Anak patung tanpa muka dan berhijab yang khas untuk kanak-kanak perempuan Islam telah mula dijual di Britan, lapor agensi berita Asian Image.
Anak patung yang 'kosong' itu telah direka supaya selari dengan undang-undang syariah, yang melarang sebarang penggunaan gambar dan grafik benda-benda hidup. Anak patung itu dijual pada harga USD$40 (RM140).
Anak patung yang dikenali sebagai "Patung Deeni" itu dikilangkan di China dan direka oleh seorang designer UK, Ridhwana B, seorang guru di sebuah sekolah Islam di sini.
"Idea ini datang setelah saya berbincang dengan ibubapa yang bimbang dengan anak patung yang mempunyai wajah", katanya.
"Terdapat satu hukum Islam yang melarang pemaparan ciri-ciri wajah dalam apa jua bentuk termasuk gambar, ukiran dan, dalam kes ini, anak patung."
Menurut Ridhwana, dia telah berbincang dengan seorang ulama di Leicester yang membimbingnya dalam proses merekabentuk patung tersebut.
Jika anak patung ini dijual di Malaysia, adakah anda akan membelinya untuk anak anda?
Menurut Ridhwana lagi, walaupun anak patung itu 'kosong', dia telah menerima banyak maklum balas positif dari ibubapa.
Ridhwana juga berkata anak patung itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa walaupun ia hanya kosong
www.tranungkite.net
|