macefield, Seattle, USA
Edith Macefield terkenal di seluruh dunia pada tahun 2006 ketika ia keras kepala menolak US $ 1 juta untuk menjual rumahnya, untuk membuat jalan bagi pembangunan komersial di lingkungan Ballard Seattle. Dalam prosesnya, ia menjadi seorang pahlawan di mata rakyat. Namun, Macefield meninggal di usia 86 Tahun dan tetap dijalankan projek bangunan 5 tingkat di disekeliling rumah pertanian nya yang berusia 108 tahun itu. Setelah kematiannya, Macefield mewariskan rumahnya untuk seorang pengawas kontruktor bangunan, yang bernama Barry Martin, kerana rasa senangnya atas persahabatan yang telah Barry tunjukkan kepadanya selama ini. Pada bulan Julai 2009 Barry Martin menjual rumah itu kepada Greg Pinneo dengan $ 310.000. Greg Pinneo berniat untuk menggunakan rumah sebagai pejabat untuk menjalankan firma real estate nya.
6. Rumah Austin Spriggs, Washington DC, USA
Pada tahun 2006, Austin Spriggs dengan senang hati tinggal di sebuah rumah yang akan segera menjadi duri di sisi pemaju. Seperti duri yang nyata, Mr Spriggs ditawarkan lebih dari $3juta untuk rumahnya di tahun 2008 walaupun rumah itu sebelumnya hanya bernilai sekitar $200ribu. Tak perlu dikatakan, beliau telah menolak mentah-mentah tawaran itu dan bahkan kemudian ia mengambil pinjaman untuk mengubah rumahnya menjadi warung pizza. Seperti yang Anda lihat, bangunan ini benar-benar kerdil dari perkembangan di sekitarnya.
7. Rumah Paku di Stasiun Kereta Api Shenzhen, Cina
Gedung ini terletak di depan Stasiun Kereta Api Shenzhen Utara. Pemilik bangunan tujuh tingkat ini telah menolak tawaran sebesar 20 juta yen (US $ 3,2 juta) untuk berpindah. Tawaran itu ditolak pada tahun 2011, dan bangunan masih berdiri di lapangan hijau.
8. Rumah Paku di Changsha,Cina
Sebuah rumah paku tetap berdiri di Changsha, bersebelahan dengan shopping mall besar di ibukota.
Rumah dua tingkat itu betul-betul berada di depan pusat perbelanjaan yang relatif terlihat moden dan kontras antara dua bangunan. Memang terlihat janggal apabila terdapat Rumah usang yang masih berdiri di tempat ini sejak tahun 2007 disebalik arus kemodenan dan kepesatan pembangunan sekitarnya.
9. Rumah Paku di Shenzhen, Cina
Pada tahun 2006, Cai Zhuxiang dan Zhang Lianhao, pemilik dari bangunan 7 tingkat di Distrik Luohu, Shenzhen, didekati oleh pemaju tempatan yang memiliki misi untuk mengubah daerah ini menjadi pusat kewangan yang sangat menguntungkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seperti yang dapat Anda lihat dari foto, pasangan itu menolak dan bangunan tua mereka dan tanah di bawahnya menjadi fokus dari sebuah perang penawaran. Akhirnya pengembang membuat tawaran yang tidak boleh mereka tolak dan tahun 2007 pasangan itu membawa barang-barang mereka dan berpindah. Meskipun jumlah nilai penawaran terakhir itu belum dapat dipastikan, Dianggarkan pasangan tersebut menerima antara ¥ 10-20juta (lebih dari US $1 juta). |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia pun ada mirip kes yang serupa, tp kuil bukannya rumah |
|
|
|
|
|
|
|
owner nak tunggu sampai dapat offer RM 1 billion kot |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN posted on 15-12-2014 04:09 PM
malaysia pun ada mirip kes yang serupa, tp kuil bukannya rumah
kt midvalley ke chor? hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
crazecousa posted on 15-12-2014 04:21 PM
kt midvalley ke chor? hahaha
kat Mines masuk kategori sama tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
dari bernilai lame2 jadi tak bernilai langsung dah nanti, bile kawasan sekeliling pesat, tapi rumah sekangkang kera tu mesti jatuh nilai, sebab ruang yang sempit buat rugi je nak dibeli dan dibangunkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace posted on 15-12-2014 04:31 PM
dari bernilai lame2 jadi tak bernilai langsung dah nanti, bile kawasan sekeliling pesat, tapi rumah ...
boleh je..ruang sempit tu bangunkan jadi rumah kedai atau restoren..
msti laku
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau USD 3juta ok la..tp kena tax 30% tu yang boring |
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 15-12-2014 05:17 PM
boleh je..ruang sempit tu bangunkan jadi rumah kedai atau restoren..
msti laku
tapi rasenye harga nilai tanah tu tak tinggi sebagai mana tuan rumah boleh dapat sebelum itu... orang nak buat rumah kedai dan restoren pon taknak melabut nilai tanah terlalu tinggi... last2 tuan rumah gak yg rugi~~
|
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace posted on 15-12-2014 05:26 PM
tapi rasenye harga nilai tanah tu tak tinggi sebagai mana tuan rumah boleh dapat sebelum itu... or ...
tu kes yg rumah kecik tu..
tak nak jual..last2 owner mati bg kt kawan dia
pastu kawan dia yg jualkan
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat mesia, ade ke nk rumah ni digelar rumah paku? nehi.. apatah lagi juta2 tu nak dibayar |
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 15-12-2014 05:30 PM
tu kes yg rumah kecik tu..
tak nak jual..last2 owner mati bg kt kawan dia
pastu kawan dia yg jua ...
tula... nilai harga dah berbeza... mmg perkara macam ni akan menyebabkan nilai jatuh... tanah kecil, nak buat highrise tak boleh, so projek berimpak tinggi tak boleh terlaksana.. last2 jadi tak bernilai tanah tu even lokasinya strategi kann...
|
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 15-12-2014 05:30 PM
tu kes yg rumah kecik tu..
tak nak jual..last2 owner mati bg kt kawan dia
pastu kawan dia yg jua ...
Mmg ade eih rumah ni..
ingat dlm film Up je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kubur kat bukit cina melaka tu pun masih bertahan walau orang dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Area umh aku ada tapak kuil..memg x sapa la bleh duk umah tu...sapa lg kebal ? |
|
|
|
|
|
|
|
kat kl pun ada rumah tradisi tersepit celah bangunan ni...kat chow kit banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Aneem posted on 15-12-2014 11:43 PM
Mmg ade eih rumah ni..
ingat dlm film Up je..
tak tau la betul ke tak
tp mmg comel je rumah ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|