View: 2879|Reply: 6
|
Pengharaman ketoconazole oleh Kementerian Kesihatan
[Copy link]
|
|
Ketika mendapatkan rawatan bagi fungal infection (intertrigo) di klinik swasta, saya telah dimaklumkan oleh Doktor bahawa ubat ketoconazole (*-azole), tidak lagi dibenarkan diberi kepada pesakit. Setelah membuat carian Google, saya mendapati ada pekeliling dari MoH yang mengharamkan penjualan disebabkan risiko hepatotoksisiti.
Ketika saya membeli ketoconazole 200mg dari sebuah farmasi, saya dimaklumkan mereka sekarang menghabiskan stok yang sedia ada, dan mulai sekarang hanya hospital kerajaan sahaja yang dibenarkan membuat preskripsi.
Biasanya topical treatment (dengan cream tidak berapa berkesan) dan mungkin mengambil masa yang lama. Apa yang berkesan bagi saya ialah topical treatment (cream) dan systemic treatment (ketoconazole 200mg).
Di masa hadapan apakah systemic treatment yang akan diberi oleh doktor bagi rawatan fungal infection ini? Jika saya meminta diberi preskripsi ketoconazole, mungkin saya diarahkan untuk membuat liver function test dan ini menyulitkan dan memakan masa (dari pengalaman di hospital kerajaan).
Saya agak kecewa kerana ubat ini mujarab bagi masalah saya.
Doktor klinik swasta menyarankan saya mungkin boleh ke Thailand (Danok) untuk membeli *azole memandangkan tiada pengharaman oleh kerajaan Thailand. Atau membeli di atas talian? |
|
|
|
|
|
|
|
ubat ni juga digunakan utk treat prostate cancer as hormon theraphy kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya memetik dari laman http://www.medscape.com/viewarticle/406391:
Ketoconazole has been shown to be a useful second-line treatment in patients with advanced prostate cancer, but its use has been limited by concerns over its adverse effects (notably those on the liver).
Apa yang saya tahu, dan saya percaya, *azole digunakan bagi rawatan fungal infection. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ubat yg tiada kesan smpingan
Hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya TT tanya kat doktor swasta TT tu alternative treatment ape.. bukan tanya kat cnie..
membeli atas talian salah di sisi undang-undang sebab ko perlukan import permit untuk bwk masuk ubat yang tak berdaftar (yang tade MAL number) dengan KKM..
ape kata ko g refer urself to doktor kerajaan.. nanti leh dapat ubat free tak payah beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
*azole utk exzema jgk kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo pkai syampu yg ad ketoconazole tak pe ke? iols seminggu sekali pkai syampu nizoral sbab kulit kepala selalu gatak |
|
|
|
|
|
|
| |
|