Puan Zhan bersikap yang tidak mudah berputus asa memang mengagumkan saya yang mana dia pernah mengalami 4 kali keguguran dalam 3 tahun,namun demikian dia masih tidak menyerah diri dan terus mengusahakan diri dalam memelihara kesihatan diri demi menjayakan kehamilan.Puan Zhan telah mengharungi penderitaan dalam keguguran semasa tahun kedua dan ketiga perkahwinannya. akhirnya dia berjaya melahirkan anak perempuan pada kali ketiga kehamilan.
Selepas 1 tahun mengistirahatkan diri,Puan Zhan dan suaminya merancang untuk beranak tetapi malangnya mengalami keguguran pada kali ini.pada masa itu, dia kerap hidup terbayang kemurungan dan kerisauan dan akhirnya terpaksa menerima hakikat itu selepas 1 bulan. selepas menempuhi keguguran ini, Puan Zhan lebih mengambil prihatin dalam memelihara kesihatan dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang,malah menjalankan setiap langkah penjagaan dan juga mencegah kehamilan.
Puan Zhan berjaya hamil selepas 3 bulan mengusahakan diri dalam kehamilan. malangnya,dia mengalami lagi keguguran.Puan Zhan tidak dapat menerima hakikat ini.
Setelah dinasihati dan ditemani oleh ahli keluarganya,barulah dia dapat menempuhi kehampaan dan penderitaan ini."keadaan pada masa itu memang merisaukan dan menakutkan ibu saya.kan dia sudah lewat usia.ini kesalahan saya."ujar Puan Zhan.
Kitaran haid Puan Zhan agak teratur dan sebenarnya ia tidak menjadi masalah besar dalam kehamilan. tetapi Puan Zhan menghadapi masalah PCOS dan ovumnya kurang berkualiti yang mana folikel-folikel biasanya tidak matang pada setiap kali ovulasi.ini merupakan salah satu punca dia berisiko tinggi dalam keguguran walaupun dia dapat mengira tempoh ovulasi dan berhubungan intim dalam waktu kesuburan.
Saya diberitahui bahawa kali pertama Puan Zhan mengalami keguguran ialah semasa dalam kandungan 10 minggu dan ia merupakan kehamilan kosong.secara dasarnya,kaum wanita yang mengalami kehamilan kosong biasanya tidak susah hamil lagi pada masa hadapan tetapi berisiko dalam keguguran. inilah sebab-sebab Puan Zhan terpaksa menghadapi penderitaan dalam keguguran berulang. badannya diseksa dan kesihatan dimudaratkan. mujurlah Puan Zhan menjalankan semua pantang bersalin dan langkah penjagaan selepas keguguran demi memperbaiki keadaan badannya.
Encik Zhan pula menghadapi masalah asma selama 11 tahun dan mengambil ubatan selama ini. kerjanya yang tidak tetap masa dan selalu menahan kelaparan telah mengakibatkan fungsi perutnya terjejas ekoran dengan sperma yang kurang berkualiti.
Atas sebab Puan Zhan dapat hamil dan ini mungkin menyebabkan Encik Zhan tidak menyedari bahawa sendiri yang terdapat masalah kesihatan juga bertanggungjawab dalam keguguran berulang.
Saya menyarankan pasangan ini untuk menerima rawatan rapi selama 9 bulan dan berita kehamilan disampaikan pada bulan ketiga rawatan rapi. ini memang di luar jangkaan saya dan kerisauan bersarang di minda saya sebab dia pernah mengalami keguguran berulang dan ini menunjukkan dia berisiko dalam menghadapi masalah yang sama.
Justeru, saya menasihatinya supaya menurut semua langkah waspada dan juga memantau keadaaannya sehingga dia mengharungi 12 minggu kehamilan yang mana dianggap sebagai minggu kebahayaan kehamilan. barulah kebimbangan saya dapat dilegakan.
Puan Zhan mengambil ubatan secara rutin dan membuat urut titik akupuntur pada setiap hari."saya paling suka buat urut titik akupuntur perut.sebab dapat menyerap lebih banyak khasiat." Puan Zhan berkata dengan senyuman terbayang di wajahnya.
Puan Zhan berjumpa dengan saya semasa dia berada dalam minggu kehamilan ke-36. betapa gembira dan bersyukur saya melihat dia dapat menyambut kedatangan bakal bayi dengan hati yang ceria dan berkeyakinan.